ZONDA
Legendary Member

- Messages
- 14,904
- Joined
- Feb 8, 2011
- Messages
- 14,904
- Reaction score
- 46
- Points
- 120
(Dari kiri) Md Silmi, Pengarah Projek, Safinah Yaakob, Pengerusi Penganjur Herba Asia 2014, Datuk Daus Daros dan Mohd Noor selepas sidang media di pejabat PPIPMM di Kuala Lumpur, semalam.
PAMERAN Perdagangan Antarabangsa Herbal Asia 2014yang ke-8 dijangka menjana jualan RM15 juta sepanjang pameran itu berlangsung pada 4 hingga 6 September ini.
Timbalan Pengerusi Koperasi Matrade (Coop Matrade) yang juga penganjur bersama, Md Silmi Abd Rahman berkata, ekspo sebelum ini telah mencatatkan jualan RM1 juta hingga RM5 juta dan tahun ini, jumlah itu dijangka meningkat sehingga tiga kali ganda.
"Kami jangkakan penyertaan 400 tapak pameran daripada usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding 350 pada tahun sebelumnya, yang mana 80 peratus adalah PKS tempatan dan selebihnya antarabangsa.
"Bagi membantu menyumbang kepada jualan tahun ini, kami turut membawakan pembeli antarabangsa ke pameran ini, sekali gus membantu meningkatkan jualan," katanya selepas sidang media pameran itu di pusat konvensyen dan pameran Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) Kuala Lumpur, semalam.
Menurutnya, pameran kali ini menumpukan kepada bahan-bahan hijau, kosmetik herba dan produk organik.
Katanya, perkembangan industri herba antarabangsa telah menunjukkan impak positif terhadap pasaran bagi produk herba dalam negara, menerusi pameran ini akan membuka peluang perniagaan, sekali gus menjadikan negara sebagai hab herba.
Sementara itu, mengulas berhubung anggaran kerajaan yang menjangkakan industri herba menyumbang RM3.25 bilion menjelang 2020, Pengerusi Penganjur merangkap Setiausaha Agung Persatuan Pengilang dan Industri Perkhidmatan Bumiputera Malaysia (PPIPBM) Datuk Dr Mohd Noor Ali Akbar berkata, pihaknya yakin untuk mencapai sasaran itu didorong oleh jumlah ahli seramai 10,462 yang mana 20 peratus daripada industri herba tempatan.