Follow along with the video below to see how to install our site as a web app on your home screen.
Note: This feature may not be available in some browsers.
Lompat-melompat atau berhijrah dpd satu syarikat kpd satu syarikat lain utk mencari rezeki yg halal & menabur bakti adalah satu perkara biasa, begitu jugalah di dlm industri takaful ini.
Ada yg dahulunya menjadi wakil PruBSN Takaful, kini melompat ke Etiqa Takaful & begitulah juga sebaliknya. Kedua2 ex ini selalunya akan menyatakan kekurangan syarikat yg mereka wakili sebelum ini samada Etiqa mahupun PruBSN.
Itu apabila kita melihat gelagat perunding2 yg mempromosi takaful.
Perkara yg sama juga berlaku kpd para pelanggan. Ada pelanggan Etiqa yg marah2 pd Etiqa, kemudian tukar kpd PruBSN & berasa puas hati dgn servis PruBSN berbanding Etiqa. Tetapi, ada juga pelanggan PruBSN yg marah2 pd PruBSN, kemudian tukar kpd Etiqa & berasa puas hati dgn servis Etiqa berbanding PruBSN.
Hakikatnya semua syarikat itu ada kelemahan & kelebihan masing2. Mana-mana syarikat tidak akan terlepas dpd kitaran roda - ada masa berada di atas, ada masa berada di bwh pula. Untuk satu tempoh tertentu, sesebuah syarikat dpt memberikan servis terbaik bbanding sykt lain dan akan merosot juga kualiti servis pd masa seterusnya sblm meningkat naik semula (melainkan terus lenyap).
Allah itu Maha Adil. Semua pihak ada masa-masanya. Jd, jika misalnya Etiqa Takaful hari ini adalah yg terbaik servis & produknya secara keseluruhan, maka akan sampai masa ia jd 'slow' juga sebelum pulih semula (melainkan terus lenyap). Begitu juga dgn TI, PruBSN, TM, MAA, AIA dsb.
Justeru, sikap 'TERLALU' bermegah dgn syarikat masing2 perlulah dihapuskan, kelak diri sendiri yg akan malu - kita bekerja sbg perunding takaful sehingga ke tua, macam2 boleh berlaku dlm tempoh yg panjang..
Yg perlu difokuskan adalah memberikan kesedaran kelebihan Takaful berbanding Insurans Konvensional. Itulah tugas yg sebenar2nya!
ABD HADI BIN MOHAMAD
Perunding ETB
+6019-7209975
salam.. tengah cari peluang untuk jadi agen etiQa. tapi sebelum tu nak tanya, memang boleh dapat ke 5 digit income within 1 year walaupun buat part time.. anyone? sape2 yang dah betul2 merasa tu,, sila share sikit![]()
Wa'alaikumsalam,
Manager saya antara yang dah & sedang merasa 5 digit income... Beliau sentiasa berjaya menempatkan diri di kalangan top 10 peringkat kebangsaan SETIAP TAHUN sehinggalah sekarang...
Beliau seorang perempuan, part-timer & mempunyai 7 orang anak - semuanya masih kanak-kanak dengan 2 daripadanya kembar baru 8 bulan... Jika anda mencontohinya, anda akan berjaya...
Saya boleh bawa awak berjumpa dengannya... Awak tinggal di mana?
ABD HADI BIN MOHAMAD
Perunding ETB
+60197209975
macam bagus je...aku pun mcm berminat gak
tapi still dok pening mane yg lagi bagus either etika@prudential
kalu etiqa takaful ni, insurans am pun ade ke??
aku tgk byk ke arah life n medical je...
plsz advise bro![]()
Salam semua,
Saya nak tambah sikit pasal produk ETB dari apa yang En Hadi terangkan. This is fact.....
