BTC USD 62,806.1 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

eTiQa Takaful Bhd.

salam.. tengah cari peluang untuk jadi agen etiQa. tapi sebelum tu nak tanya, memang boleh dapat ke 5 digit income within 1 year walaupun buat part time.. anyone? sape2 yang dah betul2 merasa tu,, sila share sikit :)
 
Lompat-melompat atau berhijrah dpd satu syarikat kpd satu syarikat lain utk mencari rezeki yg halal & menabur bakti adalah satu perkara biasa, begitu jugalah di dlm industri takaful ini.

Ada yg dahulunya menjadi wakil PruBSN Takaful, kini melompat ke Etiqa Takaful & begitulah juga sebaliknya. Kedua2 ex ini selalunya akan menyatakan kekurangan syarikat yg mereka wakili sebelum ini samada Etiqa mahupun PruBSN.

Itu apabila kita melihat gelagat perunding2 yg mempromosi takaful.

Perkara yg sama juga berlaku kpd para pelanggan. Ada pelanggan Etiqa yg marah2 pd Etiqa, kemudian tukar kpd PruBSN & berasa puas hati dgn servis PruBSN berbanding Etiqa. Tetapi, ada juga pelanggan PruBSN yg marah2 pd PruBSN, kemudian tukar kpd Etiqa & berasa puas hati dgn servis Etiqa berbanding PruBSN.

Hakikatnya semua syarikat itu ada kelemahan & kelebihan masing2. Mana-mana syarikat tidak akan terlepas dpd kitaran roda - ada masa berada di atas, ada masa berada di bwh pula. Untuk satu tempoh tertentu, sesebuah syarikat dpt memberikan servis terbaik bbanding sykt lain dan akan merosot juga kualiti servis pd masa seterusnya sblm meningkat naik semula (melainkan terus lenyap).

Allah itu Maha Adil. Semua pihak ada masa-masanya. Jd, jika misalnya Etiqa Takaful hari ini adalah yg terbaik servis & produknya secara keseluruhan, maka akan sampai masa ia jd 'slow' juga sebelum pulih semula (melainkan terus lenyap). Begitu juga dgn TI, PruBSN, TM, MAA, AIA dsb.

Justeru, sikap 'TERLALU' bermegah dgn syarikat masing2 perlulah dihapuskan, kelak diri sendiri yg akan malu - kita bekerja sbg perunding takaful sehingga ke tua, macam2 boleh berlaku dlm tempoh yg panjang..

Yg perlu difokuskan adalah memberikan kesedaran kelebihan Takaful berbanding Insurans Konvensional. Itulah tugas yg sebenar2nya!

ABD HADI BIN MOHAMAD
Perunding ETB
+6019-7209975

:)cgrock
komen yg benar2 bernas dan positif tanpa menjatuhkan mana2 pihak...
 
salam.. tengah cari peluang untuk jadi agen etiQa. tapi sebelum tu nak tanya, memang boleh dapat ke 5 digit income within 1 year walaupun buat part time.. anyone? sape2 yang dah betul2 merasa tu,, sila share sikit :)

Wa'alaikumsalam,

Manager saya antara yang dah & sedang merasa 5 digit income... Beliau sentiasa berjaya menempatkan diri di kalangan top 10 peringkat kebangsaan SETIAP TAHUN sehinggalah sekarang...

Beliau seorang perempuan, part-timer & mempunyai 7 orang anak - semuanya masih kanak-kanak dengan 2 daripadanya kembar baru 8 bulan... Jika anda mencontohinya, anda akan berjaya...

Manager saya selaku seorang wanita dengan anak kecil yang berderet-deret & agak lasak, buat part-time & menjaga ibu yang berkerusi roda di rumah pun boleh berjaya dengan gemilang di Etiqa Takaful Berhad (ETB)... InsyaAllah, jika kena pada cara bekerja part-time, anda boleh LEBIH BERJAYA daripada beliau...:)

Saya boleh bawa anda berjumpa dengannya... Anda tinggal di mana?:)

ABD HADI BIN MOHAMAD
Perunding ETB
+60197209975
 
Last edited:
Wa'alaikumsalam,

Manager saya antara yang dah & sedang merasa 5 digit income... Beliau sentiasa berjaya menempatkan diri di kalangan top 10 peringkat kebangsaan SETIAP TAHUN sehinggalah sekarang...

