BTC USD 76,429.8 Gold USD 4,306.28
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Others Sambutan November Bulan Keluarga Kebangsaan (NBKK) 2024

dloanman

CG Top Poster Club
gem
Messages
46,544
Top Poster #10
Joined
Apr 15, 2012
Messages
46,544
Reaction score
4,820
Points
266

Setiap ahli keluarga mempunyai peranan masing-masing yang mana mereka perlu saling melindungi antara satu sama lain.

Setiap ahli keluarga mempunyai peranan masing-masing yang mana mereka perlu saling melindungi antara satu sama lain.

SHAH ALAM – Sambutan November Bulan Keluarga Kebangsaan (NBKK) 2024 perlu dirai oleh seluruh keluarga bagi mengerat serta memperkukuh hubungan kekeluargaan yang menjadi kunci kepada masyarakat harmoni.

Ketua Pengarah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Abdul Shukur Abdullah berkata, sambutan NBKK 2024 adalah salah satu daripada teras strategi Dasar Keluarga Negara yang turut menekankan pelaksanaan advokasi mengutamakan kesejahteraan institusi kekeluargaan.

Sambutan NBKK 2024 akan berlangsung selama dua hari iaitu pada 9 dan 10 November di Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur.

ABDUL SHUKUR

ABDUL SHUKUR


Mengulas mengenai objektif sambutan, Abdul Shukur memberitahu, antara matlamat pelaksanaan itu adalah untuk mendidik masyarakat dalam memberi tumpuan kepada momen indah bersama keluarga bermula daripada ikatan kasih sayang yang erat dan menghargai setiap sumbangan serta pengorbanan ahli keluarga.

Di samping itu, ia bertujuan untuk mengembleng komitmen pelbagai pihak terhadap pengukuhan institusi keluarga dan mendaya upaya peranan membina dan mengekalkan hubungan keluarga yang sejahtera ke arah agenda perpaduan negara.

Dalam pada itu, beliau berkata, sambutan NBKK 2024 masih mengekalkan konsep riadah dan santai bersama keluarga sebagai merealisasikan momen indah bersama keluarga.
Jelas beliau, pelbagai aktiviti menarik boleh disertai oleh semua peringkat usia tidak kira kanak-kanak, dewasa dan warga emas.

“Seawal jam 7 pagi pada 9 November 2024, kita akan adakan larian 5km KASIH Family Fun Run. Antara menarik bagi acara ini selain medal dan cabutan bertuah, 300 pelari pertama bersama keluarga yang sampai ke garisan penamat akan diselempangkan kain batik.

“Kain batik merupakan simbolik kepada kasih sayang dan ikatan kuat antara ahli keluarga. Saya percaya setiap rumah di Malaysia tidak kira kaum dan bangsa ada kain batik,” ujarnya.

No Image Caption



Tambah Abdul Shukur lagi, Karnival KASIH Keluarga itu terbahagi kepada tiga zon iaitu A, B dan C.

Katanya, Zon A menempatkan Rumah KASIH MADANI yang menampilkan konsep edutainment. Pengunjung akan dibawa mengembara serta mencipta pengalaman bersesuaian dengan tagline NBKK #MomenIndahBersamaKeluarga.


No Image Caption



“Sementara itu, Zon B tertumpu kepada aktiviti mesra keluarga seperti game stall, sukan keluarga, senam seni keluarga, petting zoo, pertunjukan haiwan dan banyak lagi.
“Pengunjung boleh menjengah ke Pasar Keluarga x Saloma yang turut menyediakan jualan pelbagai jenis juadah dan minuman tradisional.

“Zon C pula menyediakan laman piknik keluarga di Bamboo Play House. Mana-mana keluarga boleh membawa bekal untuk berkelah beramai-ramai sambil menyertai sukaneka keluarga yang terbuka kepada semua pengunjung,” kata Abdul Shukur.

Ketika ditanya mengenai tawaran menarik lain sempena sambutan NBKK, beliau berkata, majikan yang melaksanakan hari keluarga dan aktiviti kekeluargaan di tempat kerja layak mendapatkan pelepasan cukai bagi perbelanjaan keraian.

Menurutnya, syarikat swasta yang memberikan cenderamata bagi tujuan penajaan atau pelaksanaan sambutan program kekeluargaan turut layak menuntut perbelanjaan keraian atas 100 peratus kos cenderamata yang dikeluarkan.

“Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) melalui Tourism Malaysia akan menawarkan 44 promosi serta pakej untuk cuti-cuti keluarga melalui 21 syarikat bermula November 2024 dan sah laku sehingga 30 Jun 2025 tertakluk kepada terma syarat,” jelasnya

Pada masa sama, beliau memberitahu bahawa sambutan sempena NBKK 2024 akan diteruskan di semua negeri sepanjang bulan ini.

Abdul Shukur berkata, Sarawak, Perlis dan Negeri Sembilan akan menjadi negeri terawal yang menyambut NBKK iaitu pada 16 November seterusnya diikuti Melaka (20 November), Kedah (21 November), Sabah (23 November) dan Johor serta Pahang pada 24 November.

Seterusnya, Perak (26 November), Terengganu dan Kelantan (29 November) serta Kuala Lumpur, Selangor dan Pulau Pinang pada 30 November.