Medical Card ETB (Medic-Save rider) adalah rider tambahan yang disertakan dengan plan utama seperti MESRA, WARISAN, PRIMA dan SAKINAH. Kesemua plan ETB tidak akan wujud saving ditahun pertama (Walaupun menyumbang RM10K sebulan) kerana pembahagian simpanan kepada Akaun Peserta (AP) adalah 0% dan Akaun Khas Peserta (AKP) adalah 100%.
AP adalah akaun simpanan bagi ETB sementara AKP adalah akaun tabaruq manfaat kematian, wakalah charge (Agency Force), dan juga charge-charge berkaitan pengurusan oleh pengendali ETB.
Cara pengiraan simpanan:
Sumbangan (Bulanan/suku tahunan/setengah tahun/tahunan) - rider = AP/AKP.
Kita ambil contoh untuk plan MESRA bagi tahun penyertaan:
Tahun 1: AP:AKP > 0% : 100%
Tahun 2: AP:AKP > 10% : 90%
Tahun 3: AP:AKP > 50% : 50%
Tahun 4 dan seterusnya: AP: AKP > 75%:25%
Dividen proposal adalah 5.5% dan nila sebenarnya adalah bergantung kepada pretasi perniagaan ETB.
Medic Card ETB (Medic Save rider), Sumbangan bagi rider ini akan meningkat mengikut band age (Setiap 5 tahun sekali) dan ini perlu diceritakan kepada pelanggan.
Co-Takaful:
Minima 10% dan maksimum adalah RM3000
Co-Payment:
Sekiranya pelangan upgrade bilik contohnya dari bilik RM150 ke RM200 sehari, tetapi Medical Card cover maksimum RM150 sehari, maka co-payment dikenakan iaitu sebanyak 20% dari jumlah bil dan ditambah pula perbezaan harga bilik setiap hari. Jadi sekiranya peserta upgrade bilik makan perserta dan ETB perlu berkongsi bil rawatan dengan nisbah 20%:80% daripada bil. Konsep ini diguna pakai sama bagi plan GHS (Group Hospitalization & Surgical) yang disertai oleh syarikat-syarikat untuk pekerjanya. Untuk pengiraan secara detail, minta perunding merujuk kepada maklumat produk Medic Save rider.
Merujuk kepada ilustrasi 2.0, rider Medic Save ini tidak boleh lebih daripada 50% sumbangan asas. Kalau boleh key-in sekali pun, pihak ETB akan reject (saya pernah kena). Jadi agak Mahal sumbangan peserta sekiranya peserta tersebut sudah berusia.
Terima kasih kerana menerangkannya bagi pihak saya. Bagaimanapun, anda tertinggal beberapa perkara iaitu:
CO-PAYMENT
Tidak ada apa yang perlu dirisaukan dengan co-payment. Terdapat peluang untuk para pelanggan bagaimana nak upgrade bilik tanpa dikenakan penalti 20% tu.
Pada waktu pendaftaran masuk hospital, pihak pelanggan yang kelayakan wadnya adalah RM100 sehari tetapi berkehendakkan wad RM150 sehari, perlulah memaklumkan kepada pihak hospital awal-awal supaya rekod dalam bil yang akan difax kepada pihak takaful mencatatkan wad yang RM100 sehari bukannya RM150. Baki RM50 tu akan dibayar secara terus oleh pihak pelanggan sendiri kepada pihak hospital.
Setelah ini selesai, maka pelanggan tidak perlu bayar penalti 20% itu kepada pihak hospital. Sebaliknya, pelanggan hanya perlu bayar 10% ataupun RM3k, yang mana LEBIH RENDAH, kepada pihak hospital sama seperti seolah-olah mereka layak masuk wad RM150 tu, bukannya 20% kerana bil difax kepada pihak takaful merekodkan wad yang RM100 sehari.
Justeru, jika prospek itu seorang risk-taker, pelan PruBSN lebih sesuai daripada pelan ETB untuknya. Begitulah pembahagian demografi antara pelan pruBSN & ETB.