BTC USD 61,345.3 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

eTiQa Takaful Bhd.

En. Hadi,
Firstly, dalam hal ni saya tak Bias kepada mana-mana pihak. Mengenai Co-Payment, hal ini jelas didalam policy dan semestinya kita berbangga memiliki policy Takaful yang dilihat bersih dari sebarang penipuan diantara peserta, wakil dan pengendali.

Bagi peserta yang perlu diwadkan, mungkin hal ini boleh dipraktikal bagi kes co-payment, tetapi dalam keadaan kecemasan hal ini kebiasaannya terlepas pandang. Bagi setiap GL yang dipohon kepada medijaring bagi sesuatu kes admission yang memerlukan kos kurang dari RM2500, medijaring akan menghadkan satu GL maksima adalah RM2500. Sekiranya amount diguna pakai adalah lebih, maka GL kedua pula akan dikeluarkan dan semua ini diuruskan oleh pihak Hospital. Untuk hospital memohon GL dari Medijaring, pihak Hospital perlulah menghantar maklumat detail termasuklah harga bilik. Ini pengalaman saya sendiri apabila saya diwadkan di KPJ Penang pada bulan January yang lalu dan saya juga memantau setiap process memohon GL sampailah discharge (sebab kita nak belajar). Jadi perluang untuk mengelak co-payment apabila upgrade bilik adalah tipis.

Bagi kes kekurangan wad tetapi wad yang lebih tinggi harga dari kelayakannya, hal ini terpakai hampir kesemua syarikat insurance dan takaful.

Bagi peningkatan harga Medic Save rider, hal ini dijelaskan didalam training Medic Save rider. Umur next birthday dari 26 hingga 30 adalah dalam band age yang sama dan pada band price yang sama. Sila rujuk band-age price untuk Medisave rider dan berapa harga Medic Save rider ketika umur 26 dan berapa pula harga pada umur 50? Lagipun kita nak megambil policy ini bukan untuk tempoh yang singkat, tetapi bertahun-tahun.

Mengikut maklumat yang saya dapat, Takafulink dibawah PruBSN boleh dikeluarkan pada bila-bila masa dengan syarat hanya tinggalkan RM1000 didalam akaun takaful tersebut (Kalau ada Agent PruBSN tolong perbetulkan kalau silap).

Peserta PruBSN boleh memantau status dana mereka melalui website atau news paper setiap hari dan mepunyai pilihan untuk memotong secara automatik atau pun tidak kedalam akaun tabaruq mereka sekiranya berlaku kejatuhan perlaburan. Hal ini tidak pernah berlaku didalam PruBSN Takaful kerana Akaun ISA (lebih kepada AKP bagi etiqa) juga menyumbang nilai tunai setiap tahun kepada akaun PUA dan IUA.

Harap tuan tidak terasa, tetapi lebih kepada perkongsian maklumat.
 
Tambahan pula, pelan investment-link PruBSN terlalu banyak menelan sumbangan & simpanan peserta.

Dengan ETB, savings peserta berkali ganda daripada PruBSN sekalipun TIDAK PERLU digandingkan dengan unit trust.

Ditambah lagi dengan kemungkinan hasil pelaburan menjadi NEGATIF yang bermakna peserta pula yang perlu ganti kemerosotan/kerugian nilai pelaburan pihak Prudential.

Dengan ETB, peserta tetap akan mendapat mudharabah sekalipun ekonomi meleset cuma kadarnya sahaja tidak tinggi, tetapi tidak sampai ke tahap NEGATIF.

Ada give & take nya jika manfaat yang diberi kelihatan lebih besar daripada biasa. Berhati-hati & berwaspada...

Justeru, jika prospek itu seorang risk-taker, pelan PruBSN lebih sesuai daripada pelan ETB untuknya. Begitulah pembahagian demografi antara pelan pruBSN & ETB.


Wallahu'alam. Jika ada silap & salah, tolong betulkan...


