BTC USD 83,712.8 Gold USD 4,286.54
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Fakta Tentang Personal Loan

terjumpe lak thread ni....rupenya dah lama dibincangkan psl APR ni..saya plak baru nak belajar:D

tapi memang betul...APR untuk fixed rate lebih tinggi dari yg bank iklankan...berbanding ngan monthly or daily compound...tak byk beza ngan APR...sebab tu ade yg kata lebih baik apply CIMB Flexi Cash walaupun interestnye BLR+6.1% (=12.85%) daripada apply personal loan ngan rate 8%...sebab PL 8% sama dgn 14% APR
 
Kak Ti,

Say try buat kira2 based pada artikel dlm thread #1 saya tu. Kesimpulan, Personal Loan cara kiraan sama dgn Hire Purchase beli kereta:

11,000 Personal Loan 8% setahun

Jumlah interest = 0.08 x 5 thn x 11,000 = RM4,400
Principal + interest = RM11,000 + RM4,400 = RM15,400
Bayaran bulanan = RM15,400 / 60 bulan = RM256.67

Ok skang cuba compare dgn pengiraan loan rumah. Loan rumah agak kompleks pengiraan, so saya guna calculator yg KHUSUS utk pengiraan loan umah (org bank pon pakai yg ni). payment schedule saya copy paste utk 5 bulan pertama je

11,000 Loan Rumah 14% setahun

Loan amortization
Loan amount: $11,000.00
Period payment: $255.95
Loan length: 5 years
Total paid: $15,357.05
Annual interest: 14%
Total interest: $4,357.05
Repayment frequency: Monthly
Total periods: 60

Payment schedule
Period Interest paid Principal paid Remaining balance
1 $128.33 $127.62 $10,872.38
2 $126.84 $129.11 $10,743.28
3 $125.34 $130.61 $10,612.66
4 $123.81 $132.14 $10,480.53
5 $122.27 $133.68 $10,346.85

kalau saya masukkan 8% utk kiraan loan umah, monthly repayment hanya RM223 sahaja :)

Kesimpulan lagi, 8% utk personal loan tu bukan kadar interest sebenar...saya penah buat PL dgn Standard Charted dan diorg bgtau interest saya tu 12%...actually +/- 6%++ jek :)paid

salam..
maaf klu sy salah tafsir..
sebenarnya .. PL n loan keta nih.. interest nya fix thnn.. tu sbb cam tuh.. tp ade juga PL yg ikut BAKI BERKURANGAN.. yg sy tau bank yg guna kaedah BAKI BERKURANGAN ni antaranya cam RHB dan Stndard Ctd la.. kad KREDIT pn guna kaedah BAKI BERKURANGAN ni..
so.. klu pergi bank.. leh tny .. PL nih ikut kaedah baki berkurangan atau fix..
klu bank tu x nyatakan kaedah baki berkurangan pn.. kita boleh kira sendiri berdasarkn amount blnn yg perlu dibayar dan interst yg di tawarkan..

loan rumah plak.. setau saya, mmg ikut kaedah baki berkurangan..(ikut seperti tuan ceritakan).. klu konvesional.. ikut rate BLR.. klu ikut perbankan islam .. interest thnn fix , tp tinggi sikit la interstnya.. but x bergantung pada perrubahan BLR:)
 
anda semua x perlu gunakan software pengiraan dr bank2 utk dptkn figure .. just gunkan kemudahan file excel saja ..microsoft office :D ..kesimpulannya , bank pn guna file excel jerk..:)
 
Assalamualaikum,

Tgk makin ramai duk apply personal loan. Bank plak berlumba-lumba promote PL masing2. Kita plak mcm biase aa,suke la org duk offer $$$ :D

Tapi korang tau tak cmna nk kira interest utk Personal Loan. Sudah tentu jauh berbeza dgn housing loan dll...so utk CG forumer, baca artikel bawah ni:
---------------------------------

Bila sebut personal loan atau pembiayaan peribadi ni, semuanya dibuat ikut kadar tetap. Jarang saya lihat, bank beri personal loan dan kadarnya berubah ubah macam housing loan.

Yang anda perlu faham adalah, untuk membezakan mana loan yang termurah, anda perlu semak kadar sebenar (effective rate atau APR rate), bukan kadar tetap atau kadar BLR.