Beliau seorang perempuan, part-timer & mempunyai 7 orang anak - semuanya masih kanak-kanak dengan 2 daripadanya kembar baru 8 bulan... Jika anda mencontohinya, anda akan berjaya...

Saya boleh bawa awak berjumpa dengannya... Awak tinggal di mana?

ABD HADI BIN MOHAMAD
Perunding ETB
+60197209975

macam bagus je...aku pun mcm berminat gak
tapi still dok pening mane yg lagi bagus either etika@prudential
kalu etiqa takaful ni, insurans am pun ade ke??
aku tgk byk ke arah life n medical je...
plsz advise bro:)
 
Selain daripada takaful hayat & perubatan, saya juga memasarkan produk takaful am Etiqa Takaful Berhad (ETB) seperti takaful kenderaan, hartanah & kebakaran... ETB pun ada takaful marin untuk perkapalan, takaful korporat dsb...

Saya akui pelan perubatan Prudential-BSN Takaful (PruBSN Takaful) lebih menarik daripada kami dari aspek HAD SEUMUR HIDUP...

Pelan PruBSN yang tipikal digandingkan dengan unit2 trust (atau dikenali sebagai investment-link) manakala pelan ETB yang tipikal TIDAK begitu & hanya digandingkan dengan simpanan biasa yang lebih 'selamat'...

Kenapa saya kata pelan ETB yang tipikal itu lebih selamat? Ini kerana ianya sesuai untuk semua jenis manusia especially yang BUKAN risk-takers... Pelan ETB tidak terdedah kepada turun naik harga pasaran unit trust kerana ia hanya pelan simpanan biasa dengan pelan perlindungan takaful YANG MENCUKUPI DAN TIDAK BERLEBIHAN...

Mana-mana peserta yang berhajat untuk mengambil takaful dengan investment link, mereka perlu sanggup menghadapi kemungkinan kehilangan wang yang dicarum jika berlaku kemelesetan ekonomi teruk menjelang tempoh matang polisi berkenaan...

Jika 'pure' unit trust, kita boleh pilih masa yang kita suka untuk jual balik tetapi tidak dengan takaful investment-link kerana tempoh & waktu matangnya telah ditentukan awal2... Kalau nak extend tempoh matangnya, amaun sumbangan TIDAK lagi sama dengan sebelumnya & kita TIDAK TAHU adakah ekonomi telah pulih pada waktu matang yang baru itu...

Dengan polisi investment-link, peserta juga perlu sanggup untuk top-up sumbangan berkala masing2 jika nilai tunai polisi merosot ke tahap tertentu (kesan kemelesetan ekonomi) JIKA MAHU PERLINDUNGAN DITERUSKAN oleh syarikat... Masing-masing pun tahu bahawa pada waktu ekonomi meleset itulah kita memerlukan tunai tambahan di tangan...

Justeru, pelan ETB sesuai untuk golongan bukan 'RISK-TAKERS'... Adakah anda sanggup berdepan dengan situasi yang dijelaskan di atas tadi?? Jika ya, pelan pruBSN adalah yang terbaik untuk anda... Otherwise, pelan Etiqa adalah yang sesuai untuk anda...

ABD HADI BIN MOHAMAD
Perunding ETB
+60197209975
 
Plan ETB dan Medical Card

Salam semua,

Saya nak tambah sikit pasal produk ETB dari apa yang En Hadi terangkan. This is fact.....

Medical Card ETB (Medic-Save rider) adalah rider tambahan yang disertakan dengan plan utama seperti MESRA, WARISAN, PRIMA dan SAKINAH. Kesemua plan ETB tidak akan wujud saving ditahun pertama (Walaupun menyumbang RM10K sebulan) kerana pembahagian simpanan kepada Akaun Peserta (AP) adalah 0% dan Akaun Khas Peserta (AKP) adalah 100%.