ABD HADI BIN MOHAMAD
Perunding ETB
+6019-7209975
 
Saya minta sangat la pada Agent-agent etiqa atau PruBSN takaful. Tolonglah jangan ceritakan produk orang lain kalau kita sendiri tidak tahu. Hal ini akan membuatkan masyarakat diluar sana confius dengan product takaful. Kalau kita rasa ada kekurangan, kita akui. Kalau kita ada kelebihan kita cerita dengan jelas. Samalah, ketika saya menjual product Etiqa, saya sendiri akui medical card PruBSN Takaful adalah lebih baik dan saya jual tanpa medical card. Dan lagi satu produk yang bagus didalam etiqa adalah produk WARISAN. Jadi kesemua ini saya lihat produk etiqa baik tanpa medical card.

En Hadi,
Saya minta maaf la saya cakap. Istilah saving berkali ganda sepatutnya kita tak tekan kan. Sebab keuntungan Mudharabah adalah berubah. Proposal 5.5% dividen tu adalah proposal dan bukan actual. Saya dah buat comparison 1:1 dari segenap segi dan bukan hanya sekadar product. Jadi lebih baik kita cerita kan produk yg kita bawa dari produk org lain.

Maaflah En. Hadi, secara jujurnya saya memang tahu product kedua-dua syarikat ini disebabkan saya sudah study secara detail dan menghadiri training. Jadi saya tambah lah sikit kalau nampak mcm ada yg tak kena. Tapi kalau cerita kena, saya diam saja lah.

Harap-harap isu ni tak jadi hot la. Cukup sekadar disini sahaja.
 
Last edited:
Salam encik hadi. You promote Takaful utk savings ke protection?

Bukan apa, kita semua tau Takaful utk apa 1st & foremost. Benda ni bukan terpakai utk agent PruBSN atau Etiqa je, tapi utk semua agent Takaful.

Tq.
 
Tambahan pula, pelan investment-link PruBSN terlalu banyak menelan sumbangan & simpanan peserta.

Dengan ETB, savings peserta berkali ganda daripada PruBSN sekalipun TIDAK PERLU digandingkan dengan unit trust.

Ditambah lagi dengan kemungkinan hasil pelaburan menjadi NEGATIF yang bermakna peserta pula yang perlu ganti kemerosotan/kerugian nilai pelaburan pihak Prudential.

Dengan ETB, peserta tetap akan mendapat mudharabah sekalipun ekonomi meleset cuma kadarnya sahaja tidak tinggi, tetapi tidak sampai ke tahap NEGATIF.

Ada give & take nya jika manfaat yang diberi kelihatan lebih besar daripada biasa. Berhati-hati & berwaspada...

Justeru, jika prospek itu seorang risk-taker, pelan PruBSN lebih sesuai daripada pelan ETB untuknya. Begitulah pembahagian demografi antara pelan pruBSN & ETB.


Wallahu'alam. Jika ada silap & salah, tolong betulkan...


ABD HADI BIN MOHAMAD
Perunding ETB
+6019-7209975 begin_of_the_skype_highlighting**************+6019-7209975******end_of_the_skype_highlighting

salam tuan,

lebih manis jika tuan fokus citer kelebihan produk tuan..berbanding cerita saving kat PruBSN..sbb byk yg lari fakta tuu
 
salam tuan,

lebih manis jika tuan fokus citer kelebihan produk tuan..berbanding cerita saving kat PruBSN..sbb byk yg lari fakta tuu

Yup betul tu. Kalau banyak focus kat equity fund, memang return pattern dia volatile sebab betul2 ikut keadaan ekonomi. Kalau ekonomi menaik, dapat la sampai 38% macam 2008. Kalau jatuh, jadi la -30%.

Nak selamat, focus kat bond fund. Tak pernah negatif. Apa2pun, itu semua hak clients. Kita terangkan risk & chances dan apa2 pilihan clients kita ikut. Product investment-linked memang la camni.

Yang penting, clients dapat protection ikut keperluan dia.

Nak cerita pasal return ni, tak guaranteed. Nanti tak dapat sama macam kita explain, dah satu hal pula.

Tapi pampasan = guaranteed.

Tq.
 
Last edited:
Tak perlu bergaduh. Abdhadi1984 tak faham product prudential bsn sepenuhnya. Agent prudential bsn, maatakaful dll tak faham product etiqa sepenuhnya.

1984 umur baru 26. Apa sangat yang kamu tahu selain bergaduh ni. Saya dah berpengalaman lebih 15 tahun dalam business. Apa yang saya tau, bergaduh dalam business ni akan jatuhkan diri sendiri saja.
 
