BTC USD 65,617.5 Gold USD 4,434.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Empat Sekeluarga Kena Culik

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,458
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,458
Reaction score
7,735
Points
916
05.10.2022 - Washington, Seorang suspek lelaki yang menculik sebuah keluarga Sikh di tengah California, Amerika Syarikat, kini kritikal selepas cuba membunuh dirinya sendiri, semalam. Pejabat Syerif Merced dalam satu kenyataan berkata, suspek dikenal pasti sebagai Jesus Salgado, 48, selepas lelaki itu dikesan menggunakan kad pengeluaran wang automatik (ATM) milik mangsa.

Katanya, keluarga itu termasuk seorang bayi berusia lapan bulan yang diculik di sebuah kawasan perniagaan di Merced, Isnin lalu, masih belum ditemukan.

"Detektif memperoleh gambar rakaman kamera litar tertutup di kawasan ATM di Atwater, sebuah bandar kira-kira 14 kilometer di utara Merced. Suspek kelihatan sama dengan gambar pengawasan dari tempat kejadian penculikan itu," kata pejabat itu yang turut mengeluarkan dua imej suspek dan meminta bantuan orang ramai untuk membantu mengenal pastinya.

Menurut kenyataan itu lagi, pegawai penyiasat menerima maklumat yang mengenal pasti Salgado sebagai suspek.

"Suspek cuba membunuh dirinya sendiri sebelum polis tiba," katanya tanpa memberikan perincian lokasi penahanan suspek.

Syerif Merced, Vern Warnke dalam video disiarkan di Facebook, Isnin lalu, mendedahkan, suspek menculik bayi, Aroohi Dheri; ibunya, Jasleen Kaur, 27; bapanya, Jasdeep Singh, 36 dan bapa saudaranya, Amandeep Singh, 39.

"Penculik itu tidak meminta wang tebusan atau (mempunyai) sebarang hubungan (dengan mangsa)," katanya.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif Jakara Movement, sebuah pertubuhan komuniti Punjabi Sikh di tengah California, Naindeep Singh berkata, empat sekeluarga itu diculik dari stesen minyak dan kedai serbaneka yang mereka usahakan. Katanya, kehilangan keluarga itu dimaklumkan saudara-mara mereka.​

1664969941628.png
 
Empat Sekeluarga Mangsa Culik Di Temukan Mati

07.10.2022 - Los Angeles, Bayi perempuan, ibu bapa dan bapa saudaranya ditemukan mati di sebuah dusun di tengah California, dua hari selepas empat sekeluarga itu diculik dari premis perniagaan mereka, kata polis.

"Kebimbangan terburuk kita sudah disahkan," kata Syerif Kaunti Merced, Vern Warnke pada sidang media, malam Rabu.

Warnke berkata, mangsa berada rapat antara satu sama lain ketika ditemukan pekerja dusun berhampiran dengan bandar Dos Palos, kira-kira 50 kilometer di selatan Merced, lokasi keluarga itu diculik pada Isnin lalu. Beliau berkata, pihaknya percaya keluarga itu dibunuh sebelum saudara-mara membuat laporan berhubung kehilangan empat sekeluarga itu pada Isnin. Berita buruk itu selepas pihak berkuasa pada Rabu mengeluarkan video pemantauan yang menunjukkan suspek lelaki yang dipercayai menculik bayi lapan bulan, Aroohi Dheri: ibunya, Jasleen Kaur, 27: bapa, Jasdeep Singh, 36: dan bapa saudaranya, Amandeep Singh, 39.

Warnke berkata, tiada permintaan mengenai wang tebusan. Menurutnya, ahli keluarga sudah dimaklumkan mengenai penemuan mayat mangsa. Dalam pada itu, pihak berkuasa berkata, penculik cuba membunuh diri sehari selepas melakukan penculikan itu. Suspek, Jesus Salgado, 48, kini dalam keadaan kritikal dan sudah ditahan polis. Media sebelum ini melaporkan empat beranak itu diculik dari premis perniagaan keluarga itu di Merced, bandar yang mempunyai 86,000 penduduk di tenggara San Francisco.

Dalam laporan lain, AP melaporkan suspek pernah bekerja untuk perniagaan trak keluarga terbabit dan mempunyai perselisihan berpanjangan dengan mereka.​

1665160892427.png
 
Back
Top
Log in Register