BTC USD 60,736.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Equanimity dibida separuh harga

Jho Low ni sampai sekarang tak tahu kat mana.

Kemungkinan dah mati kena bunuh pun boleh jadi, sebab nak tutup rahsia.
 
Die kene buru tapi xhidup dlm ketakutan atau kemiskinan

Duk lepak dlm kapal 1bil yg dlm nye emas

Lepak pulau² kat thai Malaysia indon

Then pegi cina lepak hotel mewah

So die boleh buat apa2 je sebenarnye

Xmcm kene buru pun

Ada waran tangkap ke nak buru dia, dakwaan demi dakwaan, rilek je dia.~X(
 
Malaysia ni bab penafian memang champion, dari atas sampai bawah.
 
Apalah ertinya kemewahan hasil rompakan negara jika diri diburu, harta rompakan dirampas, disita oleh Amrika, FBI dan sekutu2 mereka termasuklah pihak berkuasa Indonesia.

Tak tenteram hati penyamun ni bila jadi orang buruan.
 
dh terang lg bersuluh..
pru kasi tukar la 1 kali..
kasi jatuh jerung2 besar..
asyik geng bilis je kena tangkap..
 
Apalah ertinya kemewahan hasil rompakan negara jika diri diburu, harta rompakan dirampas, disita oleh Amrika, FBI dan sekutu2 mereka termasuklah pihak berkuasa Indonesia.

Tak tenteram hati penyamun ni bila jadi orang buruan.

Bagi jho low tu,xdak istilah haram halai psi chayanun..melayu Islam kita ijtihad,babby,arak,anjing xleh mkn,sentuh psi haram..tp "derma" sapu tanpa byk soal halai ka haram
 
Indonesia nafi temui RM1 bilion dalam kapal Equanimity

Equanimityaadsdd.transformed_0.jpg

PIHAK berkuasa Indonesia ketika bersiap untuk menaiki kapal layar mewah Equanimity. - Foto AFP



KUALA LUMPUR: Polis Indonesia berkata, viral penemuan wang tunai RM1 bilion (3.5 trillion) dalam kapal layar mewah, Equanimity, ketika disita pihak berkuasa negara itu di Bali baru-baru ini, adalah palsu.

Timbalan Pengarah Direktorat Jenayah Ekonomi Khas Polis Indonesia, Pesuruhjaya Tinggi Daniel Silitingo, berkata tiada sebarang penemuan wang tunai dilakukan pasukan itu ketika pencarian bukti dalam kapal mewah terbabit.

Beliau berkata, proses pencarian barang bukti dalam kapal mewah terbabit turut disertai pihak ketiga termasuk kapten kapal dan polis marin.

"Saya yang mengetuai tugasan menyita kapal berkenaan (Equanimity). Kami tidak menemukan wang apa-apa pun. Kalau ada penemuan wang, sudah tentu mereka (pihak ketiga) turut mengetahuinya tetapi memang tidak ada (wang RM1 bilion).

"Yang kami temui dalam kapal itu hanya dokumen pendaftaran krew dan penumpangnya. Penguatkuasaan terhadap kapal yang ditahan itu dibuat secara murni bersandarkan falsafah 'membanteras jenayah, berkhidmat kepada rakyat. Dalam proses penyitaan ," katanya seperti dilaporkan portal, Jawapos.com semalam,

Silitingo menegaskan yang ketika proses penyitaan kapal dibuat, pihaknya tidak menyebut sebarang nama yang ada kaitan dengan Malaysia.

Penyebaran berita palsu itu dilakukan pemilik akaun Facebook menggunakan nama Miyoyo, yang memuat naik gambar wang tunai dengan status 'penyiasat Indonesia menjumpai RM1 bilion tersimpan rapi dalam Kapal Jo Lo (Jho Low). Siap berbalut kertas hadiah. Untuk siap ya Pak?.

Penemuan wang tunai itu viral di media sosial selepas pihak berkuasa Indonesia menyita kapal Equanimity.

Isu itu sekali gus dipolitikkan pembangkang yang mengaitkannya dengan dana yang diseleweng daripada syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).






sumber: https://www.bharian.com.my/berita/k...-nafi-temui-rm1-bilion-dalam-kapal-equanimity



.
 
Mahkamah Jakarta putuskan penahanan Equanimity tidak sah

image.jpeg


JAKARTA 17 April - Mahkamah di Indonesia hari ini memutuskan penahanan kapal layar mewah Equanimity oleh polis republik berkenaan sebagai tidak sah dan mengarahkan dikembalikan kepada pemiliknya.


Portal berita Detik.com melaporkan, Hakim Mahkamah Jakarta Selatan, Ratmono berkata, penahanan yang dibuat oleh polis tidak mengikut lunas undang-undang dan tidak sah kerana tidak mendapat kebenaran daripada Kementerian Hak Asasi Manusia dan Undang-undang terlebih dahulu.

“Kami mengisytiharkan tindakan merampas oleh polis sebagai tidak mengikut lunas undang-undang dan tidak sah,” katanya semasa perbicaraan kes berkenaan di Jakarta hari ini.

Pada 28 Februari lalu kapal layar berkenaan dikatakan milik ahli perniagaan Malaysia Low TaekJho atau lebih dikenali sebagai Jho Low dirampas sebagai sebahagian daripada penyiasatan Jabatan Keadilan (DoJ) Amerika Syarikat, yang bermula pada 2016, terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Dalam pada itu Ratmoho berkata, kapal tersebut tidak sepatutnya dirampas kerana pemiliknya tidak disabitkan dengan sebarang kesalahan jenayah oleh mana-mana mahkamah.


http://www.utusan.com.my/berita/lua...n-equanimity-tidak-sah-1.651416#ixzz5CwBVvDJ4
 
Alhamdulillah, syukur. Akhirnya Jho Low dpt balik kapal layar dia. Buat malu je FBI.

Sape2 yg belum buat keputusan nak undi siapa pru ni, boleh tengok siggy kat avatar aku tu.

#UndilahJhoLow
#JhoLowOrangkite
 
Back
Top
Log in Register