BTC USD 82,932.5 Gold USD 4,155.49
Time now: Jun 1, 12:00 AM

FAM dakwa Rajagopal minggu depan

390380_636229733059600_1199331425_n.jpg
 
image.jpg


PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) dijangka mengeluarkan surat pertuduhan ke atas ketua jurulatih skuad kebangsaan, Datuk K Rajagobal yang didakwa melanggar Artikel 88 Statut FAM, minggu depan.

Berdasarkan Artikel 88, hanya Presiden dan Setiausaha Agung dibenarkan membuat kenyataan media mengenai FAM.

Pengerusi Jawatankuasa Tata Tertib FAM, Datuk Taufik Abdul Razak berkata, pihaknya mempunyai bukti kukuh untuk mengeluarkan surat pertuduhan kepada jurulatih berusia 56 tahun itu kerana didakwa mengkritik polisi badan induk bola sepak negara itu.

"Kita mempunyai merit untuk menghantar surat pertuduhan kepada beliau (Rajagobal) kerana melanggar Artikel 88 selain turut meneliti laporan beberapa akhbar tempatan mengenai kenyataan beliau," katanya ketika ditemui pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa itu hampir empat jam di Wisma FAM, Kelana Jaya, hari ini.

Taufik berkata, prosedur sama akan turut digunakan dalam kes Rajagobal bagi memastikan keadilan kepada semua pihak.

"Surat pertuduhan akan dihantar kepada Rajagobal dan beliau perlu menjawabnya dalam tempoh yang akan ditetapkan Jawatankuasa Tata Tertib.

"Beliau perlu menjawab surat berkenaan bersama Borang A (pengakuan bersalah) dan Borang B (pengakuan tidak bersalah)," katanya.

Rajagobal sebelum ini dilaporkan berkata kekalahan 1-4 skuad Harimau Malaya di tangan Arab Saudi pada perlawanan persahabatan di Stadium Shah Alam, 17 Mac lepas disebabkan kekurangan sifat-sifat penyerang semula jadi dalam pasukan kendaliannya.

Beliau dikatakan turut mengaitkan kekalahan skuad bimbingannya itu dengan lambakan pemain import dalam kancah saingan Liga Malaysia musim ini. - Bernama

ingat kan incometax,ado borang a,b:D
 
Raja Vs Raja...sapa durian sapa mentimun..:p
 
rajagopal pun kena artikel 88.:o
dah tiba masanya ambik jurulatih luar negara jadi jurulatih kebangsaan.
bojan hodak pun ok.
 
Back
Top
Log in Register