BTC USD 65,617.5 Gold USD 4,434.38
Time now: Jun 1, 12:00 AM

ElewsMart kena pecah masuk

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
26,239
Joined
Dec 6, 2010
Messages
26,239
Reaction score
1,659
Points
201


RAKAMAN CCTV menunjukkan dua lelaki memakai topi keledar memasuki kedai serbaneka milik pendakwah bebas terkenal, Ustaz Ebit Lew di Dataran Villa Putra, Sungai Buloh, awal pagi tadi.


Sungai Buloh: Tidak sampai tiga bulan beroperasi, kedai serbaneka milik pendakwah bebas terkenal, Ustaz Ebit Lew di Dataran Villa Putra, di sini, Selangor, dipecah masuk penjenayah, awal pagi tadi.

Kejadian itu menyebabkan sebanyak RM3,600 wang tunai serta barangan jualan di premis itu hilang dilarikan penjenayah.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Superintendan Shafa'aton Abu Bakar berkata, pihaknya menerima laporan

kejadian itu daripada penolong pengurus kedai serbaneka berkenaan jam 8 pagi tadi.

"Hasil pemeriksaan dilakukan pengurus kedai serbaneka itu mendapati tingkap di bahagian dalam tandas terbuka dan mereka menemui besi penutup tingkap yang ditanggalkan.

"Antara barang yang dilaporkan hilang dalam kejadian itu adalah wang tunai berjumlah RM3,600, lima tin susu bayi, 72 coklat, 40 kotak plaster, 24 gula-gula serta panadol dengan jumlah keseluruhan kerugian dianggarkan lebih RM4,000," katanya.

Shafa'aton berkata, siasatan awal mendapati terdapat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di premis berkenaan menunjukkan dua suspek lelaki memasuki premis berkenaan dengan memakai topi keledar.

"Terdapat lima kesan cap jari berjaya ditimbulkan di lokasi kejadian. Setakat ini, tiada tangkapan dilakukan dan kes masih dalam siasatan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu boleh salurkan kepada kami dengan tampil atau menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Buloh untuk tindakan lanjut," katanya.

Sementara itu, Ebit Lew menerusi status dimuat naik di akaun Facebook miliknya semalam, menyuarakan kesedihannya selepas kedai itu dipecah masuk jam 3.30 pagi semalam oleh dua lelaki memakai topi keledar.

"Semoga Allah SWT memberi pelajaran padanya. Pohon doa semua biar semua jadi asbab kebaikan dan hidayah.

"Pasti ada rahmat di sebalik semuanya. Semua daripada Allah kembali padanya. Ya Allah ganjarkanlah atas musibah ini dan gantikanlah dengan sesuatu yang lebih baik," katanya.


== hmetro
 
Last edited:
Bertabah la ustaz. Allah nak bagi lebih dari tu nti.
 
perut buncit baru padan muka..
gi tandas x kluar2 najis..
 
nasik kau baik.
kalau tak kene lauk mcm tiger snook semalam
 
plaster panadol.

camne bole tinggal 3k dlm mesin cashier. fail btol
 
"Terdapat lima kesan cap jari berjaya ditimbulkan di lokasi kejadian. Setakat ini, tiada tangkapan dilakukan dan kes masih dalam siasatan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

jarang² dgr deme amek cap jari..
 
Back
Top
Log in Register