BTC USD 63,533.9 Gold USD 4,463.37
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Eksklusif: Penempatan purba ditemui

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
pix_gal1


pix_gal2


Penemuan artifak lengkap bukti wujud kediaman awal manusia di Bukit Tunggal

KUALA PILAH: Sebuah penempatan purba dipercayai antara yang lengkap di negeri ini ditemui di kawasan hutan Bukit Tunggal, berhampiran bandar diraja Seri Menanti dekat sini, dengan antara artifak ditemui termasuk tapak kaki manusia dan batu giling pada batu.
Berbeza dengan artifak sedia ada yang agak terhad di negeri ini seperti batu megalith, penempatan ini lengkap dengan pelbagai artifak yang dibuat menggunakan batu sungai di situ.

Wartawan Berita Harian turut menyertai ekspedisi diketuai aktivis sejarah yang juga pensyarah kanan Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Muhammad Pauzi Abd Latif dan penduduk tempatan ke penempatan itu dengan berjalan kaki dari Kampung Jumbang, kira-kira lima kilometer dari Seri Menanti.

Selepas perjalanan hampir sejam melalui hutan tebal sejauh dua kilometer akhirnya tiba di penempatan itu di kawasan jeram Sungai Jumbang yang dipanggil penduduk tempatan sebagai Bukit Tunggal setinggi 262 meter dari paras laut.

Antara artifak menunjukkan kewujudan penempatan di situ, termasuk batu hampar yang unik kerana mempunyai dua batu kecil di bawah sebagai alas supaya rata.

sumber: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Eksklusif_Penempatanpurbaditemui/Article
 
Back
Top
Log in Register