En. Hadi,
Firstly, dalam hal ni saya tak Bias kepada mana-mana pihak. Mengenai Co-Payment, hal ini jelas didalam policy dan semestinya kita berbangga memiliki policy Takaful yang dilihat bersih dari sebarang penipuan diantara peserta, wakil dan pengendali.

Bagi peserta yang perlu diwadkan, mungkin hal ini boleh dipraktikal bagi kes co-payment, tetapi dalam keadaan kecemasan hal ini kebiasaannya terlepas pandang. Bagi setiap GL yang dipohon kepada medijaring bagi sesuatu kes admission yang memerlukan kos kurang dari RM2500, medijaring akan menghadkan satu GL maksima adalah RM2500. Sekiranya amount diguna pakai adalah lebih, maka GL kedua pula akan dikeluarkan dan semua ini diuruskan oleh pihak Hospital. Untuk hospital memohon GL dari Medijaring, pihak Hospital perlulah menghantar maklumat detail termasuklah harga bilik. Ini pengalaman saya sendiri apabila saya diwadkan di KPJ Penang pada bulan January yang lalu dan saya juga memantau setiap process memohon GL sampailah discharge (sebab kita nak belajar). Jadi perluang untuk mengelak co-payment apabila upgrade bilik adalah tipis.

Bagi kes kekurangan wad tetapi wad yang lebih tinggi harga dari kelayakannya, hal ini terpakai hampir kesemua syarikat insurance dan takaful.

Bagi peningkatan harga Medic Save rider, hal ini dijelaskan didalam training Medic Save rider. Umur next birthday dari 26 hingga 30 adalah dalam band age yang sama dan pada band price yang sama. Sila rujuk band-age price untuk Medisave rider dan berapa harga Medic Save rider ketika umur 26 dan berapa pula harga pada umur 50? Lagipun kita nak megambil policy ini bukan untuk tempoh yang singkat, tetapi bertahun-tahun.

Mengikut maklumat yang saya dapat, Takafulink dibawah PruBSN boleh dikeluarkan pada bila-bila masa dengan syarat hanya tinggalkan RM1000 didalam akaun takaful tersebut (Kalau ada Agent PruBSN tolong perbetulkan kalau silap).

Peserta PruBSN boleh memantau status dana mereka melalui website atau news paper setiap hari dan mepunyai pilihan untuk memotong secara automatik atau pun tidak kedalam akaun tabaruq mereka sekiranya berlaku kejatuhan perlaburan. Hal ini tidak pernah berlaku didalam PruBSN Takaful kerana Akaun ISA (lebih kepada AKP bagi etiqa) juga menyumbang nilai tunai setiap tahun kepada akaun PUA dan IUA.

Harap tuan tidak terasa, tetapi lebih kepada perkongsian maklumat.


UNETHICAL ISSUE

Saya biasa mengingatkan prospek, jika anda sebenarnya mampu ambil pelan bilik yang lebih tinggi, maka ambillah yang lebih tinggi kerana yang paling penting adalah amaun perlindungan dalam setahun.

Lagipun, saya TIDAK memaklumkan terlebih dahulu kepada prospek bahawa mereka boleh request untuk bayar sendiri lebihan tersebut dengan pihak hospital MELAINKAN apabila ditanya atau dibangkitkan oleh prospek seperti yang anda lakukan tadi.

Saya akan menceritakan terlebih dahulu mengenai penalti 20% itu. Apabila mereka mempersoalkannya barulah saya memberikan tips tersebut. Kenapa pula unethical mengajar mereka begitu? Sama sahaja dengan cubaan mengurangkan komitmen cukai kepada kerajaan. Ada tips kita boleh bagi seperti isu wad tersebut, ada tips kita x boleh bagi seperti cara-cara untuk 'double claim'... Penalti sebegitu x perlu sepatutnya.


KAD PERUBATAN ETB & PRUBSN
Memang benar tabarru' kad perubatan ETB meningkat mengikut age band (umur gandaan 5) tetapi peningkatannya tidak mencecah ratusan ringgit sebln itupun bukan setiap tahun spt PruBSN.

