BTC USD 76,497.4 Gold USD 4,353.97
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ambil pelakon transgender? Erma Fatima kena lagi

kakigossip

Active+ Member
Messages
3,067
Joined
Apr 21, 2011
Messages
3,067
Reaction score
40
Points
40
ERMA.jpeg

BAKAL muncul dengan dengan sebuah karya berjudul Pondan, Erma Fatima sekali lagi menjadi buah mulut netizen.

"Ambil pelakon transgender? Erma Fatima kena lagi" KUALA LUMPUR – Didakwa mengambil pelakon golongan lelaki transgender, penerbit dan pengarah Erma Fatima menegaskan tidak pernah mengambil tahu soal latar belakang peribadi pelakon yang dipilih berlakon dalam karya arahannya.

Erma atau nama penuhnya Fatimah Rahmad Ali, 57, turut menafikan tuduhan kononnya dia seorang pengumpul bahan lucah.

“Saya tidak tahu tentang latar belakangnya.

“Ketika ambil pelakon, saya tidak pernah tanya latar belakang mereka.

“Yang paling penting, saya bukan ‘porn collector’,” katanya kepada Kosmo! Online pada malam gala filem Tembuni Berdarah, baru-baru ini.

Bagaimanapun, Erma enggan menjelaskan lebih lanjut mengenai pemilihan pelakon terbabit untuk naskhah terbaharunya berjudul Pondan Itu.

Sebelum ini, penerbit drama Bidaah itu bidaah menerima kecaman selepas melancarkan ‘teaser’ dramanya kerana menampilkan seorang pelakon dipercayai pondan selain didakwa mempunyai perilaku sumbang termasuk menjual video seks dengan lelaki dalam sebuah aplikasi.

Dalam video teaser tersebut, Erma memaklumkan hasratnya untuk mengetengahkan golongan mak nyah yang menurutnya juga merupakan manusia biasa. – KOSMO! ONLINE
==============================
Alah, malas2 je tengok drama ni. Erma ni, suka2 ambik pelakon kontroversi macam ni. Dekat IG dia baru ni, asyik travel je, mana sempat fikir cast ni semua. Macam tu la biasa dia. 🙄

 
Back
Top
Log in Register