AP adalah akaun simpanan bagi ETB sementara AKP adalah akaun tabaruq manfaat kematian, wakalah charge (Agency Force), dan juga charge-charge berkaitan pengurusan oleh pengendali ETB.

Cara pengiraan simpanan:
Sumbangan (Bulanan/suku tahunan/setengah tahun/tahunan) - rider = AP/AKP.

Kita ambil contoh untuk plan MESRA bagi tahun penyertaan:
Tahun 1: AP:AKP > 0% : 100%
Tahun 2: AP:AKP > 10% : 90%
Tahun 3: AP:AKP > 50% : 50%
Tahun 4 dan seterusnya: AP: AKP > 75%:25%

Jadi istilah 'simpanan selamat' adalah nilai yang dimasukan kepada Akaun Peserta (AP) dan nilai ini boleh dikeluarkan bermula tahun keempat dengan pengeluaran maksima 80%.

Dividen proposal adalah 5.5% dan nila sebenarnya adalah bergantung kepada pretasi perniagaan ETB.

Medic Card ETB (Medic Save rider), Sumbangan bagi rider ini akan meningkat mengikut band age (Setiap 5 tahun sekali) dan ini perlu diceritakan kepada pelanggan.

Co-Takaful:
Minima 10% dan maksimum adalah RM3000

Co-Payment:
Sekiranya pelangan upgrade bilik contohnya dari bilik RM150 ke RM200 sehari, tetapi Medical Card cover maksimum RM150 sehari, maka co-payment dikenakan iaitu sebanyak 20% dari jumlah bil dan ditambah pula perbezaan harga bilik setiap hari. Jadi sekiranya peserta upgrade bilik, maka perserta dan ETB perlu berkongsi bil rawatan dengan nisbah 20%:80% daripada bil. Konsep ini diguna pakai sama bagi plan GHS (Group Hospitalization & Surgical) yang disertai oleh syarikat-syarikat untuk pekerjanya. Untuk pengiraan secara detail, minta perunding merujuk kepada maklumat produk Medic Save rider.

Merujuk kepada ilustrasi 2.0, rider Medic Save ini tidak boleh lebih daripada 50% sumbangan asas. Kalau boleh key-in sekali pun, pihak ETB akan reject (saya pernah kena). Jadi agak Mahal sumbangan peserta sekiranya peserta tersebut sudah berusia.
 
Last edited:
Plan PruBSN Takaful

Berlainan pula dengan plan PruBSN Takaful.

Investment link diguna pakai bagi produk konvensional sementara Takafulink bagi produk Takaful.

Plan PruBSN Takaful yang disertakan medical card secara default tidak akan bertambah sumbangannya walaupun usia peserta meningkat. Disebabkan itu plan Takafulink tidak boleh dibandingkan dengan plan endowment seperti plan ETB kerana kedua-dua plan ini adalah jauh berbeza.

Medical Card PruBSN Takaful
Co-Takaful: Minima RM300 atau 10% dan maksima RM1000 setelah ditolak harga bilik.
Tiada Co-payment sekiranya peserta upgrade bilik.
Ada Non-Claim Bonus (NCB) sekiranya tuntutan tidak dibuat keatas medical card.

