BTC USD 62,082.5 Gold USD 4,259.57
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Equanimity dibida separuh harga

Bidaan Equanimity sudah ada pemenangnya

DtFxM8AUcAAT4bk.jpg


KUALA LUMPUR: Hari ini berakhirnya tempoh lelongan Equanimity, kapal layar mewah yang pernah dimiliki ahli perniagaan, Low Taek Jho atau Jho Low.


Menurut laporan The Malaysian Insight (TMI), syerif Mahkamah Tinggi Malaya akan mendedahkan harga bidaan tertinggi dan mengumumkan pemenangnya pada satu tarikh yang akan diberitahu kelak.

Sebelum ini, peguam 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Ong Chee Kwan berkata, pembida perlu meletakkan deposit RM4.18 juta (USD1 juta) dan bukan sembarangan individu yang boleh membidanya.

Kapal layar penuh kontroversi itu dirampas pihak berkuasa Malaysia pada 7 Ogos dan mula dilelongkan sejak 29 Oktober dalam usaha kerajaan mengembalikan wang yang dilesapkan dalam skandal 1MDB.

Sejak itu, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng pada 21 November, kerajaan telah membelanjakan kira-kira RM3.5 juta untuk menyelenggara kapal mewah yang lengkap dengan tempat mandian Turki, pad pendaratan helikopter dan pernah menjadi tempat berparti para selebriti terkenal.

Ketika ini, kapal sepanjang 92 meter itu kini berlabuh di Pangkalan Markas Wilayah Laut Tiga (Mawilla 3) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Bukit Malut, Langkawi.

Low, yang didakwa sebagai ‘arkitek’ di sebalik skandal berprofil tinggi itu, dikatakan membeli kapal tersebut dengan harga USD250 juta (kira-kira RM1 bilion) menggunakan wang yang diselewengkan daripada syarikat pelaburan strategik itu.

Pemilikan kapal itu sebelum ini dituntut pemiliknya, Equanimity Cayman Ltd, yang mendakwa rampasan oleh kerajaan Malaysia ‘melanggar keputusan mahkamah Indonesia dan arahan mahkamah Amerika Syarikat.’

Bagaimanapun pada 19 Oktober, Mahkamah Tinggi mengisytiharkan kerajaan Malaysia dan 1MDB sebagai pewaris apabila Equanimity Cayman Ltd gagal tampil ke mahkamah.


http://www.astroawani.com/berita-malaysia/bidaan-equanimity-ditutup-hari-ini-dan-pemenangnya-192305
 
PM tiada maklumat pembida Equanimity

image.jpg


KUALA LUMPUR 28 Nov. - Perdana Menteri mengesahkan beliau tidak menerima sebarang maklumat mengenai mana-mana pihak atau individu yang telah membida kapal layar mewah, Equanimity.


Dalam nada berseloroh, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, beliau berhasrat ingin membeli dan memiliki kapal layar yang kini berlabuh di Pangkalan Markas Wilayah Laut Tiga (Mawilla 3) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Bukit Malut, Langkawi itu, tetapi tidak berkemampuan.

“Saya tak dapat maklumat lagi, saya nak beli tapi tak cukup duit,” katanya dalam sidang akhbar di Menara Yayasan Selangor, di sini hari ini.

Hari ini merupakan hari terakhir tempoh lelongan Equanimity.

Dalam perkembangan lain, Perdana Menteri berkata, beliau sudah lama mengetahui pembabitan syarikat pelaburan Amerika Syarikat (AS), Goldman Sachs dalam urus niaga yang mengakibatkan kerugian terhadap 1MDB.

Kata beliau, tindakan Jabatan Kehakiman (DOJ) AS mengemukakan tuntutan jenayah terhadap eksekutif Ex-Goldman Sachs, Tim Leissner dan Pengarah Urusannya, Ng Chong Hwa, 51, atau dikenali sebagai Roger Ng serta Low Taek Jho yang terbabit kes rasuah dan pengubah wang haram berkaitan 1MDB, mengesahkan perkara itu.

“Kita memang tahu perkara ini sudah lama namun dia (Tim Leissner) mengaku bahawa yang kita kata dia salah, dia mengaku dia benar walaupun sebenarnya dia salah,” katanya.


http://www.utusan.com.my/berita/politik/pm-tiada-maklumat-pembida-equanimity-1.795799#ixzz5Y9s5t9rD
 
apa lagi diorg nak jual lepas nie... IMDB x nak jual ker or trx tower to...
meluat dgn ph sekarng nie... cukai sana sini nak buat...harga barang makin mahal...
vss makin berluluasa...
 
Lelongan Equanimity tarik minat dari AS, Eropah, Asia

Diterbitkan 29 Nov 2018, 6:06 petang | Dikemaskini 29 Nov 2018, 6:08 petang

b54c880d96346a5e593b651db7fa9c88.jpeg


Lelongan kapal layar mewah Equanimity, yang dirampas oleh kerajaan Malaysia berdasarkan alasan bahawa ia diperolehi melalui dana 1MDB yang diselewengkan, telah menarik minat pembeli dari Amerika Syarikat, negara-negara Eropah dan Asia.

Kapal layar itu dilelong sejak sebulan lalu dan tawaran untuk membelinya berakhir pada jam 5 petang semalam.

"Memandangkan pasaran yang sangat khusus, pakar dan elit, dalam masa singkat Equanimity dibuka untuk jualan, kami telah menarik minat dari (pembeli) seluruh dunia: Asia, Eropah, Timur Tengah, Amerika Syarikat.

"Ramai yang telah melawat Equanimity," kata pasukan undang-undang yang mewakili Jabatan Peguam Negara (AGC) dalam satu kenyataan hari ini.
Walau bagaimanapun, menurut mereka, nilai tawaran atau pembidanya tidak boleh didedahkan sehingga penjualan selesai.

"Nilai tawaran Equanimity tetap rahsia, begitu juga identiti pembida, ini untuk melindungi para pembida dan proses integriti sehingga jualan selesai.

"Sifat proses jualan kehakiman adalah untuk mengekalkan keyakinan para pembida bahawa identiti dan tawaran mereka tidak akan didedahkan sehinggalah penjualan selesai,” kata mereka.

https://www.malaysiakini.com/news/453979
 
ratus juta jela. depreciate
 
Back
Top
Log in Register