Tabarru' PruBSN pula meningkat SETIAP TAHUN & nilai tunai mengalami kemerosotan mulai tahun ke-30 (bagi peserta usia penyertaan berumur 30 tahun). PruBSN pandai bermain 'silap mata' dalam hal ini.:-?

Dengan ETB, peserta BOLEH PILIH antara rolling savings yang ada ataupun menambah sumbangan bulanan. Itupun apabila usia anda memasuki gandaan 5 tahun yg berikutnya. Misalnya saya, untuk age band berikutnya hanya perlu tambah KURANG RM15 sebulan atau meminta syarikat rolling RM15 sebulan daripada akaun saya tanpa perlu increase sumbangan bulanan.:) Itupun kalau ambil pelan paling besar macam saya, jika pelan paling kecil tambah RM4 sahaja sebulan, pelan tengah2 RM11 sebulan. Dan bonus hasil pertambahan akan dipulangkan separuh kepada peserta.

Lebih penting, peserta ETB tak perlu menampung kerugian/kemerosotan nilai pelaburan syarikat seperti yang bakal dialami peserta PruBSN.

Bercakap soal invest dlm bond, saya ingin bertanya berapa banyak bond dalam syarikat2 unit trust yang kini harganya kurang daripada RM1 seunit termasuklah yang dikelolakan syarikat gergasi seperti Public Mutual, CIMB Wealth, PNB dsb??

Misalnya masa mula-mula invest RM1.1 & sekarang RM0.95, ramai yang mengalaminya. Ia x jatuh seteruk equity-based tetapi boleh jatuh di bawah harga launch ataupun harga belian. Jika itu berlaku pada waktu matang polisi takaful bagaimana? Baik ambil pelan takaful yang hangus sahaja...


ABD HADI BIN MOHAMAD
Perunding ETB
+6019-7209975
 
Last edited:
Salam encik hadi. You promote Takaful utk savings ke protection?

Bukan apa, kita semua tau Takaful utk apa 1st & foremost. Benda ni bukan terpakai utk agent PruBSN atau Etiqa je, tapi utk semua agent Takaful.

Tq.


Di sini saya meminta anda membaca WARNING yang ada di dalam polisi Pru-BSN spt di bawah:

WARNING (inside PruBSN policy)
Your tabarru' WILL increase as you get older. In the later years, it's possible that the accumulated fund value is NOT ENOUGH to pay for your tabarru' due to poor investment returns, WHICH WILL RESULT IN YOUR CERTIFICATE BEING CANCELLED. You may need to INCREASE your contributions or reduce the level of takaful protection, IF YOU WANT TO MAINTAN YOUR CERTIFICATE.

Semua tiga perkara terpalit - nilai tunai, sumbangan bulanan & perlindungan.
 
Tak perlu bergaduh. Abdhadi1984 tak faham product prudential bsn sepenuhnya. Agent prudential bsn, maatakaful dll tak faham product etiqa sepenuhnya.

1984 umur baru 26. Apa sangat yang kamu tahu selain bergaduh ni. Saya dah berpengalaman lebih 15 tahun dalam business. Apa yang saya tau, bergaduh dalam business ni akan jatuhkan diri sendiri saja.


Saya pada mulanya memberikan respond kepada ahli forum 'chesnatesz' yang bertanyakan perbezaan antara PruBSN & ETB.:)

Kesimpulan yang saya beri, tidaklah menyebut tiada siapa yang layak mengambil PruBSN atau ETB sahaja yang bagus...:) Sebaliknya kesimpulan saya memberi signal yang ETB tu limited kepada non risk-takers sahaja...:D

Sekiranya saya nak menjatuhkan, yang risk-takers pun saya bolot sekali, enggan berkongsi segmen dalam market. :)paid

Dan bagus juga terdapat maklumbalas daripada ejen-ejen PruBSN, dapatlah saya mengupas dengan lebih lanjut. Saya pada awalnya TIDAK BERHAJAT untuk pergi lebih dalam tetapi ejen-ejen PruBSN telah menceburkan diri. Jika tiada tindakan menangkis, lain pula gambaran pembaca nanti.

Saya juga TIDAK menghalang mereka untuk memberi respond, untuk kebaikan pembaca & prospek juga.


Wallahua'lam.


ABD HADI BIN MOHAMAD
Perunding ETB
+6019-7209975
 
Back
Top
Log in Register