BTC USD 62,883.9 Gold USD 2,390.31
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Info Fakta Bulan Purnama Februari 2024

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
440,095
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Mar 15, 2010
Messages
440,095
Reaction score
34,590
Points
2,836
Awards
2
IMG_20240224_221524_752.jpg


Fakta Bulan Purnama Februari 2024 :-

- Secara teknikalnya Bulan memasuki fasa Purnama pada jam 08:30 PM, 24 Februari 2024 ( waktu Malaysia ).

- Bulan malam ini berada dalam kawasan Buruj Leo si Singa. Bintang paling terang yang membentuk buruj itu bernama Regulus yang menandakan hati Leo si Singa.

- Purnama Februari ini merupakan Purnama paling kecil bagi tahun 2024. Ia dikenali sebagai Bulan mini atau Bulan Mikro. Saiznya akan sedikit kecil dan cahaya sedikit kelam berbanding fasa Purnama biasa. Perbezaan dapat disaksikan dengan membandingkan gambar Bulan Purnama selain Bulan mini/mikro.

- Bulan memasuki fasa Purnama ketika ia hampir dengan kedudukan Apogee ( Jauh dari Bumi ) dengan jarak sekitar 405917 km. Bulan akan berada pada kedudukan Apogee pada jam 11:00 PM, 25 Februari 2024 dengan jarak sekitar 406316 km.

- Menandakan malam Nisfu Syaaban 1445 Hijrah iaitu pertengahan bulan Syaaban bagi umat Islam.

- Menandakan hari Chap Goh Mei atau Pesta Tanglung bagi masyarakat Cina. Chap Goh Mei jatuh pada hari ke 15 dalam bulan pertama kalendar Cina yang berasaskan kalendar Lunisolar. Ia disambut selepas 15 hari tahun baru Cina yang menandakan berakhirnya sambutan tahun baru.


AstroMet Malaysia
 
Back
Top
Log in Register