BTC USD 59,524.0 Gold USD 4,322.41
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Equanimity dibida separuh harga

Aku harap Jho Low takde kat Malaysia. Kalau FBI keluarkan notis merah pun, dia boleh lepas punya. Polis Malaysia takkan berani kacau Jho Low.

Harap2 dia kena tangkap kat luar Malaysia. Hanya polis luar negara je yg berani tangkap si penyamun tu.

Pada pendpat aku, Jho Low kalau nak selamat dia kena ambik US Witness Protection Programme. Dia boleh jadik saksi yg sangat bernilai yg boleh membicarakan banyak org2 yg bersubahat dgn dia.

kalau dia duduk kat negara yg takde perjanjian ekstradisi dengan US lagi selamat kan?
 
Betul ke berita ni tak tersiar di media utama..?
 
Gov kata rampasan takda kene mengena dengan 1mdb tapi gov tak sedar ke kalau takda 1mdb takdalah wujudnya kapal layar ni. Kemudian penyiasat antarabangsa semua kata ada kene mengena sebab itu la kapal ni dirampas. Apa kerajaan ingat pihak berkuasa luar negara ni b---- sangat ke
 
Gov kata rampasan takda kene mengena dengan 1mdb tapi gov tak sedar ke kalau takda 1mdb takdalah wujudnya kapal layar ni. Kemudian penyiasat antarabangsa semua kata ada kene mengena sebab itu la kapal ni dirampas. Apa kerajaan ingat pihak berkuasa luar negara ni b---- sangat ke

malaysia darul kelakar...what do u expect?:eek:
 
Kapal Equanimity bukan milik Malaysia, kata Apandi


PUTRAJAYA tidak akan menuntut kapal layar mewah Equanimity milik Jho Low yang dirampas pihak berkuasa Indonesia, kata Mohamed Apandi Ali.

Apandi yang juga peguam negara berkata kerajaan tidak akan menuntut sesuatu yang bukan hak miliknya.

“Kenapa kerajaan mahu tuntut sesuatu yang bukan hak miliknya?” beliau dipetik sebagai berkata oleh portal berita Malaysiakini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas laporan yang menyebut pihak berkuasa Indonesia telah merampas kapal layar mewah bernilai RM1 bilion yang didakwa Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) dibeli oleh Low menggunakan wang yang didakwa diseleweng daripada syarikat bermasalah 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Low, yang lebih dikenali sebagai Jho Low, dinamakan DoJ sebagai dalang utama yang menyeleweng berbilion dolar wang milik syarikat pelaburan itu.

Kapal yang berlabuh di perairan dekat Pulau Bali itu, boleh memuatkan 26 penumpang dan 33 krew. Ia turut memuatkan landasan helikopter.

DoJ telah memulakan siasatan jenayah ke atas dakwaan penyalahgunaan dana daripada 1MDB dan pada September telah dibenarkan untuk menangguhkan saman sivil yang difailkannya sejak dua tahun lepas bagi merampas hartanah dan aset lain bernilai lebih AS$1 bilion (RM4.3 bilion).

Dalam kes saman sivil tersebut, jabatan berkenaan mendakwa, lebih AS$4.5 bilion dana milik 1MDB dipindahkan oleh pegawai tertinggi syarikat pelaburan tersebut bersama-sama rakan subahatnya pada 2009 hingga 2015.

Pada Jun, DoJ memfailkan lagi saman untuk merampas AS$540 juta aset, termasuk Equanimity dan hak filem Dumb and Dumber To, yang dihasilkan Red Gradnite, sebuah rumah produksi yang turut dimiliki anak tiri Najib, Rizi Aziz.

Bagaimanapun, ahli perniagaan dalam pelarian itu menuduh DoJ bertindak melampaui batas, selepas tindakan rampasan semalam.

Jurucakap ahli perniagaan dalam pelarian dan rakan subahat Perdana Menteri Najib Razak itu berkata walaupun prosiding rampasan aset dikekalkan, DoJ masih meneruskan siasatan berhubung dakwaan penyelewengan itu yang turut disifatkannya sebagai “bermotifkan politik dan sangat cacat”.

“Jabatan Keadilan AS masih mengekalkan prosiding rampasan dalam kes ini dan sehingga kini masih belum membuktikan bahawa berlakunya penyelewengan,” kata jurucakap itu dalam satu kenyataan semalam.

“Justeru ia amat mengecewakan apabila mereka masih meneruskan tindakan melampaui batas ini - yang mana bersandarkan dakwaan tidak berasas daripada melihat sendiri kecacatan dalam dakwaan yang bermotifkan politik ini.”

Walaupun siasatan telah dilancarkan di beberapa negara berhubung penyelewengan 1MDB, Putrajaya sehingga kini masih bertegas bahawa tidak ada wang yang hilang atau dicuri daripada syarikat berkenaan.

Pihak berkuasa Malaysia mengakui ada “kelemahan” dalam pentadbiran 1MDB dan tidak mendakwa mana-mana pihak berhubung jenayah terbabit.

