BTC USD 63,489.3 Gold USD 4,475.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Fatwa Mufti Brunei

  • Thread starter Thread starter GT
  • Start date Start date

GT

CG Top Poster Club
gem
Messages
38,561
Paid Membership
Joined
Nov 14, 2008
Messages
38,561
Reaction score
250
Points
131
Firman Allah:
Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. (Al-Maidah:90)

Firman Allah:
Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad) mengenai arak dan judi. Katakanlah: Pada keduanya ada dosa besar.(Alo-Baqarah: 219)


Ini Fatwa Mufti Brunei mengenainya

1) Penganjur mengadakan permainan kuiz yang dibukakan kepada para peserta melalui penghantaran sistem pesanan ringkas atau SMS. Sesiapa yang banyak menghantar atau mula-mula sekali meneka jawapan itu dengan tepat akan mendapat hadiah yang dijanjikan oleh pihak penganjur.

Permainan yang berbentuk kuiz melalui SMS ini amat berleluasa dan sambutan yang diberikan juga tidak kurang hebatnya. Banyak peserta yang membelanjakan sejumlah wang mereka untuk membayar caj penghantaran SMS dengan tujuan untuk memperolehi kemenangan.

Permainan ini dikategorikan judi kerana terdapat unsur-unsur perjudian yang terkandung di dalamnya, iaitu:
i. Pertaruhan daripada wang peserta yang dijadikan sumber
hadiah bagi bakal pemenang.

ii. Pihak yang menang dalam peraduan kuiz ini mendapat
untung daripada wang peserta-peserta lain, sedangkan
pihak yang kalah akan mendapat kerugian kerana perlu
membayar caj SMS yang digunakannya.

iii. Kemenangan berpihak kepada peserta adalah melalui
nasib kerana pemilihan untuk menang adalah dari sudutsudut
tertentu seperti siapa yang terbanyak, terpantas dan
sebagainya.

Melalui permainan ini, pihak penganjur mengumpul sejumlah
besar wang daripada para peserta dengan berbagai cara,
antaranya;

- Mengenakan caj perkhidmatan penghantaran SMS lebih
tinggi daripada kadar biasa;

- Mengenakan bayaran bagi setiap SMS yang dikirim oleh
penganjur kepada peserta;

- Mengenakan bayaran pendaftaran untuk memasuki peraduan
melalui kredit peserta dan sebagainya.

Bayaran daripada peserta inilah yang sebahagiannya dijadikan hadiah yang ditawarkan atau dijanjikan penganjur kepada peserta yang bakal memenangi peraduan tersebut dan sebahagiannya menjadi keuntungan bagi penganjur.

Perlu diingat, sekalipun penghantaran SMS bagi permainan ini dikenakan dengan kadar caj biasa, namun sekiranya bayaran caj tersebut dimasukkan dalam nilai hadiah maka ia tetap dianggap perjudian.

2) Sebuah kumpulan ingin mengadakan satu perlawanan di mana setiap peserta diarahkan untuk menyediakan wang masing-masing dengan kadar tertentu. Di akhir permainan sesiapa yang menang akan memperolehi semua wang hasil kutipan daripada semua peserta tadi atau mendapat hadiah yang dibeli menggunakan wang kutipan tersebut.

Maka perkara seumpama ini dianggap sebagai judi kerana terdapat unsur-unsur judi iaitu adanya pertaruhan dan hanya seorang sahaja atau sebahagian pihak sahaja mendapat keuntungan hasil pertaruhan, manakala yang sebahagian pula tidak mendapat apa-apa.

Walau bagaimanapun jika salah seorang daripada peserta menyediakan ganjaran untuk perlawanan tersebut, maka tidak ada unsur perjudian dalam pertandingan tersebut. Misalnya peserta yang menyediakan hadiah tersebut berkata: “Jika engkau mengalahkanku, maka bagimu ganjaran ini” atau “jika aku mengalahkanmu, engkau tidak perlu memberiku ganjaran apapun.”

Jika wang yang dikutip dari semua peserta bertujuan untuk kegunaan perlawanan tersebut seperti membeli minuman untuk para peserta, membayar pengadil atau hakim perlawanan dan yang seumpamanya selama mana ia tidak membabitkan ganjaran kepada peserta yang menjadi pemenang perlawanan, maka tidaklah ia dianggap judi.

Begitulah antara contoh perkara-perkara yang berunsurkan judi. Walaupun perlaksanaannya berbeza dengan perlaksanaan judi yang dilakukan di tempat-tempat perjudian dan tidaklah mengundang kepada perkelahian, akan tetapi ia merupakan salah satu cara untuk mendapatkan harta orang lain secara tidak sah. Cara seperti ini diharamkan oleh syarak.


 
fatwa sekadar fatwa
kat mesia dh berapa kali dh kuar
tapi kerajaan buat xpeduli jerr
 
bgus fatwa nih dikeluarkan..dah byk sgt bende cmnih...harap kat mlysia pon ader la fatwa cam gini
 
Sekarang ni Peraduan2 sms sudah menjadi salah satu sumber pendapatan yang lumayan bagi pihak penganjur. Pernah dulu TV3 memberhentikan peraduan2 ini, tetapi sekarang dah ada balik....~X(~X(~X(~X(
 
sbb tu ada kwn aku kata....monsunbiz tu haram utk disertai....
 

Program dia ada contest jugak ker?:-?

kita yg kena buat contest sendiri la...

aku nak cakap pun tak reti....

dia kira gini.....ko akan dapat message center...mcm nombor DAPAT tu la....36768 ke hapa ntah...

yg ni no dia lain sket....

so, ko nak balik modal...ko kena create la soalan2 budus....byk kat paper metro ngan tabloid benda gini...

cth: bg soalan teka teki...pastu...arahan: SMS kan jawapan anda ke nombor 35688...

caj per sms...50sen...lps tolak caj ke telco 15sen...belen tu ko dpt la...35sen...

kalo sorg sms...35sen ko dpt....kalau ada 10 org yg suka sms....buta2 ko dh dpt RM3.50

aku tak brp ingat dh....tp ada sorg pelakon explain kat aku benda ni...dia pun buat peraduan gk....masuk lam paper Pancaindera, hadiah utama proton BLM ngan jd pelakon dlm filem baru dia....

soalan kuiz dia buat masa tu....senaraikan pelakon2 utama filme terbaru dia.....dgn tepat....

kalau aku nak masuk....blh je...sbb dia cakap kat aku dah sblm tu sapa pelakon2 yg dia nak ambik....:)) :))

filem tu...ntah jd ntah tidak...diam jer.....
 
fatwa sekadar fatwa
kat mesia dh berapa kali dh kuar
tapi kerajaan buat xpeduli jerr

Betul...fatwa hanyab tinggal fatwa...jadi senang tak payah lantik mufti...kita main larong aje...ye tak...Astaghfirullah#:-S

Bahkan fatwa pun banyak mengharamkan Mlm yang berbentuk sponsor tapi ada jugakj yang opertahankan....benda dah makan duit kan...apa peduli...
 
Back
Top
Log in Register