toyist83
Super Active Member
- Messages
- 9,344
- Joined
- Nov 11, 2010
- Messages
- 9,344
- Reaction score
- 12
- Points
- 65
KUALA LUMPUR: Elaun tetap perumahan di kalangan penjawat awam khususnya bagi gred 40 dan ke bawah perlu dikaji semula bagi menyesuaikan keadaan ekonomi semasa terutama bagi petugas di bandar raya ini.
Presiden Cuepacs, Datuk Omar Osman berkata, dengan elaun sebanyak RM180 sebulan untuk perumahan, ia dianggap sudah tidak lagi relevan pada masa kini apatah lagi kadarnya tidak pun berbeza mengikut kawasan, sekali gus menjadikan penjawat awam di bandar menanggung beban kos hidup lebih tinggi.
Menurut beliau, disebabkan tekanan itu juga ada penjawat awam di luar bandar sanggup menolak tawaran kenaikan pangkat gara-gara tidak mahu ditukarkan ke ibu pejabat di Kuala Lumpur yang memerlukan mereka berhadapan dengan perbelanjaan lebih besar.
“Mengikut perkiraan saya, elaun tetap perumahan ini tidak lagi diperhalusi sejak kira-kira 10 tahun lalu. Secara logiknya, sewa rumah sekarang pun mungkin sudah meningkat hampir sekali ganda berbanding sedekad lalu.
“Justeru, saya berharap elaun ini dapat dinaikkan pada kadar bersesuaian dengan kos hidup sekarang kerana sewa rumah di Kuala Lumpur memang membebankan termasuk golongan muda yang baru bekerja,” katanya.
Omar berkata, kerajaan juga seharusnya memperluaskan pembinaan kuarters yang ketika ini hanya terhad untuk bidang kerja tertentu seperti kakitangan hospital dan polis.
Katanya, Cuepacs sendiri pernah menerima aduan daripada penjawat awam yang memohon supaya kuarters dapat diperluaskan kerana tidak tahan menanggung beban sewa rumah yang terlalu tinggi di ibu kota.
Malah, menurutnya, golongan muda yang baru mula bekerja di sektor awam menerima tekanan paling hebat kerana gaji permulaan mereka pastinya rendah
Pak Omar ni, kalau nak mintak, mintak la utk semua..
Gred sokongan : RM300.00
Gred 41 : RM450.00
Gred 44 : RM600.00
Gred 48 : RM800.00
Harap ada announce masa bajet 2013 nanti, tp harapan amat tipis..
