BTC USD 63,043.1 Gold USD 4,448.62
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Evolusi Kuih Muih

cikgusimple

Permanently Banned - Multiple ID
Messages
2,747
Joined
Sep 17, 2010
Messages
2,747
Reaction score
552
Points
71
Cerita yang menarik untuk dijadikan renungan/peringatan utk kita smua :)cgrock


Pada hari Ahad.. 2 minggu lalu.. saya bersama – sama isteri dan anak singgah di sebuah kedai makan untuk makan tengah hari. Kebetulan di kedai itu, ada juga jualan kuih – muih dan beberapa juadah minum petang. Jadi, sambil menunggu pesanan sampai, saya ambillah kuih – muih itu untuk di makan.

“Bang.. kuih ni kira camne??..”

“5 dua ringgit!!..”

“Sebiji 40 sen??…” – (dalam hati)..

Jadi saya ambil 3 biji kuih sahaja….

Seingat saya, semasa di sekolah rendah dulu sekitar tahun 90-an, saya boleh dapatkan kuih sekitar 20 sen sebiji.. Sekarang.. harganya sudah 40 sen sebiji… Kalau dulu… Saya boleh dapatkan 5 biji kuih dengan RM 1.00.. Tetapi hari ini, saya memerlukan RM 2.00 untuk 5 biji kuih.. Tidak keterlaluan sekiranya saya mengatakan harga kuih sekarang ini MAHAL!!! Itu perspektif dari harga kuih.. Apabila ada perbandingan harga terdahulu dengan harga terkini… Dan ia memberikan perbezaan positif.. Maka kita beranggapan harganya MAHAL.. Sebaliknya pula.. Sekiranya perbezaannya negatif.. Kita beranggapan harganya MURAH..

Tetapi sedar atau tidak kita bahawa.. Nilai wang kita yang sebenarnya sedang menyusut??.. Apa tidaknya… Kita memerlukan lebih wang untuk membeli kuih yang sama.. Sedangkan.. Kuih tersebut tidak pun berubah dari segi saiz, bentuk, rasa, bahan – bahan untuk membuat kuih tersebut mahupun pembungkusannya… Ia masih kuih yang sama dan tidak mengalami apa - apa evolusi dari segi keadaan fizikalnya yang membolehkan kuih itu dinilaikan sebagai sesuatu yang mahal… Lebih malang lagi… Ia tidak mencapai tahap kepuasan yang sepatutnya.. Tetapi.. Masih lagi dijual pada harga yang tinggi…

Dengan mengambil contoh harga kuih tersebut… Sekiranya nilai RM 1.00 itu mempunyai nilai yang sama.. Maka, pada hari ini.. Kita masih lagi boleh mendapatkan kuih sebanyak 5 biji… Tetapi keadaan itu tidak terjadi pada hari ini.. Nilai RM 1.00 itu sudah susut nilai sehingga kita memerlukan lagi sekeping RM 1.00 hanya untuk membeli sebanyak 5 biji.. Sudahlah kita terpaksa mengeluarkan lebih wang.. Bilangan kuih yang kita peroleh pula kurang.. Yang mana sepatutnya.. Dengan RM 2.00.. Kita boleh dapat 10 biji kuih… Harus DIINGAT!!! Ia adalah kuih yang sama…

Begitulah Evolusi Kuih Muih… Ia berjaya menaiktarafkan harga dirinya pada harga yang tinggi.. Sedangkan kita terpaksa mengeluarkan wang yang lebih sedangkan perolehan kita tidaklah begitu banyak.. Amat menyedihkan.. Keadaan kuih itu adalah sama dari dulu, kini dan selamanya… Dan kita terpaksa membelanjakan wang yang lebih bagi mendapatkan kuih yang sama… Malang juga bagi anak – anak kita pada masa hadapan… Mereka juga terpaksa mengeluarkan wang yang lebih untuk mendapatkan kuih yang sama..

Hakikatnya… Kuih itu sendiri tidak tahu setinggi mana harganya dan tidak pula berupaya menentukan harganya pada mana – mana tahap.. Padahal… Wang kita yang semakin tidak bernilai… Kesannya dapat kita lihat dengan Evolusi Kuih – Muih ini…

(gmbr wang kertas zimbabwe)

Perlukah kita mengeluarkan wang sebegini banyak hanya untuk 3 biji telor yang sama??

sumber :http://inspirejewellery.wordpress.com/2011/11/28/evolusi-kuih-muih/
 
ya betul tu
mak saya seorang pembuat kuih
barang2 mentah da naik
so terpaksa naikkan harga kuih.
tu blum lg bg komisen pada penjual atau orang tengah
mcm tempahan kat hotel untuk kursus atau seminar
orang tgh yg untung atas angin
tp alhamdulillah rezeki tetap ada
 
tu satu hal..kueh sekarang x cam dulu..contoh epok2..cam dulu penuh unti dalam tu..sekarang byk lopong..dah ler mahal...x pueh hati aku..bek buat sendiri..
 
1st day saya start keje lepas cuti bersalin aritu saya singgah gerai tepi jln on the way ke ofis, sebelum ni tak pernah beli kuih kat gerai tu, beli nasik je.

aritu terasa nak beli kuih, dengan lajunya saya tanya m.cik tu, kuih ni 3 singgit ye m.cik? terus m.cik tu jwb mcm nak marah je, sekarang mane ade 3 singgit dah dik, 40sen satu.tiba2 suara dia sedikit meninggi dari suara masa tanya saya nak beli ape.

dia siap tanye kat mane yg jual 3 singgit tu.adess..sampai ofis saya tanya la kat kawan2, harga kuih sekarang dh 40sen ke, mane la tahu semua tempat rate naik jadi 40sen sebijik semasa 2bulan cuti tu.

rupanya gerai m.cik tu je yg jual mahal.sampai hari ni saya banned gerai m.cik tu sebab memang gerai dia je jual 40sen.

kalau kedai makan saya blh consider lagi sebab diorg kena byr sewa kedai, ni meniaga tepi jln je, bkn kena byr sewa pun.
 
gula2 pun mana dapat 10sen 3biji lagi..;)
 
kat tpt aku masih lg jual 4 seringgit. mak aku buat kuih jugak tp hantar kat penjual, dia cuma amik 16sen je satu bijik dr mak aku.. bila mak aku nak naik harga, dia marah plak..sedangkan dia jual 25sen satu..untung bersih 9 sen. Kalau tak habis jual, rugi tolak kat mak aku.. tensen2 mak aku..tp terpaksa jugak buat kuih sbb tu je mata pencarian dia..
 
boleh dapat 5 biji = RM1
kat Sri Perdana kuih 1M...kat minta kat Najib
kata ko mangsa banjir kat jalan bapak dia
 
jom ke taiping,ade lagi orang jual 5biji seringgit n 4 biji seringgit...kedai berhadapan dengan kedai makan MASA KATERING...petang2 slalu makcik tu jual kat situ...
 
ade lagi upernye 5bijik rm1..

tp kalo tak naik harga, kesian jugak dengan yang buat kueh ni. harga bahan mentah sume dah makin meningkat..
tak kan dierang nak letak harga mcm 10 tahun jugak..

sian dierang...
 
boleh dapat 5 biji = RM1
kat Sri Perdana kuih 1M...kat minta kat Najib
kata ko mangsa banjir kat jalan bapak dia

kuih 1Mesia mungkin boleh dpt 5biji=RM1 (kalau xbasi) heheheheh
 
Back
Top
Log in Register