Takafulink
Ada rider contributor/spouse/parent: Pengecualian sumbangan sekiranya peserta, pasangan atau waris mengidap salah satu dari 36 penyakit kritikal atau TPD.
Ada 3 akaun iaitu PUA (Participant Unit Account), ISA (Individual Special account) dan IUA (Investment Unit Account).
Boleh wujud simpanan ditahun pertama sekiranya nilai manfaat kematian dilaraskan mengikut maksima dan minima.
PUA dan IUA adalah akaun simpanan sementara ISA adalah lebih kepada akaun tabaruq. Walaubagaimanapun, terdapat beberapa % nilai tunai yang diambil oleh ISA dan dimasukkan kedalam akaun simpanan dan digabungkan nilai tunai tersebut dengan IUA dan PUA.
Terdapat 4 dana perlaburan iaitu Dana Urus, Dana Bond, Dana Ekuiti dan Dana Disnati. Dana Ekuiti menunjukan pretasi yang terbaik dari segi pulangan sementara Dana bond adalah Dana paling selamat dengan pulangan yang minima. Jadi pilihan ditangan peserta samada go for high-risk and high return (Dana Ekuiti) ataupun Low/No risk and low return (Dana Bond).
Pengeluaran dibenarkan iaitu minima RM500 dengan syarat mesti tinggal RM1000 didalam IUA/PUA. Jadi ianya tidak sama dengan unit trust dan pengeluaran boleh dibuat pada bila-bila masa sekiranya mencukupi syarat ini.
 
Last edited:
ETB vs PruBSN Takaful

Kita buat sedikit study kes:

Seorang lelaki berusia 25 tahun (15/7/1986), tidak merokok, pekerjaan guru (kelas 1), Medical card bilik RM150, Manfaat Kemalangan dan Kematian: RM30K, Manfaat Penyakit Kritikal: RM20K dan dengan sumbangan RM150 sebulan. Apakah maksima manfaat yang boleh diperolehi oleh beliau bagi kedua-dua policy ini sehingga usia peserta 80 tahun?

Etiqa Takaful Berhad:
Medical Card: Bilik RM150 sehari, Limit tahunan: RM50,000. Limit Seumur Hidup: RM150,000.
Manfaat Indemniti Akibat Kemalangan (MIAK): RM30,000
Manfaat Penyakit Kritikal (MPK): RM20,000
Manfaat Hospital (MH): RM80/hari
Manfaat Kematian: RM32,433

PruBSN Takaful:
Medical Card: Bilik RM150 sehari, Limit Tahunan: RM62,500, Limit seumur hidup: RM625,000. Non-Claim Bonus: RM150 setahun.
Manfaat Kematian/Kemalangan: RM30,000
Manfaat Penyakit Kritikal: RM20,000
Manfaat Hospital: RM200/hari
Manfaat Kematian: RM125,000
serta pengecualian sumbangan peserta sehingga usia 80 tahun sekiranya mengidap penyakit kritikat atau TPD.

Ini sekadar perbandingan secara fakta menggunakan software ilustrasi 2.0 bagi ETB dan SQS-Agency Ver 1.5.0.2a bagi PruBSN Takaful Bhd.
 
Last edited:
Salam semua,

Saya nak tambah sikit pasal produk ETB dari apa yang En Hadi terangkan. This is fact.....

Medical Card ETB (Medic-Save rider) adalah rider tambahan yang disertakan dengan plan utama seperti MESRA, WARISAN, PRIMA dan SAKINAH. Kesemua plan ETB tidak akan wujud saving ditahun pertama (Walaupun menyumbang RM10K sebulan) kerana pembahagian simpanan kepada Akaun Peserta (AP) adalah 0% dan Akaun Khas Peserta (AKP) adalah 100%.

AP adalah akaun simpanan bagi ETB sementara AKP adalah akaun tabaruq manfaat kematian, wakalah charge (Agency Force), dan juga charge-charge berkaitan pengurusan oleh pengendali ETB.

Cara pengiraan simpanan:
Sumbangan (Bulanan/suku tahunan/setengah tahun/tahunan) - rider = AP/AKP.

Kita ambil contoh untuk plan MESRA bagi tahun penyertaan:
Tahun 1: AP:AKP > 0% : 100%
Tahun 2: AP:AKP > 10% : 90%
Tahun 3: AP:AKP > 50% : 50%
Tahun 4 dan seterusnya: AP: AKP > 75%:25%

Dividen proposal adalah 5.5% dan nila sebenarnya adalah bergantung kepada pretasi perniagaan ETB.

Medic Card ETB (Medic Save rider), Sumbangan bagi rider ini akan meningkat mengikut band age (Setiap 5 tahun sekali) dan ini perlu diceritakan kepada pelanggan.

