BTC USD 62,356.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Empat maut kereta masuk parit

oldtbone

Legendary Member
gem
Messages
17,323
Joined
May 25, 2012
Messages
17,323
Reaction score
3,695
Points
191
masukparit_1562142249.jpg

EMPAT sekeluarga maut selepas kereta Perodua Viva dinaiki mereka terbabas ke dalam parit di Kilometer (KM) 55 Jalan Klang-Telok Intan, Kuala Selangor, hari ini. FOTO ihsan pembaca.





EMPAT sekeluarga maut selepas kereta Perodua Viva dinaiki mereka hilang kawalan sebelum terbabas ke laluan bertentangan dan memasuki parit di Kilometer (KM) 55 Jalan Klang-Telok Intan, Kuala Selangor, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Md Asri A Wahab berkata, dalam kejadian 1.30 tengah hari itu, semua yang berada di dalam kenderaan terbabit meninggal dunia di lokasi kejadian.

Menurutnya, mangsa dikenali sebagai Ahmad Awang, 56, Norriyah Mohd Zain, 61, Hayati Mohd Zain, 57, dan Khmisah Salleh, 87.

“Kejadian dipercayai berlaku apabila kereta terbabit dari arah Klang menghala ke Telok Intan.

“Kereta dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke arah bertentangan dan masuk ke dalam parit menyebabkan semua mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian," katanya kepada Harian Metro.

Beliau berkata, jenazah semua mangsa dibawa ke Hospital Tanjong Karang untuk bedah siasat pada 4 petang ini.







sumber: https://www.hmetro.com.my/utama/2019/07/471703/empat-maut-kereta-masuk-parit







.
 
Innalillahi wainna ilaihirojiun.
semoga roh2 mereka ditempatkan
dikalangan org yg beriman...
 
Innalillahi wainna ilaihirojiun.

semoga roh2 mereka ditempatkan
dikalangan org yg beriman.
 
Back
Top
Log in Register