Sebab saya dapati, banyak bank / promoter bank bila promote personal loan ni, tak dedahkan kadar efektif sebenar loan mereka, terutama sekali skim pembiayaan islamik (sebab jarang jumpa ada personal loan konvensional) . Mereka promosi dengan menggunakan kadar tetap nominal, iaitu kadar tetap pada nama sahaja, bukan kadar sebenar. Pelanggan ingat murah, tapi kadar sebenar hampir 2x ganda.

Sebagai contoh, Loan Al-Rajhi ambil loan RM11,000 untuk 5 tahun pada kadar tetap 8% setahun (promosi raya lepas 8%, normal rate 8.5% setahun), kadar sebenarnya adalah lebih 14% setahun (kalau iklan 8%) atau 14.92% setahun (kalau iklan 8.5% setahun). Ambil Loan RM11,000 untuk 5 tahun pada kadar 8% setahun, ansuran bulanannya adalah RM256 sebulan.

Kalau ambil housing loan, BLR naik sampai 14% setahun tentu anda mengamuk dan rasa tertekan. Tapi personal loan kena 14%-15%, hampir tinggi macam interest kad kredit, kita buat tak kisah pula sebab sangka ianya rendah 8% setahun.

Kalau anda tak percaya, cuba guna calculator housing loan biasa, letak jumlah loan RM11,000 untuk 5 tahun pada kadar 14% setahun, dan anda akan dapat ANSURAN BULANAN YANG SAMA, IAITU RM256 SEBULAN. Kebetulan? TIDAK? Inilah yang ramai orang TAK TAHU.

Oleh itu, sebelum ambil personal loan, fikir masak-masak berbaloi ke ambil personal loan. Kalau untuk keperluan mendesak, untuk modal perniagaan yang terjamin pulangannya lebih 15% setahun atau untuk memindahkan hutang kad kredit yang interestnya tinggi kepada personal loan, tak mengapalah jugak.

Kalau saja-saja ambil personal loan untuk memenuhi selera dan keinginan sendiri, pada saya itu mencari masalah namanya, kerana anda tak uruskan ALIRAN TUNAI (monthly cash-flow) dengan baik, sehingga terpaksa berbelanja dengan berhutang melebihi pendapatan bulanan.

Berikut adalah kadar profit sebenar untuk semua bank popular di Malaysia. Ini sekadar perbandingan ringkas, bertujuan untuk rujukan umum. Bukan untuk memburuk burukkan mana mana bank.


Kadar Personal Financing Antara Bank
* Nota = Kadar sebenar APR di bawah tidak mengambil kira processing fees yang berlainan antara bank.


1. Aslah Financing-i Profit Rate (Post Dated Cheques - Swasta)


Tempoh Pembiayaan (Tahun)
Bank Rakyat's Membership 2 - 3 4 - 5 6 - 7
Member 6.80% 6.85% 6.90%
Non-Member 6.85% 6.90% 7.00%


* Kadar Sebenar (APR) Bank Islam Personal Financing = 12.25% setahun untuk 5 tahun

2. Aslah Financing-i Profit Rate (Untuk Kakitangan Awam/Berkanun) dengan kemudahan Biro Angkasa - BPA / Salary Deduction From Employer)

Tempoh Pembiayaan (Tahun)
Bank Rakyat's Membership < 3 4 - 5 6 - 7 8 - 10
Member 5.60% 5.80% 5.85% 5.90%
Non-Member 5.65% 5.85% 5.90% 5.95%


* Kadar Sebenar (APR) Bank Islam Personal Financing = 10.50% setahun untuk 5 tahun
------------ --------- --------- --------- --------- --------- --------- -------

Bank Islam Personal Financing
Profit Margin
Personal financing - Fixed Nominal Rate 1 - 5 tahun
6.8% setahun 6 - 7 tahun 7.0% setahun


* Kadar Sebenar (APR) Bank Islam Personal Financing = 12.15% setahun untuk 5 tahun

------------ --------- --------- --------- --------- --------- --------- -------
RHB Personal Financing
Profit Margin
Personal financing - Reducing Balance Method
1 - 7 tahun 1% sebulan


* Kadar Sebenar (APR) RHB Personal Financing = 12.10% setahun untuk 5 tahun


------------ --------- --------- --------- --------- --------- --------- -------
Standard Chartered Saadiq Personal Financing
Profit Margin
Personal financing - Fixed Nominal Rate 1 - 5 years 0.71% per month


* Kadar Sebenar (APR) SCB Saadiq Personal Financing = 14.10% setahun untuk 5 tahun


------------ --------- --------- --------- --------- --------- --------- -------
Al-Rajhi Personal Financing
Profit Margin
Personal financing - Fixed Nominal Rate 2 - 5 tahun Kadar biasa
8.50 % setahun


