balqis07
CG Top Poster Club

- Messages
- 30,953
Paid Membership
- Joined
- Jan 27, 2010
- Messages
- 30,953
- Reaction score
- 294
- Points
- 136
HARBIN - CHINA. Tiga orang awam cedera ringan manakala seorang lagi cedera parah selepas terjatuh ke dalam sebuah lubang yang muncul secara tiba-tiba di sebuah perhentian bas, Sabtu lepas.
Menurut South China Morning Post, fenomena 'sinkhole' atau lubang yang muncul secara tiba-tiba tersebut 'biasa terjadi' di bandar Harbin.
Difahamkan, lubang tersebut mempunyai kedalam dua meter.
Sebuah rakaman dari kamera litar tertutup tersebar di laman video Youku (youtube versi China) dan juga dimuatnaik oleh agensi berita Xinhua.
Pelayar laman sosial yang menonton rakaman berkenaan menggesa majlis tempatan mebaiki lubang tersebut secepat mungkin bagi mengelak sebarang kecelakaan.
Bagaimanapun, lubang tersebut kini sedang dibaiki.