kakigossip
Active+ Member
- Messages
- 3,067
- Joined
- Apr 21, 2011
- Messages
- 3,067
- Reaction score
- 40
- Points
- 40
MESKI berdepan detik cemas, Erma menyifatkan inisiden membabitkan bas yang dinaiki dan sebuah kereta di Madinah sebagai memori manis.
'Kenangan manis' – Erma Fatima kemalangan di Madinah. PETALING JAYA – Malang tidak berbau, penerbit tersohor Erma Fatima dan personaliti televisyen Saiful Nizam berdepan detik mendebarkan apabila bas persiaran dinaiki mereka terlibat kemalangan ketika dalam perjalanan menuju ke Masjid an-Nabawi, Madinah, malam tadi.
Ujar Saiful atau Nama sebenarnya Saiful Nizam Ismail, 44, insiden berlaku sekitar pukul 9 malam selepas rombongan pulang daripada lawatan ke kebun kurma.
“Bas yang kami naiki terlanggar sebuah kereta ketika dalam perjalanan ke Masjid Nabawi selepas balik melawat kebun kurma.
“Alhamdulillah mujur semuanya selamat dan tiada kecederaan apa-apa.
“Penumpang ketika itu dalam bas ada kira-kira 20 orang termasuk Erma. Paling penting syukur tiada yang cedera’,” katanya.
Tambahnya, walaupun cemas, insiden tersebut tidak menjejaskan perjalanan ibadah dan aktiviti ziarah rombongan.
“Apa yang berlaku akan jadi kenangan manis sepanjang ziarah kali ini.
“Mujur tiada perkara serius. Kami semua baik-baik sahaja dan meneruskan aktiviti seperti biasa,” ujarnya.
Sementara itu, Erma turut berkongsi kejadian berkenaan menerusi Instagram dengan kapsyen ringkas beserta video situasi selepas kemalangan.
“Bas kami terlanggar kereta di hadapan, mungkin bergerak terlalu perlahan.
“Kenangan manis di Madinah,” tulisnya.
Perkongsian tersebut pantas meraih perhatian netizen yang rata-rata meluahkan rasa lega apabila semua penumpang selamat selain menitipkan doa agar urusan ibadah mereka dipermudahkan sepanjang berada di Tanah Suci – KOSMO! ONLINE
==============================
Fuh, nasib baik selamat uols~ Mesti Erma suka2 je cakap 'kenangan manis'. Malu2 tapi dalam hati lega. Kesian Saiful, siap dapat detik cemas free kat sana.
'Kenangan manis' - Erma Fatima kemalangan di Madinah
PETALING JAYA – Malang tidak berbau, penerbit tersohor Erma Fatima dan personaliti televisyen Saiful Nizam berdepan detik mendebarkan apabila bas persiaran dinaiki mereka terlibat kemalangan ketika dalam perjalanan menuju ke Masjid an-Nabawi, Madinah, malam tadi.Ujar Saiful atau Nama sebenarnya...
www.kosmo.com.my