BTC USD 83,509.9 Gold USD 4,123.16
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Empayar BN berakhir - Pulau Pinang

Faktor DSAI... :)cgrock

Inilah yang aku boleh fikirkan :)cgrock
 
Faktor DSAI... :)cgrock

Inilah yang aku boleh fikirkan :)cgrock

aku juga fikir ini Faktor anwar ibrahim yang membangkitkan semangat rakyat untuk bangkit menyokong BA... bukan sahaja di Penang, tetapi seluruh negara...
 
aku juga fikir ini Faktor anwar ibrahim yang membangkitkan semangat rakyat untuk bangkit menyokong BA... bukan sahaja di Penang, tetapi seluruh negara...

"Semua kaum Melayu, India, Cina mau tukar ini kerajaannnnnn....!"​
 
DSAI dan Wan Azizah pun salah satu faktor pengaruh BA di Penang
 
Lim Guan Eng... humm... :(

Think positif. :)

DAP tidaklah seteruk sebagaimana di sangkakan. Beri peluang kepada DAP untuk memperjuangkan nasib semua kaum di Penang termasuklah Melayu.

Sama2lah berdoa agar Tuhan mengatur yang terbaik untuk penduduk Melayu khususnya di bawah pentadbiran baru kejaraan Penang. :)
 
Kadazan Dusun Iban Bidayuh saja tak nak tukar ini kerajaan. piss me off!!
 
aku rasa DAP takkan abaikan masyarakat Melayu kat penang nie.. kalau DAP buat macam tu memang silap besar untuk DAP dalam jangka masa panjang.. sebab kat penang ni pon ramai melayu.. kebetulan plak aku sekarang keje kat Penang,.. harap harap lah ada perubahan drastik yang menarik untuk hidup dibawah DAP ni
 
DAP menyatakan pendirian untuk bergabung dengan PKR dalam membentuk kerajaan Penang.
 
Oleh ZULKIFLI JALIL

REBAHNYA empayar Parti Gerakan yang bertapak di Pulau Pinang sejak 1969 pada Pilihan Raya Umum ke-12 amat mengejutkan. Seawal pukul 8.15 malam lagi semalam, desas-desus kekalahan BN negeri itu telah tersebar meluas menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS).

Kesahihannya diragui tetapi apabila Ketua Menteri Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon kecundang di kerusi Parlimen Batu Kawan di tangan Prof. Dr. P. Ramasamy dari DAP, barulah berita yang sukar dipercayai itu diterima.

Apakah yang sebenarnya terjadi? Mengapa Gerakan dan MCA tewas teruk, sebegitu mudah?

Ironinya, sepanjang kempen selama 13 hari pilihan raya umum ini, DAP yang dikepalai Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng kerap memainkan isu-isu perkauman yang banyak menimbulkan kemarahan masyarakat Cina.

Antaranya, isu yang ‘popular’ dimainkan DAP ialah kononnya jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang akan dirampas oleh UMNO. Pernah Guan Eng berkata: ‘‘Kalau berlaku senario pilihan raya umum 1990 yang menyaksikan UMNO memperoleh 12 kerusi, DAP 13 kerusi, Gerakan tujuh kerusi manakala MCA dan MIC kosong, kita (DAP) akan tetap menyokong Gerakan bagi mengelakkan kerusi Ketua Menteri jatuh ke tangan UMNO.”

Ungkapan itu sering diadu domba oleh Guan Eng sama ada pada sidang akhbar mahupun ketika berceramah termasuk terbaru di padang Sekolah Menengah Han Chiang, Khamis lalu.

Malah, dalam ceramah DAP yang diikuti Mingguan Malaysia, Guan Eng dengan lantang mempersoalkan kenapa tiba-tiba nama Teng Chang Yeow tersenarai sebagai calon bakal Ketua Menteri selepas nama Chia Kwang Chye dikeluarkan untuk bertanding kerusi Parlimen Bukit Bendera.

‘‘Setelah Kwang Chye dan Dr. Teng Hock Nan, tiba-tiba nama Teng Chang Yeow, ini semua kerja UMNO mahu campur tangan,” kata anak Lim Kit Siang itu yang turut memenangi kerusi Parlimen Bagan dan DUN Air Putih.

Selain itu, isu keris dihunus oleh Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Hishammuddin Tun Hussein pada Perhimpunan Agung UMNO lepas turut dipolitikkan oleh DAP. DAP mendakwa MCA dan Gerakan seolah-olah ‘memandang sepi’ isu tersebut dan kononnya tidak menentang tindakan itu meskipun dikatakan ramai kaum Cina tidak berpuas hati.

Pada masa sama, isu rasuah yang didakwa melibatkan segelintir pemimpin kerajaan turut menjadi ‘buah tangan’ kempen DAP.

‘‘Selain itu isu pembangunan melibatkan projek Penang Global City Centre di George Town turut dipolitikkan oleh pembangkang atas dakwaan ia tidak membawa sebarang manfaat kepada penduduk tempatan. Sebaliknya, ia mendakwa projek itu terlalu dikomersialkan sehingga membebankan rakyat,” menurut seorang penganalisis politik Cina Pulau Pinang kepada Mingguan Malaysia di Hotel Red Rock, George Town - lokasi sidang akhbar pengumuman kemenangan DAP oleh pengerusi negerinya, Chow Kon Yeow malam tadi.

Menurut pemerhati politik itu lagi, kenyataan seorang pemimpin muda UMNO yang dikatakan cuba menghidupkan kembali Dasar Ekonomi Baru (DEB) juga diputarbelitkan oleh pembangkang yang kononnya akan melemahkan ekonomi kaum Cina.

Di Hotel Red Rock semalam, para penyokong DAP berteriak meraikan kemenangan DAP.

Di luar, hujan lebat sejak 3.30 petang mula reda menjelang senja. Kemuncaknya sudah terjawab – satu peralihan kuasa daripada Gerakan kepada DAP.
-----------------------------------------------------
dah kalah, buat cara kalah...banyak alasan...
 
Back
Top
Log in Register