Singapura adalah satu-satunya negara yang telah memenjarakan atau mengharamkan pengurus bank dan mereka yang bekerja dengan sektor kewangan yang terkait dengan 1MDB.

Pada Selasa, Pengerusi 1MDB dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan Irwan Serigar berkata syarikat bermasalah itu akan ditutup selepas hutangnya habis dibayar. – 1 Mac, 2018.
https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/40452/

Equanimity not Malaysia’s yacht, says A-G



PUTRAJAYA will not claim elusive businessman Low Taek Jho’s luxury yacht the Equanimity because it does not own it, said Attorney-General Mohamed Apandi Ali

He said the government could not claim something that it did not own.

“Why could the government claim something that does not belong to it?” he was quoted as saying by news portal Malaysiakini today.

His remarks come following reports that Indonesian authorities had seized the RM1 billion yacht the United States Justice Department (DoJ) alleges was bought by Low with money siphoned from troubled state-investment arm 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Low, better known as Jho Low, has been named by DoJ as the mastermind in a scheme to siphon billions of dollars from the state investment fund.

The vessel, moored in waters near the island of Bali, can hold 26 guests and 33 crew members. It also has a helicopter pad.
DoJ has filed two civil suits in 2016 and last year to seize more than US$1.5 billion (RM6 billion) in real estate and other assets it says were bought using money misappropriated from 1MDB.

The assets include the Equanimity and the rights to movie Dumb and Dumber To, produced by Red Granite, a production house co-owned by Riza Aziz, Najib’s step son.

The department alleges that between 2009 and 2015, more than US$4.5 billion was diverted from 1MDB by high-level officials of the state investor and their associates.

In September last year, the suits were suspended as DoJ pursued a criminal investigation into the scandal.

After the seizure yesterday, the fugitive businessman accused the DoJ of overreach.

A spokesman for the businessman, who is believed to be a confidant of Prime Minister Najib Razak, said despite staying asset forfeiture proceedings, DoJ continues its “deeply flawed and politically-motivated” allegations of impropriety.

“It is therefore disappointing that rather than reflect on the deeply flawed and politically-motivated allegations, the DoJ is continuing with its pattern of global over reach – all based on entirely unsupported claims of wrongdoing.”

Though investigations have also been launched in several countries into 1MDB’s dealings, Putrajaya has always maintained that no money is missing or stolen from the fund.

Malaysian authorities admit only “weaknesses” in the administration of 1MDB and have not charged anyone with any crime.

Singapore is the only country to have jailed or banned bankers and people working in the financial sector for cases linked to 1MDB.

On Tuesday, 1MDB chairman and Treasury secretary-general Mohd Irwan Serigar Abdullah said the troubled sovereign wealth fund will be shut down once it settles all its debts. – March 1, 2018.
https://www.themalaysianinsight.com/s/40444/

tuan, yg kat atas ni adalah komen Peguam Negara kita

apa komen Peguam Negara kita?
 
Betul ke berita ni tak tersiar di media utama..?

keluar tadi. Hisham & tv3 kata takde kena mengena dgn PM mahupun 1MDB.

pembangkang sengaja kelirukan rakyat dan mendedahkan negara kpd campur tangan negara luar.

rasuah di penang, tanah ijok & sarawak report kes KWSP yg dia highlight :D

anyway RM 1 bilion utk sebuah bot memang mengarut la harga. agak2 la...

satu lagi, tolong tolong tolonglahhh... MIRANDA KERR BUKAN TEMAN WANITA JHO LOW! dia tu ada taste, ex husband dia Orlando Bloom "Legolas" kot. Jho Low je syok kat dia. cehhh... :(scam

anyway nape susah sangat nak tangkap dia nih? ke dia bukan wanted? dia ni kira pelarian jenayah (fugitive) ke camne?

 
keluar tadi. Hisham & tv3 kata takde kena mengena dgn PM mahupun 1MDB.

pembangkang sengaja kelirukan rakyat dan mendedahkan negara kpd campur tangan negara luar.

rasuah di penang, tanah ijok & sarawak report kes KWSP yg dia highlight :D

anyway RM 1 bilion utk sebuah bot memang mengarut la harga. agak2 la...

satu lagi, tolong tolong tolonglahhh... MIRANDA KERR BUKAN TEMAN WANITA JHO LOW! dia tu ada taste, ex husband dia Orlando Bloom "Legolas" kot. Jho Low je syok kat dia. cehhh... :(scam

anyway nape susah sangat nak tangkap dia nih? ke dia bukan wanted? dia ni kira pelarian jenayah (fugitive) ke camne?


Owhh keluar rupanya... Tapi berita utk penafian...

Roti jala mak limah biadap betul lah...

senangnyalah dia bodöhkan2 rakyat msia... ehhh lupa plak yg kt siggy aku tu... ulamak pas pun kena bodöh inikan pula rakyat msia... :))
 
Negara Cuba tiba2 terkejut beruk sebab indek rasuah Malaysia setanding negara mereka
 
mesti PRU akan jadi lebih menarik lepas ni..
 
Back
Top
Log in Register