BTC USD 60,523.8 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Fadhilat Bersedekah

Kaum Kerabat

Adalah afdhal bersedekah kaum kerabat, kemudian jiran, kerana firma Allah:

يتيما ذا مقربة
(سورة البلد: 15)

Tafsirnya: “Kepada anak yatim daripada kaum kerabat.”

(Surah Al-Balad:15)
Dan sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam kepada Zainab, isteri ‘Abdullah bin Mas’ud:
زوجك وولدك أحق من تصدقت به عليهم

(رواه البخاري)
Maksudnya: “Suamimu dan anakmu lebih berhak menerima sedekah.”
(Hadis riwayat Bukhari)
Seterusnya Nabi Shallallhu ‘alaihi wasallam bersabda sebagaimana yang diriwayatkan di dalam sebuah hadis hasan oleh Ahmad, ibnu Majah dan At-Tirmidzi:

الصدقة على المسكين صدقة، وهي على ذى الرحم اثنتان: صدقة وصله

Maksudnya: “Sedekah kepada orang miskin hanya sekadar sedekah, tetapi sedekah kepada kaum kerabat dapat dua kebaikan, iaitu sedekah dan menghubungkan tali silaturahim.”

Juga riwayat Al-Bukhari daripada aisyah katanya:

إن لى جارين فإلى أيهما أهدى؟ فقال إلى أقربهما منك بابا

Maksudnya: “Aku mempunyai dua jiran, yang mana satu harus ku ber hadiah?” Baginda menjawab: “yang paling hampir pintunya dengan rumahmu.”

Bersedekah kepada Orang Bersungkai

Tempat menyalurkan sedekah termasuklah orang-orang yang berpuasa ketika mereka itu berbuka puasa. Ganjaran pahala yang diterima sangatlah besar, sama besarnya dengan yang diperolehi orang yang berpuasa itu sendiri.
 
Rasulullah Shallallhahu ‘alaihi wasallam bersabda:

من فطر صائما كان له مثل اجره غير أنه لا ينقص من أجر الصائم شيئا

(رواه الترمذي وابن ماجه وابن خريمة وابن حبان)

Maksudnya: “Sesiapa yang ‘menyungkaikan’ (memberi makan) kepada orang yang berbuka puasa, adalah baginya pahala seumpama pahala orang yang berpuasa itu, tanpa dikurangi walaupun sedikit daripada pahala orang yang berpuasa itu.”

(Hadis riwayat Tirmidzi, Ibnu Majah, Ibnu Khzaimah dan Ibnu Hibban)

Oleh kerana orang ramai, khasnya jemaah masjid mungkin mengetahui betapa besarnya pahal sedekah yang diberikan untuk ‘menyungkaikan’ (member makan orang yang berpuasa) sebagaimana hadis di atas, maka itulah sebabnya barangkali mengapa sedekah yang dihulurkan dalam bulan Ramadhan untuk tujuan perbelanjaan ‘bersungkai’ itu lebih banyak jumlahnya berbanding yang dihulurkan untuk bantuan anak-anak yatim. Mungkin juga para jemaah beranggapan bahawa menghukurkan bantuan kepada anak-anak yatim boleh dilakukan pada bulan-bulan lain sepanjang tahun sementara bersedekah unuk tujuan ‘menyungkaikan’ hanyalah dapat dibuat pada bulan Ramadhan sahaja.

Namun dalam hal ini hendaklah kita berhati-hati supaya jangan sampai berlaku pembaziran sewaktu ‘menyungkaikan’ orang yang berpuasa di masjid atau bahan-bahan hidangannya itu tidak sesuai seperti kuih muih yang tidak tahan disimpan.

Walau bagaimanapun, bersedekah dalam bulan Ramadhan pada hari jumaat tetaplah lebih utama berbanding pada bulan dan hari-hari yang lain.
 
Supaya sedekah itu tinggi mutunya, maka elakkan bersedekah dengan barang-barang yang kurang baik atau si pemberinya kurang menyayanginya kerana sedekah dengan barang-barang yang sedemikian itu kurang nilainya di sisi Allah, firman Allah :

........ولا يتمموا الخبيث منه تنفقون.................
( سورة البقرة : 267 )

Tafsirnya : “ … dan janganlah kamu senghaja memilih yang buruk daripada ( lalu kamu ) dermakan atau kamu jadikan pemberian zakat….”

( surah Al-Baqarah : 267 )

Bersedekah dengan barang yang paling bermutu dan paling disayangi, itulah yang amat digalakkan sebagaimana firman Allah :


لًن تنالوا حى تنفقوا مما تحبون..........
(سورة آل عمران : 92 )




Tafsirnya : “ kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakihat) kebajikan dan kebaktian ( yang sempurna ) sebelum kamu dermakan sebagian daripada apa yang kamu sayangi….”
( surah Ali ‘Imran : 92 )
 
Pahala sedekah juga boleh hilang sebagaimana diperingatkan oleh Allah melalui ayat ini :

يأيها الذين ءامنوا لا تبطلوا صدقتهكم بالمن والاذى كالذى ينفق ماله رئاء الناس
( سورة البقرة : 264 )

Tafsirnya : “wahai orang yang beriman ! Jangan rosakkan ( pahala amal ) sedekah kamu dengan perkataan membangkit-bangkit dan ( kelakuan yang ) menyakiti seperti rosaknya pahala amal sedekah orang yang membelanjakan hartanya kerana hendak menunjuk-nunjuk kepada manusia ( ria ).”

( surah al-Baqarah : 264 )

Menurut tafsir, makna المن itu ialah orang yang member sedekah itu menyebut-nyebut kebaikannya kepada penerima sedekah serta membangkit-bangkitkan pemberiannya itu seperti katanya : “ Aku telah membuat baik ( bersedekah ) kepadamu dan menutupi keadaanmu yang kurang.”

Sementara الأذى pula, si pemberi berbangga-bangga dengan pemberiannya dengan menyebut-nyebut kepada orang lain, sedang si penerima sedekah tidak suka didedahkan perkara itu sehingga menyakiti hatinya.

Membangkit-bangkit sedekah atau menyakiti orang yang menerimanya, samalah juga dengan yang membelanjakan hartanya dalam keadaan ria, sebagaimana ayat ini :


كالذى ينفق ماله ، رئآء الناس

( سورة البقرة : 264 )

Tafsirnya : “ seperti ( rosaknya pahala amal sedekah ) orang yang membelanjakan hartanya kerana hendak menunjuk-nunjuk kepada manusia ( riak ).”

( Surah Al-Baqarah : 264 )

فاستبقوا الخيرات
( سورة البقرة : 148 )


Tafsirnya : “ Berlumba-lumbalah kamu melakukan kebajikan.”
( Surah Al-Baqarah : 148 )
 
Back
Top
Log in Register