* Kadar Sebenar (APR) Al-Rajhi Personal Financing = 14.92% setahun untuk 5 tahun

Al-Rajhi Personal Financing
Profit Margin
Personal financing - Fixed Nominal Rate 2 - 5 tahun Kadar promosi
8.00 % setahun


* Kadar Sebenar (APR) Al-Rajhi Personal Financing = 14.00% setahun untuk 5 tahun

Diharap maklumat ini dapat membantu anda dalam membuat keputusan.

ini fakta bukan auta huhu ............ thanx bro .... sib baik PPL aku tak lepas ....:)):))
 
mcm tak betul je calculation tu. bini aku amik personal loan dgn agro bank. bln2 335 selama 10thn. aku kira balik kalo habis bayar blk semua, interest dlm 60% utk 10thn.pastu bahagi dengan 10thn, maka kadar keuntungan adalah 6% setahun.mmg sama dgn apa agro bank bgtau aku.

lg pun personal loan ni guna kaedah islam.ada akad jual beli. dlm kes bini aku, depa wujudkan dummy properties kat negeri 9. knp perlu wujudkan dummy properties? sbb dlm akad, ikut undang2 ISLAM perlu ada harta yg ditukar milik. ni yg aku faham la dr explaination pegawai dia.

apa2 pun ntah la. malas nak pikir lg dah. sbb dlm kes bini aku betul je.
mmg betul bro.. bank sebenarnya x tipu pn:)
kadang2 kita yg tertipu dgn ayat2 manis promoter atau peg bank yg nk kejar komisen tanpa bg tau baik buruk:D..
so..lain kali.. sng je.. just tny org bank tuh.. ni interst ikut baki berkurangan atau fix.. :)paid
 
anda semua x perlu gunakan software pengiraan dr bank2 utk dptkn figure .. just gunkan kemudahan file excel saja ..microsoft office :D ..kesimpulannya , bank pn guna file excel jerk..:)

betul...setuju tu:D
 
mmg betul bro.. bank sebenarnya x tipu pn:)
kadang2 kita yg tertipu dgn ayat2 manis promoter atau peg bank yg nk kejar komisen tanpa bg tau baik buruk:D..
so..lain kali.. sng je.. just tny org bank tuh.. ni interst ikut baki berkurangan atau fix.. :)paid

betul kata aidiryatim...kite je yg tak tahu..

cthnya loan rumah, interest biasanya dikira berdasarkan baki bulanan...sedangkan personal loan dikira dari jumlah keseluruhan

jadi APR ni gunanya sebagai standard interest rate untuk bandingkan antara jenis2 interest yg berbeza...kira baru adil

try la tanya banker tu...APR atau EIR(Effective Interest Rate)...agak2 dia boleh explain tak:D
 
anda semua x perlu gunakan software pengiraan dr bank2 utk dptkn figure .. just gunkan kemudahan file excel saja ..microsoft office :D ..kesimpulannya , bank pn guna file excel jerk..:)

ari tu ada jugak minta table utk pinjaman, org bank bagi softcopy. Last2 rupanya tengok, pengiraan yg depa buat sampai bg dapat monthly installment, prinsipal balance dengan interest, semuanya boleh dikira dengan menggunakan excel shj... mmg pakai formula yg sedia ada dlm excel jer...

INGATKAN SUSAH SANGAT KIRANYA... :D:D:D:D

walaupun begitu, kadar tu akan berubah sedikit, sebab biasanya kita tak kan bayar jumlah yg dalam excel. Biasa kena bayar lebih cket sen2.. Ialah... 200.28, nak senang bank ambik laaaa 200.50 ker, 200.30 ker.. heheheh

p/s: kesimpulan hang mmg tepat..:)cgrock:)cgrock:)cgrock
 
CG members, ada juga faktor lain yg kena kita pertimbangkan, cara nak bayar balik installment bulanan nanti, samada secara online (jimat minyak, parking, masa dll) atau kena cara manual. Kos tersebut sebenarnya tinggi juga.
 
CG members, ada juga faktor lain yg kena kita pertimbangkan, cara nak bayar balik installment bulanan nanti, samada secara online (jimat minyak, parking, masa dll) atau kena cara manual. Kos tersebut sebenarnya tinggi juga.

aik... ada lagi ker loan yg tak boleh bayar online???? Biasa org yg tak guna kemudahan online nie... suka bayar g kat mesin ATM.. security concern...
 
Back
Top
Log in Register