Mengulas mengenai tema ‘KASIH Keluarga, Jiwa MADANI’ yang dipilih pada sambutan NBKK kali ini, Abdul Shukur berkata, ia menggariskan kepentingan nilai-nilai kasih sayang dalam keluarga sebagai asas kepada pembinaan masyarakat yang berteraskan prinsip Madani.

Tambahnya, tahap kesejahteraan keluarga telah meningkat tahun demi tahun kerana ia disokong kerajaan yang mewujudkan inisiatif berkaitan keluarga.

“Tahap kesejahteraan keluarga di Malaysia diukur melalui Indeks Kesejahteraan Keluarga. Pada tahun 2023, ia telah meningkat kepada 7.93 berbanding 7.72 (2019) dan 7.33 (2016).

“Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat melalui LPPKN terus komited dan meneruskan usaha bagi kesejahteraan keluarga melalui program-program pendidikan kekeluargaan,” ujar beliau.

No Image Caption


Sambutan November Bulan Keluarga Kebangsaan ini bertujuan memperkukuhkan ikatan kekeluargaan melalui aktiviti-aktiviti yang bukan sahaja menyeronokkan tetapi juga mendidik dan membina. Jadikan sambutan ini peluang untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan dan mencipta momen bersama insan tersayang.- Pengerusi LPPKN, Datuk Seri Rohani Abdul Karim

 

Sejam 'dalam penjara' waktu berkualiti saya, anak-anak bersama Anwar - Wan Azizah​


09 November 2024 12:24pm

Wan Azizah membacakan teks ucapan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada perasmian Sambutan November Bulan Keluarga Malaysia 2024 bertemakan Kasih Keluarga, Jiwa MADANI di Taman Botani Perdana hari ini. Foto Bernama

Wan Azizah membacakan teks ucapan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada perasmian Sambutan November Bulan Keluarga Malaysia 2024 bertemakan Kasih Keluarga, Jiwa MADANI di Taman Botani Perdana hari ini. Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dengan nada sayu mengimbau 'masa berkualiti' selama sejam bersama keluarga setiap kali melawat Datuk Seri Anwar Ibrahim di penjara sepanjang tempoh tahanan dahulu.

Dr Wan Azizah yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, berkongsi keadaan yang terpaksa dilalui bersama anak-anak demi memanfaat peluang dan waktu penting membolehkan mereka sekeluarga meluangkan masa bersama.

"Ini bukan teks (ucapan). Saya dengar YB (Yang Berhormat), (Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri) Nancy (Shukri) kata, masa yang diluangkan dengan keluarga adalah penting sekali.

"Itu membuatkan saya teringat (tentang) saya dipisahkan...kami (anak-anak) dipisahkan lama juga dengan suami dan ayah kepada anak-anak saya.

"Masa kami dalam penjara itulah masa penting, masa berkualiti yang terpaksa (dilalui)...tapi saya fikirkan kembali itu adalah hikmah.

"Bila sampai (penjara), anak-anak tengok (lawat) bapa mereka (dalam tempoh) sejam itu, Alhamdulillah macam terubat rindunya,"katanya ketika berucap merasmikan Sambutan November Bulan Keluarga Kebangsaan (BKK2024), di Taman Botani Perdana, di sini pada Sabtu.

Sehubungan itu, Dr Wan Azizah menasihatkan agar masyarakat memberi keutamaan untuk bersama keluarga dalam apa juga keadaan dan rutin yang dilakukan.

"Luangkanlah masa (dengan keluarga) kerana ia sangat penting dalam hidup kita ini,"katanya.

Tambah beliau lagi, Keluarga di Malaysia kini menghadapi pelbagaicabaran yang dipengaruhi oleh perubahan sosial, pendidikan, ekonomi dan teknologi yang sangat pantas.

"Isu megatrend yang melanda seantero dunia seperti perubahan demografi yakni peralihan penuaan penduduk dan penurunan kadar kesuburan serta perubahan iklim memberi kesan yang signifikan terhadap institusi keluarga diseluruh dunia.

"Perubahan ini memerlukan tindakan semua pihak di setiap lapisan masyarakat untuk bersama-sama mencari jalan dalam membantu institusi keluarga agar dapat membangun keluarga Madani yang lebih kuat, kukuh dan sejahtera,"katanya.

Bulan November disambut sebagai sambutan Bulan Keluarga Kebangsaan pada setiap tahun adalah inisiatif kerajaan bagi menggalakkan rakyat Malaysia untuk meluangkan lebih masa bersama keluarga.

Ia bagi memupuk ikatan keluarga yang lebih kukuh dengan mempromosikan nilai-nilai murni seperti kasih sayang, hormat, dan tanggungjawab dalam unit keluarga.

Dengan objektif untuk memperkasakan hubungan keluarga, Sambutan November Bulan Keluarga Kebangsaan yang berlangsung pada 9 dan 10 November membawakan pelbagai aktiviti menarik untuk seisi keluarga.

 
Aku join larian 5km td. Sempat lepak lepas lari beli makan2 kat pasar saloma tp tak la banyak sangat kedai. Lepak depan pentas sambil dengo jija mengomel ape tah haha
 
Back
Top
Log in Register