BTC USD 63,787.9 Gold USD 4,466.05
Time now: Jun 1, 12:00 AM

EPC mampu jimatkan tenaga

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
image.JPG

Chaw Min menyiram pokok sebagai gimik perasmian pada persidangan tersebut.​

KUANTAN - Kementerian Kesihatan (KKM) perlu memberi tumpuan merealisasikan penggunaan tenaga yang lebih efisien dan penggunaan semula tenaga melalui kaedah 'Energy Performance Contracktor' (EPC) yang dapat menjimatkan tenaga.

Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Datuk Dr Chen Chaw Min berkata, hospital adalah fasiliti terbesar yang menggunakan tenaga elektrik.

Menurutnya, kebanyakan penggunaan disebabkan sistem pendingin hawa berpusat berkapasiti tinggi dan juga penggunaan peralatan berteknologi tinggi seperti mesin pengimbas dan MRI.

"Kita mampu menjimatkan sehingga RM1 juta setahun sekiranya kaedah EPC dilaksanakan di kesemua 55 hospital negeri, hospital pakar major dan hospital pakar minor dan kerajaan dapat menjimatkan sehingga RM40juta setahun," katanya pada Majlis Perasmian Persidangan Jurutera-Jurutera Kementerian Kesihatan bertemakan Teknologi Hijau Untuk Masa Depan, di sini, semalam.

Hadir sama, Pengarah Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan KKM, Md Jalal Bongkik dan Timbalan Pengarah (Perancangan) Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan KKM, Noor Baizura Mohd Tahir.

Chaw Min berkata, Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan (BPK) memainkan peranan penting memandangkan aspek fasiliti sangat berkait rapat dengan bahagian tersebut.

Beliau berkata, selaras dengan hasrat kerajaan, BKP sudah melaksanakan beberapa program yang mengambil kira aspek pembangunan lestari.

"Saya harap usaha melaksanakan pembangunan lestari ini dapat dijalankan dengan pihak swasta agar ia dapat meningkatkan keberkesanan perkhidmatan kesihatan," katanya.

Tambahnya, kerajaan telah memperuntukkan RM10 juta untuk projek Hospital Mampan melibatkan empat hospital terpilih.

Pada persidangan itu, seramai 300 jurutera dan pembantu jurutera KKM bersidang dan beberapa kertas kerja turut dibentangkan.


Source: http://www.sinarharian.com.my/edisi/pahang/epc-mampu-jimatkan-tenaga-1.427655
 
Back
Top
Log in Register