Co-Takaful:
Minima 10% dan maksimum adalah RM3000

Co-Payment:
Sekiranya pelangan upgrade bilik contohnya dari bilik RM150 ke RM200 sehari, tetapi Medical Card cover maksimum RM150 sehari, maka co-payment dikenakan iaitu sebanyak 20% dari jumlah bil dan ditambah pula perbezaan harga bilik setiap hari. Jadi sekiranya peserta upgrade bilik makan perserta dan ETB perlu berkongsi bil rawatan dengan nisbah 20%:80% daripada bil. Konsep ini diguna pakai sama bagi plan GHS (Group Hospitalization & Surgical) yang disertai oleh syarikat-syarikat untuk pekerjanya. Untuk pengiraan secara detail, minta perunding merujuk kepada maklumat produk Medic Save rider.

Merujuk kepada ilustrasi 2.0, rider Medic Save ini tidak boleh lebih daripada 50% sumbangan asas. Kalau boleh key-in sekali pun, pihak ETB akan reject (saya pernah kena). Jadi agak Mahal sumbangan peserta sekiranya peserta tersebut sudah berusia.

Terima kasih kerana menerangkannya bagi pihak saya. Bagaimanapun, anda tertinggal beberapa perkara iaitu:

CO-PAYMENT
Tidak ada apa yang perlu dirisaukan dengan co-payment. Terdapat peluang untuk para pelanggan bagaimana nak upgrade bilik tanpa dikenakan penalti 20% tu.

Pada waktu pendaftaran masuk hospital, pihak pelanggan yang kelayakan wadnya adalah RM100 sehari tetapi berkehendakkan wad RM150 sehari, perlulah memaklumkan kepada pihak hospital awal-awal supaya rekod dalam bil yang akan difax kepada pihak takaful mencatatkan wad yang RM100 sehari bukannya RM150. Baki RM50 tu akan dibayar secara terus oleh pihak pelanggan sendiri kepada pihak hospital.

Setelah ini selesai, maka pelanggan tidak perlu bayar penalti 20% itu kepada pihak hospital. Sebaliknya, pelanggan hanya perlu bayar 10% ataupun RM3k, yang mana LEBIH RENDAH, kepada pihak hospital sama seperti seolah-olah mereka layak masuk wad RM150 tu, bukannya 20% kerana bil difax kepada pihak takaful merekodkan wad yang RM100 sehari.

Seperkara lagi, jika pesakit dimasukkan ke wad yang MELEBIHI kelayakan pesakit (misalnya layak wad RM100 tetapi dimasukkan ke wad RM150) akibat pihak hospital kekurangan wad, maka pihak Etiqa tidak akan mengenakan penalti. Begitulah praktis Etiqa sehingga saat ini bagi kes kekurangan wad seperti ini.

Di samping itu, jika pesakit dimasukkan ke wad yang KURANG daripada kelayakannya (misalnya layak wad RM350 tetapi dimasukkan ke wad RM250) akibat pihak hospital kekurangan wad, maka pihak Etiqa TIDAK akan mengenakan sebarang ko-takaful WALAU SESEN pun kepada pesakit. Begitulah juga praktis Etiqa sehingga saat ini bagi kes kekurangan wad seperti ini.

PENINGKATAN SUMBANGAN MENGIKUT BAND AGE
Ia belum dikuatkuasakan. Kad perubatan saya sendiri sehingga ke hari ini TIDAK mengalami pertambahan kadar apabila band age saya bertukar daripada 24 tahun kepada 25 tahun. Sekarang usia saya sudah hampir 27 tahun & kadar sumbangannya masih sama ketika saya berumur 24 tahun semasa join dahulu.

Sekiranya dikuatkuasakan, pelanggan Etiqa boleh membuat pilihan untuk rolling nilai tunai yang ada dalam polisi untuk tampung perubahan kadar ATAUPUN membuat tambahan sumbangan bulanan. Terpulang kepada peserta. Peningkatan kadar pula TIDAKLAH sampai beratus ringgit sebulan.

