BTC USD 75,937.3 Gold USD 4,264.24
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Faedah PERKESO Boleh Dimohon Secara Dalam Talian Mulai Tahun Depan - Ramanan

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,763
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,763
Reaction score
289
Points
146
a1f0eface337ea736c34a1ac5ce4955b6944f29bcd835

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri R. Ramanan (tengah), bercakap pada sidang media selepas melakukan lawatan di Menara PERKESO, selepas memulakan tugas secara rasmi sebagai Menteri Sumber Manusia hari ini. Turut serta Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia Datuk Azman Mohd Yusof (kiri) dan Pengerusi Lembaga PERKESO Datuk Seri Subahan Kamal (kanan).

Bermula Januari depan, semua permohonan faedah Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) meliputi empat akta utama boleh dikemukakan sepenuhnya secara dalam talian, kata Menteri Sumber Manusia Datuk Seri R.Ramanan.

Beliau berkata inisiatif pendigitalan itu melibatkan Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969, Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017, Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017 dan Akta Keselamatan Sosial Suri Rumah 2022.

"Bagi tidak menyusahkan pencarum, permohonan boleh dibuat dalam talian menggunakan sama ada telefon bimbit atau komputer mulai 1 Jan depan.

"Saya percaya ini satu langkah yang baik sebab mereka (pemohon) dapat menjimatkan masa dan kos perjalanan untuk ke pejabat PERKESO," katanya pada sidang media selepas mengadakan lawatan kerja rasmi pertama ke Menara PERKESO di sini hari ini.

Turut hadir, Pengerusi Lembaga PERKESO Datuk Seri Subahan Kamal dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PERKESO Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed.

Selain aspek pendigitalan, Ramanan turut mengumumkan sasaran pelaksanaan Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja atau LINDUNG 24 Jam menjelang suku pertama atau akhir suku kedua 2026.

Ramanan yang dilantik menerajui Kementerian Sumber Manusia dalam rombakan Kabinet Kerajaan MADANI Selasa lepas berkata beliau komited untuk memastikan skim itu dilaksanakan secara telus, lancar dan berkesan demi kebaikan pekerja.

Menyentuh mengenai golongan pekerja rentas sempadan, Ramanan berkata PERKESO akan merintis Skim Pengembara bermula tahun hadapan menerusi satu kajian kebolehlaksanaan yang teliti bagi mencari mekanisme perlindungan terbaik.

"Rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura, angkanya hampir 400,000 pekerja tempatan yang melintas Tambak Johor setiap hari.

 
Back
Top
Log in Register