BTC USD 76,377.0 Gold USD 4,296.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Facebook, TikTok, YouTube Turunkan 159,518 Kandungan Berkaitan Judi, Penipuan Dalam Talian -- Fahmi

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,771
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,771
Reaction score
289
Points
146
b9a7098bc9a93eef66c0a4a8506c0c0867c69f5cca5ac


Platform media sosial Facebook, TikTok dan YouTube telah bersetuju menurunkan sebanyak 159,518 kandungan berkaitan aktiviti perjudian, penipuan dalam talian, buli siber serta penyebaran berita palsu setakat semalam, kata Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil.

Beliau berkata jumlah itu merupakan sebahagian daripada keseluruhan 174,473 kandungan dalam talian yang dimohon untuk diturunkan sepanjang tahun ini.

“Daripada jumlah yang saya nyatakan tadi, kira-kira 160,000 kandungan telah berjaya diturunkan, dengan 51 peratus daripadanya melibatkan aktiviti perjudian dalam talian, 25 peratus berkaitan penipuan dalam talian, 12 peratus membabitkan buli siber dan sembilan peratus lagi penyebaran berita palsu.

“Daripada jumlah tersebut, 57 peratus melibatkan platform Facebook, 28 peratus di TikTok dan 13 peratus di YouTube. Selebihnya melibatkan platform lain dalam jumlah yang lebih kecil, namun ketiga-tiga platform ini mewakili hampir 95 peratus daripada keseluruhan masalah yang kita kenal pasti dalam media sosial,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan Kementerian Komunikasi (KK) di Menara Komunikasi di sini hari ini, yang turut dihadiri Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching, Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Datuk Mohamad Fauzi Md Isa dan Ketua Pegawai Eksekutif Bernama Datin Paduka Nur-ul Afida Kamaludin.

Fahmi berkata walaupun tindakan menurunkan kandungan seumpama itu telah dilaksanakan, masih terdapat kebimbangan terhadap kewujudan kandungan eksploitasi kanak-kanak dalam talian, khususnya di Facebook.

“Maka saya tertanya-tanya, adakah undang-undang dan tahap kerjasama sedia ada sudah mencukupi, atau kita perlu pendekatan yang lebih strategik dan efisien untuk menangani isu ini.

“Kita sedia maklum bahawa pada penghujung tahun lalu, operasi Op Pedo Bersepadu telah dilaksanakan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC),” katanya.

Mengulas mengenai pelaksanaan pelesenan platform media sosial oleh kerajaan awal tahun ini, Fahmi berkata langkah tersebut bertujuan memastikan platform berkenaan lebih selamat digunakan, terutamanya oleh golongan kanak-kanak.

 
Back
Top
Log in Register