combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,153
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,153
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
Permohonan Pembiayaan TEKUN Kini Boleh Dibuat Secara Dalam Talian - Sim
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Steven Sim bergambar bersama penerima Skim Pembiayaan Tekun Online pada Majlis Pelancaran Sistem Permohonan Tekun Online hari ini.
Permohonan bagi pembiayaan TEKUN Nasional kini boleh dibuat secara dalam talian buat julung-julung kali sejak penubuhannya hampir 30 tahun lepas sekali gus memudahkan usahawan di seluruh negara mengemukakan dokumen berkaitan dengan lebih cepat dan cekap.
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Steven Sim Chee Keong berkata inisiatif pendigitalan itu adalah langkah penambahbaikan penyampaian perkhidmatan TEKUN bagi mengurangkan kerenah birokrasi selain memastikan proses permohonan lebih telus serta mudah diakses.
"Sebelum ini, usahawan perlu mencetak dokumen dan hadir ke pejabat TEKUN secara fizikal untuk membuat permohonan.
“Kini, mereka tidak perlu lagi berbuat demikian dan boleh mengemukakan permohonan secara digital dari mana-mana sahaja pada bila-bila masa," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pelancaran Sistem Permohonan TEKUN Online di sini hari ini.
Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud, Pengerusi TEKUN Nasional Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid serta Pengarah Urusan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif TEKUN Nasional Mohamad Shiblie Abg Sapuan.
Sim berkata sejak projek rintis Sistem Permohonan TEKUN Online diperkenal di Kuala Lumpur dan beberapa negeri lain pada Julai lepas, sebanyak 1,624 permohonan diterima secara dalam talian, dengan 215 permohonan melibatkan pembiayaan berjumlah RM6.6 juta telah diluluskan.
Bagi tahun ini, TEKUN Nasional telah menyalurkan lebih RM700 juta kepada hampir 31,000 usahawan di seluruh negara, dengan 43 peratus atau 13,283 daripada mereka ialah penerima pembiayaan kali pertama membabitkan nilai hampir RM260 juta.
Beliau berkata sejak menerajui KUSKOP, usaha mengurangkan kerenah birokrasi menjadi keutamaan bagi membolehkan usahawan menumpukan lebih banyak masa dan tenaga kepada mengembangkan perniagaan tanpa dibebani prosedur rumit.
Sim berkata TEKUN turut menambah baik proses sedia ada dengan memendekkan tempoh pemprosesan permohonan pembiayaan di bawah RM100,000 kepada tujuh hari berbanding kira-kira 30 hari sebelum ini.