BTC USD 63,599.2 Gold USD 4,342.47
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Facebook undang ketagihan

Viere

CG Top Poster Club
gem
Messages
26,579
Joined
Aug 8, 2008
Messages
26,579
Reaction score
179
Points
123
LONDON 7 April - Penggunaan jaringan sosial Facebook merupakan satu aktiviti yang boleh mengakibatkan ketagihan, tetapi pengguna yang menghabiskan masa terlalu lama menggunakannya mungkin merasa tidak gembira dengan kehidupan mereka.

Penyelidik dari Universiti Gothenburg, Sweden menyatakan, kebanyakan pengguna yang mula membuka komputer akan terus memasuki laman web jaringan sosial tersebut.

Menurut penyelidik, golongan berpendapatan dan berpendidikan rendah didapati merupakan golongan paling berisiko mengalami ketagihan itu.

Golongan berkenaan meluangkan lebih banyak masa menggunakan Facebook dan sebahagian daripada mereka melahirkan rasa tidak gembira atau tidak puas hati dengan kehidupan masing-masing.

Kira-kira 85 peratus pengguna berkata, mereka menggunakan Facebook setiap hari dan separuh daripada jumlah itu memaklumkan mereka membuka laman web jaringan sosial itu sebaik membuka komputer atau alat telekomunikasi lain.
 
tetapi pengguna yang menghabiskan masa terlalu lama menggunakannya mungkin merasa tidak gembira dengan kehidupan mereka.

setuju sangat2...lagi ramai ada kawan kat alam siber,bmakna smakin sikit kwan kat alam realiti.Down with FB!
 
like group ceramah agama uai...bagus baca semua dapat banyak ilmu :D:D:D
 
Back
Top
Log in Register