BTC USD 83,473.0 Gold USD 4,181.85
Time now: Jun 1, 12:00 AM

RajaGopal::Tiada siapa mampu kawal Messi

Don Malaya

CG Top Poster Club
gem
Messages
27,600
Joined
May 3, 2011
Messages
27,600
Reaction score
1,139
Points
171
xpix_gal0.pagespeed.ic.knIkd_elIs.jpg

Andai kita dapat hasilkan keputusan lebih baik berbanding Santos dan Thailand ia sudah cukup baik

Bukit Jalil: “Tiada siapa pemain di dunia yang mampu mengawal Lionel Messi.”

Itu jawapan ringkas jurulatih kebangsaan, Datuk K Rajagobal ketika ditanya siapa antara pemainnya yang ditugaskan mengawal penyerang Barcelona dari Argentina itu pada aksi persahabatan di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam ini.
Messi, 26, pemain terbaik dunia empat tahun berturut-turut sejak 2009 menjaringkan satu gol ketika Barcelona membelasah kelab Brazil, Santos 8-0 di Nou Camp, 2 Ogos lalu serta dua gol ketika membenam Thailand 7-1 di Bangkok, Rabu lalu.

Andai skuad Harimau Malaya dapat menghasilkan keputusan perlawanan lebih baik berbanding Santos dan Thailand, ia sudah dianggap satu pencapaian baik, namun Rajagobal enggan meletakkan apa-apa sasaran.

Lihat tanda positif

“Saya tiada apa-apa sasaran, hanya saya fikir kalau kita bermain dengan baik, kita akan dapat sesuatu dalam tempoh 90 minit. Saya tak mahu terlalu fikir mengenai Santos kena 8-0 atau Thailand kena 7-1, hanya saya nak lihat ada tak peningkatan selepas kunjungan kita ke Jepun.

“Itu yang paling penting kerana saya mahu melihat tanda-tanda positif untuk memberi keyakinan menjelang perlawanan Kelayakan Piala Asia 2015 bertemu Bahrain (Oktober depan),” kata Rajagobal ketika ditemui selepas latihan di Stadium Nasional, petang semalam.
Apek cedera

“Rajagobal turut membayangkan Khairul Fahmi Che Mat atau Apek bakal menjaga gawang, malam ini selepas Farizal Marlias beraksi 90 minit ketika tewas 4-1 kepada Chelsea, 21 Julai lalu, namun penjaga gol Kelantan itu mengalami sedikit kecederaan pangkal paha.

“Mungkin akan ada satu atau dua pertukaran dalam kesebelasan. Khairul Fahmi ada mengadu rasa sakit. Kita akan tengok perkembangannya esok (hari ini), jika tidak Farizal akan beraksi.

“Selain itu, kita juga ada Wan Zack Haikal Wan Nor yang tidak beraksi bertemu Chelsea tempoh hari," jelas Rajagobal.

:(scam:(scam:(scam:(scam
 
x lawan lagi ..awal2 dah surrender..baik xyah lawan..puii
 
wow..peningkatan laa sangat... berapa kena belasah setiap game?
 
jumlah gol tak penting janji dapat pengalaman berharga....biarpun kena bolos 20 gol :)):))
 
syabas coach paling sengal di abad ini.

yg best ada lagi yg sokong, kasik tukar la wei,,...

mungkin org buat pekak & mata xnampak ke hapa. Malukan negara ada coach kesayangan nih. puihhhh
 
Tak sape boleh kawal messi...? Dah tu hang coach..buatlah plan.

Tue belum msk neymar, xavi, fabrgas dll......kalo tau dah tak boleh lwn, takyah lah lwn. Kena bolos 20 kosong mau hilang akal...
 
Clod le roy dulu, latih malaysia, jadi dungu dia..pehtu jadi coach cameroon, cameroon layak suku akhir piala dunia kalau tak silap la...
 
aku leh jee kawal messi......tp lam game fifa13 laa der...
 
Back
Top
Log in Register