Kad PruBSN pula akan rolling secara AUTOMATIK wang sumbangan peserta, TIADA pilihan lain. Sebaliknya, Etiqa mempunyai fleksibiliti, memberikan pilihan kepada peserta seperti yang saya terangkan di atas tadi.

NILAI TUNAI PADA TAHUN PERTAMA POLISI
Nilai tunainya ada tapi tak banyak. Sejumlah mudharabah (keuntungan pelaburan) ada dimasukkan. Mudharabah sahaja. Apapun, nilai tunai tetap ada pada tahun pertama. Saya sendiri mengalaminya.

ANTARA INVESTMENT-LINK DENGAN BUKAN INVESTMENT-LINK
Pelan PruBSN yang tipikal adalah pelan investment-link. Nilai tunai pelan sebegini terdedah kepada turun naik harga pasaran.

Pelan ini TIDAK SEBEBAS unit trust biasa untuk melakukan penjualan balik. Unit trust biasa boleh dijual pada bila-bila masa yang dikehendaki pelabur manakala investment-link takaful mempunyai tarikh matangnya. Peserta TIDAK TAHU adakah harga pasaran bagus pada tarikh matang tersebut. Jika hendak extend, sumbangan bulanannya TIDAK lagi sama dengan sebelum extend. Tambahan pula, peserta juga TIDAK TAHU adakah pasaran memuaskan pada tarikh matang baru itu.

Pada masa yang sama, peserta pelan investment-link takaful WAJIB top-up sumbangan masing-masing jika nilai tunai polisi merosot ke tahap tertentu (akibat kejatuhan nilai unit trust yang digandingkan dengan pelan ini). Kegagalan untuk top-up, akan menyebabkan anda HILANG KELAYAKAN untuk mendapat sebarang kemudahan daripada syarikat!

Memang terdapat ejen yang akan mengatakan setakat ni, semuanya tidaklah terlalu teruk, untuk melegakan hati prospek. Kebanyakan orang ambil takaful untuk satu tempoh yang SANGAT panjang iaitu berpuluh-puluh tahun. Macam-macam boleh berlaku. Kita lihat AIG yang dahulunya lebih kukuh daripada Prudential.

Justeru, jika prospek itu seorang risk-taker, pelan PruBSN lebih sesuai daripada pelan ETB untuknya. Begitulah pembahagian demografi antara pelan pruBSN & ETB.

Wallahu'alam. Jika ada silap & salah, tolong betulkan...:)

ABD HADI BIN MOHAMAD
Perunding ETB
+6019-7209975
 
Terima kasih kerana menerangkannya bagi pihak saya. Bagaimanapun, anda tertinggal beberapa perkara iaitu:

CO-PAYMENT
Tidak ada apa yang perlu dirisaukan dengan co-payment. Terdapat peluang untuk para pelanggan bagaimana nak upgrade bilik tanpa dikenakan penalti 20% tu.

Pada waktu pendaftaran masuk hospital, pihak pelanggan yang kelayakan wadnya adalah RM100 sehari tetapi berkehendakkan wad RM150 sehari, perlulah memaklumkan kepada pihak hospital awal-awal supaya rekod dalam bil yang akan difax kepada pihak takaful mencatatkan wad yang RM100 sehari bukannya RM150. Baki RM50 tu akan dibayar secara terus oleh pihak pelanggan sendiri kepada pihak hospital.

Setelah ini selesai, maka pelanggan tidak perlu bayar penalti 20% itu kepada pihak hospital. Sebaliknya, pelanggan hanya perlu bayar 10% ataupun RM3k, yang mana LEBIH RENDAH, kepada pihak hospital sama seperti seolah-olah mereka layak masuk wad RM150 tu, bukannya 20% kerana bil difax kepada pihak takaful merekodkan wad yang RM100 sehari.

non-ethical

Justeru, jika prospek itu seorang risk-taker, pelan PruBSN lebih sesuai daripada pelan ETB untuknya. Begitulah pembahagian demografi antara pelan pruBSN & ETB.

risk-taker? kita ada bond fund..tak perlu risau

regards
 
Back
Top
Log in Register