BTC USD 60,506.0 Gold USD 4,335.49
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Fadhilat Bersedekah

Katakan ada saudara-mara atau kawan-kawan yang meminta bantuan kewangan anda.Jika anda memberinya,berilah dengan seikhlas yang boleh,niatkan dalam hati dan berdoa moga apa yang kita beri itu walaupun sedikit akan melepaskan dia daripada kesusahannya,kita akan mendapat pahala yang berganda.Jangan ketika memberi kita merungut pula samada secara vokal atau didalam hati(cth:`Si polan ini asyik meminta saja'),nanti pahala kita tidak dapat dosanya pula bertambah.
 
Satu lagi bentuk sedekah ialah jika kita dalam kemarahan terhadap seseorang tetapi kita cuba menahan kemarahan itu didalam hati (beristigfar contohnya) lalu kita tidak jadi memarahinya itu pun merupakan satu sedekah.Contoh dalam satu situasi,katakan anda hendak membeli sebuah buku lalu membuat pesanan melalui telefon kepada pembantu kedai buku.Ketika anda hendak mengambil buku tersebut di kedai,pembantunya tersilap menjual buku tersebut kepada orang lain.Dalam situasi begini jika anda sedang marah tetapi anda berjaya menahan marah dan memaafkannya itulah merupakan satu sedekah.
 
yang paling mudah sekali,dan senang-senangnya kita boleh mendapatkan sedekah itu `Senyumlah'.Senyumlah dengan ikhlas hati terhadap orang yang kita jumpa sama ada orang yang baru kita kenali atau yang sudah lama kita kenali.Sehinggalah dalam hadis pun dinyatakan "Senyum itu Satu Sedekah."
 
Untuk bersedekah berikanlah yg terbaik bukan yg terburuk.Kerana janji Allah, kalau kamu bagi satu Allah akan bagi 10 kali ganda.`Umat yg baik memberi dgn senang hati'.
 
AMALAN bersedekah yang amat dianjurkan Islam dan akan mendapat ganjaran pahala yang besar di sisi Allah SWT. Rasulullah SAW sentiasa menunjukkan teladan kepada umatnya dalam perbuatan bersedekah. Sabda Rasulullah yang bermaksud, “Jagalah kalian dari neraka, meskipun hanya dengan separuh kurma.’ (Hadis Bukhari). Di sini jelas kepada kita bahawa Islam sangat menekankan kepada amalan bersedekah dan nilai sedekah itu tidaklah hanya tertakluk kepada banyaknya yang dihulurkan seseorang, akan tetapi terletak pada nilai keikhlasan niat di hati.
 
Dalam sebuah hadis yang lain Nabi SAW bersabda yang bermaksud, “Barang siapa yang bersedekah sebesar biji kurma dari hasil yang baik dan Allah SWT hanya menerima sesuatu yang baik saja. Nescaya Allah SWT akan menerimanya dengan tangan kanan-Nya, lalu memeliharanya untuk diberikan kepada pemiliknya sebagaimana salah seorang daripada kalian memelihara anak kudanya hingga (pahala sedekahnya itu) menjadi seperti gunung”. (Hadis Bukhari). Begitulah indahnya ajaran Islam yang menggalakkan umatnya bersedekah dan Allah SWT sendiri menjamin pahala untuk orang yang mengamalkannya sebagai agenda kehidupan mereka.
 
Menyentuh aspek bersedekah, Islam tidak pernah mengehadkan tempoh masa malahan boleh dilaksanakan pada bila-bila masa saja mengikut kemampuan seseorang. Namun demikian, amalan bersedekah yang paling afdal di sisi Allah SWT ialah ketika bulan Ramadan. Ini dapat kita perhatikan menerusi satu hadis Nabi bermaksud, dari Ibnu Abbas, berkata: “Rasulullah SAW adalah orang yang paling dermawan dan lebih besar kedermawannya pada bulan Ramadan ketika Jibril menemuinya. Jibril biasanya menemuinya setiap malam Ramadan, lalu tadarus al-Quran (dengan Nabi SAW). Sungguh Rasulullah ketika ditemui Jibril menjadi orang yang lebih bermurah hati dalam memberikan kebaikan, sehingga lebih banyak daripada tiupan angin.’ (Hadis Bukhari dan Muslim) Jadi berasaskan kepada hadis itu dapat disimpulkan bahawa kita sebagai umat Islam sangat dituntut dalam membudayakan amalan bersedekah, lebih-lebih semasa menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadan yang penuh berkat itu.
 
Dalam soal memberi sedekah itu, semua orang mampu melakukannya sama ada dalam kuantiti yang banyak mahupun sedikit. Apa yang utama ialah sikap dan niat kita mesti menjuruskan kepada ikhlas kerana Allah SWT. Banyak yang boleh seseorang sumbangkan sebagai sedekah pada bulan Ramadan. Antaranya ialah memberikan makan minum kepada orang berpuasa. Dalam masyarakat Melayu, menyediakan juadah untuk berbuka sentiasa diadakan di masjid, surau mahupun di madrasah. Hal itu sangat mulia dan wajar diteruskan.
 
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud,’ Barang siapa memberikan makanan untuk berbuka kepada orang yang berpuasa, maka ia memperoleh pahala sama dengan orang yang berpuasa; sedangkan pahala orang yang berpuasa itu sendiri tidak berkurang sedikit pun. (Hadis At Tirmidzi) Hadis ini mendorong kita umat Islam supaya tidak mementingkan diri sendiri pada bulan Ramadan, akan tetapi menggalakkan umatnya menjaga kepentingan orang lain.

Alangkah indahnya tuntutan Islam ke atas umatnya kerana dengan pengamalan bersedekah khususnya ketika bulan Ramadan pasti membibitkan rasa kebersamaan dan semangat ukhwah yang mantap dalam kalangan ummah.

Justeru, ketika kita sedang asyik menunaikan ibadah berpuasa di bulan Ramadan ini, segala amalan sunat dan amal makruf seperti bersedekah seharusnya diperbanyakkan dengan satu niat, hanya ingin mendapat reda Allah. Insya-Allah mereka yang pemurah dalam bulan Ramadan itu pasti ‘dekat dengan Allah’ dan Allah SWT meredainya serta diberikan ganjaran pahala yang besar.
 
Back
Top
Log in Register