BTC USD 63,599.2 Gold USD 4,342.47
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Empat cedera dalam nahas roller-coaster di AS

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
du_05.1.jpg


TWITTER
BEBERAPA penumpang terperangkap ketika mereka menaiki roller-coaster di Taman Tema Six Flags Magic Mountain, Valencia kelmarin.

SANTA CLARITA, Amerika Syarikat (AS) - Sebuah roller-coaster melanggar dahan sepohon pokok di Taman Tema Six Flags Magic Mountain, Valencia di sini menyebabkan empat penumpang cedera, kata pihak berkuasa kelmarin.

Penyelia di Jabatan Bomba Daerah Los Angeles, Michael Pittman berkata, roller-coaster itu merempuh dahan pokok tersebut pada kira-kira pukul 5.30 petang waktu tempatan.

Imej-imej televisyen menunjukkan sebuah gerabak penumpang kelihatan tergantung di bawah trak roller-coaster itu.

Anggota-anggota bomba dan pekerja penyelenggaraan taman itu kemudian memindahkan para penumpang yang terperangkap di dalam gerabak tersebut.

Beberapa penumpang terperangkap hampir tiga jam selepas nahas itu berlaku.

Pittman berkata, para penumpang itu terperangkap pada ketinggian enam sehingga sembilan meter lebih sejam selepas insiden tersebut terjadi. - AP
 
Back
Top
Log in Register