BTC USD 60,627.8 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

EunB (Ladies Code) Terbunuh Akibat Kemalangan

dhiaperfumes

CG Top Poster Club
gem
Messages
41,571
Joined
Nov 12, 2009
Messages
41,571
Reaction score
63
Points
120
EunB.jpg

SALAH seorang anggota kumpulan Ladies Code iaitu EunB terbunuh selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dinaikinya terlibat dalam kemalangan ngeri pada malam Selasa lalu.

Portal Soompi melaporkan EunB, 22, mengalami kecederaan teruk dalam kemalangan itu dan gagal diselamatkan oleh pihak paramedik sejurus mereka tiba di tempat kejadian.

Semasa kejadian kenderaan tersebut dipercayai terbabas akibat keadaan jalan yang licin sehingga melanggar pembahagi jalan.

Selain EunB, dua anggota lain kumpulan berkenaan iaitu Sojung dan Rise mengalami kecederaan parah namun keadaan mereka dilaporkan stabil.

Bagaimanapun dua ahli lain iaitu Zuny dan Ashley bernasib baik kerana hanya mengalami kecederaan ringan namun trauma dengan kejadian menimpa mereka.

"Kami amat sedih dengan kejadian ini kerana kami kehilangan EunB manakala Rise dan Sojung masih mendapatkan rawatan di hospital.

"Kami masih terkejut dengan kejadian ini," kata wakil syarikat pengurusan kumpulan itu kepada media.

http://www.cari.gold/2014/09/eunb-ladies-code-terbunuh-akibat.html
 
Back
Top
Log in Register