BTC USD 76,148.2 Gold USD 4,271.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PERKESO Catat Kepatuhan Lebih 96 Peratus Bagi Proses Tuntutan Faedah - Ramanan

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,766
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,766
Reaction score
289
Points
146

PERKESO Catat Kepatuhan Lebih 96 Peratus Bagi Proses Tuntutan Faedah - Ramanan​

244d5b23602cdc70e56290213dd187b06a3b62d071ab0

Menteri Sumber Manusia Datuk Seri R. Ramanan

Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) merekodkan prestasi cemerlang dengan purata kepatuhan melebihi 96 peratus bagi tempoh pemprosesan tuntutan dan bayaran faedah kepada pencarum sepanjang tahun lepas.

Menteri Sumber Manusia Datuk Seri R. Ramanan berkata bermula tahun lepas, PERKESO menetapkan Piagam Pelanggan lebih ketat bagi memproses permohonan selepas dokumen lengkap diterima, melibatkan semua faedah di bawah Skim LINDUNG Pekerja, Skim LINDUNG Kendiri dan Skim LINDUNG Kasih.

Beliau berkata tempoh pemprosesan dua hari ditetapkan bagi Faedah Pengurusan Mayat dan Faedah Hilang Upaya Sementara manakala tiga hari bagi Faedah Hilang Upaya Kekal, Faedah Pencen Ilat, Faedah Penakat dan Faedah Orang Tanggungan.

“… manakala Piagam Pelanggan bagi Skim LINDUNG Kerjaya pada 2025 telah ditetapkan dua hari untuk kesemua faedah dari tarikh dokumen permohonan lengkap diterima.

“Pencapaian Prestasi Piagam Pelanggan PERKESO bagi keseluruhan proses tuntutan dan bayaran faedah secara purata bagi Skim LINDUNG Kerjaya adalah pada kadar 99.68 peratus,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Ramanan berkata demikian bagi menjawab soalan Datuk Mohd Isam Mohd Isa (BN-Tampin) mengenai tempoh rasmi pemprosesan tuntutan PERKESO, tahap pematuhan serta penggunaan pendigitalan dalam mempercepatkan proses tuntutan pencarum.

Beliau berkata PERKESO dari semasa ke semasa sentiasa menambah baik sistem pengoperasian proses permohonan tuntutan dan bayaran faedah menerusi pendigitalan, termasuk melalui portal LINDUNGI Faedah PERKESO.

“PERKESO turut menaik taraf infrastruktur sistem pemprosesan faedah dalaman menerusi sistem 1Best yang telah digunakan sepenuhnya bermula tahun ini.

“Selain itu, aplikasi PRIHATIN juga diperkenalkan kepada pencarum, khususnya bagi mendapatkan informasi mengenai perkhidmatan yang disediakan oleh PERKESO,” katanya,

 
Back
Top
Log in Register