BTC USD 82,589.2 Gold USD 4,118.02
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Empat jenis lelaki ke NERAKA

girlsilver

Legendary Member
gem
Messages
10,764
Paid Membership
Joined
Dec 1, 2009
Messages
10,764
Reaction score
202
Points
123
Empat jenis lelaki yang akan diheret ke neraka oleh wanita

Pertama: Ayahnya


Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak mempedulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya.
Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.....tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya.

Kedua: Suaminya


Apabila seorang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram,
apabila suami mendiam diri......walaupun dia seorang alim (solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal) maka dia akan ditarik oleh isterinya.

Ketiga: Abang-abangnya


Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh pula ke abang-abangnya.....jikalau mereka hanya mementing
keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM....tunggulah tarikan adiknya di akhirat.

Keempat: Anak Lelakinya

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari Islam,
maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak.......nantikan tarikan ibunya.

Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat...maka kaum
lelaki yang bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka yang sebenar. Tidak silap, firman ALLAH S.W.T:- "HAI ANAK ADAM PERIHARALAH DIRI KAMU SERTA AHLIMU DARI API NERAKA, DI MANA BAHAN PEMBAKARNYA IALAH MANUSIA DAN BATU-BATU....." Hai wanita, kasihankan ayah anda, suami anda, abang-abang anda serta anak-anak lelaki anda...kesiankanlah mereka dan diri kamu sendiri......jalankan perintah ALLAH S.W.T. dengan bersungguh-sungguh dan dengan ikhlas..

Akhir kata,
marilah kita berdoa agar kita semua terselamat dari ditarik dan tertarik....oleh mana-mana pihak? Harga seseorang muslim adalah sangat berharga.
ALLAH S.W.T. nilaikan seseorang muslim dengan SYURGA... semua kaum muslim masuk syurga..... janganlah kita membuang atau tidak mengendah janji ALLAH S.W.T. SEMOGA KITA SEMUA TERGOLONG DARI AHLI SYURGA YANG MEMASUKINYA TANPA HISAB. AMIN..... YA RABBALALAMIN.
​
 
Allah Maha Adil.. Nya menjadikan lelaki sebagai pemimpin kaum wanita sebab tau kaum hawa nie lemah.. Allah xkan biarkan kaum yang lemah ini sesat tanpa bimbingan seorang lelaki.. daripada tanggungjawab seorang ayah, turun kepada seorang abg, seterusnya kepada seorang suami dan anak lelaki.. Oleh itu muslimah sekalian patutnya bersyukur dan tidak merungut tentang sukarnya menjadi seorang perempuan.. Subhanallah..
 
wanita beruntung....

perlu taat pada suami je....
 
bagaimana dengan laki orang (suami) yang dah ada isteri , pergi main isteri orang lain, masuk syurga ke atau camane ?
 
Back
Top
Log in Register