BTC USD 63,182.0 Gold USD 4,475.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Eksport Malaysia lebih tinggi

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120

image.jpg

Eksport Malaysia bagi Disember 2013 naik 14.4 peratus, jauh lebih tinggi berbanding pertumbuhan eksport pada bulan sebelumnya.

image.jpg

Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia


EKSPORT Malaysia mencatatkan pertumbuhan sihat, dengan peningkatan 14.4 peratus bagi Disember 2013, jauh melebihi pertumbuhan 6.7 peratus pada bulan sebelumnya, serta lebih tinggi berbanding jangkaan 10 peratus diletakkan pemerhati, menurut Kenanga Research.

Firma penyelidikan itu berkata, sepanjang tahun lalu, eksport naik 2.4 peratus berbanding 0.7 peratus pada 2012, disebabkan permintaan tinggi dari Asia.

Pemulihan ekonomi berterusan di Amerika Syarikat (AS) dan sebahagian daripada Eropah juga menyebabkan kenaikan dalam eksport barangan elektrik dan elektronik serta komoditi perlombongan.

Sementara itu, menurut Kenanga Research, pasaran import juga berkembang tujuh peratus bagi tahun lalu berbanding 5.8 peratus pada 2012.

"Pertumbuhan import lebih tinggi daripada eksport menyebabkan lebihan dagangan mengecil kepada RM70.6 bilion pada 2013 daripada RM96 bilion pada 2012, sementara jumlah keseluruhan dagangan naik 4.6 peratus pada 2013 berbanding tiga peratus pada 2012.

"Melihat kepada destinasi eksport bagi Disember 2013, eksport ke China naik sebanyak 37.3 peratus, diikuti kenaikan 21.4 peratus ke Singapura dan peningkatan eksport 3.5 peratus ke Jepun," menurut firma itu dalam nota penyelidikannya, semalam.

Selain peningkatan dari rakan dagang serantau, eksport ke AS juga kembali berkembang sebanyak 1.6 peratus pada Disember 2013 selepas mengalami penguncupan selama 10 bulan sebelum itu.

Menurut Kenanga Research, sepanjang 2013, eksport ke negara Asean berkembang 7.2 peratus, dan Asean merangkumi 28 peratus pasaran eksport Malaysia, berbanding 26.8 peratus pada 2012.

Pertumbuhan ini disebabkan permintaan petroleum bertapis, elektrik dan elektronik serta mesin berat.
Eksport ke China naik 9.2 peratus

China kekal menjadi rakan dagang terbesar Malaysia, dengan eksport mengembang 9.2 peratus, didorong oleh penjualan produk elektrik dan elektronik, yang merangkumi 41.5 peratus daripada jumlah eksport, dan barangan perlombongan.

Eksport ke beberapa negara Kesatuan Eropah (EU) pula meningkat lima peratus, juga didorong barangan elektrik dan elektronik.

Menurut Kenanga Research, melihat kepada haluan pertumbuhan ekonomi dunia, momentum pada 2013 diharap berterusan ke tahun ini, sekali gus meningkatkan lagi eksport.

"Bersama-sama pertumbuhan dalam pelaburan domestik dan perbelanjaan, kami melihat ekonomi tahun ini akan lebih baik.

"Namun, kami juga perlu mengambil kira ketidaktentuan dalam ekonomi berhubung pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST)yang dijadualkan pada April 2015.

"Jadi, kami menjangka Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) akan berkembang antara lima dan 5.5 peratus tahun ini," menurut firma itu.

Sementara itu, Maybank Investment Bank Research (Maybank IB) mengunjurkan eksport Malaysia berkembang 5.9 peratus tahun ini dan import sebanyak lapan peratus.

Menurut Maybank IB, kenaikan bahagian pasaran Asean dalam eksport Malaysia kepada 28 peratus juga disumbangkan kepada lebih banyak jaringan antara syarikat di rantau ini serta aktiviti di sempadan.

"(Bahagian pasaran Asean dalam eksport Malaysia) dijangka terus meningkat apabila Komuniti Ekonomi Asean menjadi realiti pada 2015.

"Eksport lebih tinggi juga dapat dilihat daripada rakan perdagangan bebas Malaysia iaitu Australia, China, Korea, Chile dan New Zealand," menurut Maybank IB.
 
Back
Top
Log in Register