EKONOMI : Apa Yang Harus Anda Tahu

CG Sponsors




ahmades

Fun Poster
Joined
Dec 23, 2009
Messages
496
Reaction score
38
Points
20
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Sepertimana dijanjikan oleh saya, Alahmdulillah, Allah Yang Maha Esa memberikan jua masa-NYA kepada saya untuk melanjutkan :

PROGRAM KEJAYAAN BERSAMA HPA ONLINE​

Terima Kasih diucapkan kepada Carigold untuk fasaliti percuma ini. Terima Kasih.

Untuk thread ini, saya akan mengupas kandungan bab pertama ebook saya, Resepi Kejayaan Bersama HPA yakni bahagian Pengenalan.

Bahagian ini memaparkan elemen yang tersangat penting, penting bagi :

1# Pengamal MLM
2# Penggiat FOREX
3# Usahawan
4# Peniaga
5# Pemasaran


Memahami apakah yang diperkatakan dengan :

EKONOMI​

Dan kenapakah kita perlu memahaminya. Sebelum saya menghurai lanjut, memandangakan saya adalah tuan tanah dalam thread ini saya berharap agar peraturan dibawah dapat diikuti oleh semua pihak :

1# Thread ini adalah dibuka kepada semua orang. Saya percaya Ilmu adalah sesuatu yang sangat perlu dikongsi oleh semua pihak. Saya menginginkan anda memahami sesuatu perkara untuk anda berjaya dengan apa yang anda usahakan, tidak kira apa pun.

2# Thread ini TIDAK AKAN MEMPROMOSI KUMPULAN HPA AHMADES. Ianya diwujudkan khusus untuk membincangkan kandungan ebook karangan saya sendiri yakni Resepi Kejayaan Bersama HPA. Buku ini adalah percuma, dapatkan melalui downline saya disini. (anda perlu menjadi ahli kumpulan hpa ahmades untuk mendapatkan buku ini)

3# JANGAN SESEKALI QOUTE SEMUA POST! Cukup sekadar qoute perenggan yang tidak difahami sekiranya anda ingin bertanya tentang perkara berkenaan.

4# JANGAN SESEKALI MENGGUNAKAN AYAT SMS! Sebarang pertanyaan yang menggunakan ayat SMS adalah tidak dilayan. Saya bersungguh inginkan anda tahu, anda pula tidak bersungguh bila hendak bertanya kepada saya.

5# Peraturan akan ditambah dari masa ke semasa, mengikut keperluan.

Saya harap, perbincangan ini akan memberikan manfaat kepada anda semua. Semoga Allah Yang Maha Esa memberikan kita kelapangan dada untuk menerima ilmu-NYA, dan semoga anda berjaya dengan apa yang anda usahakan.

Terima Kasih.
 
Sponsored Post

Kehidupan

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Jan 11, 2008
Messages
25,111
Reaction score
217
Points
123
kalau bincang sini nampak macam bias je kelak....

better bincang kat thread HPA kot...

sekadar cadangan je...
 

insyi©

CG Top Poster Club
Joined
Mar 1, 2008
Messages
28,101
Reaction score
177
Points
123
2# Thread ini TIDAK AKAN MEMPROMOSI KUMPULAN HPA AHMADES. Ianya diwujudkan khusus untuk membincangkan kandungan ebook karangan saya sendiri yakni Resepi Kejayaan Bersama HPA. Buku ini adalah percuma, dapatkan melalui downline saya disini. (anda perlu menjadi ahli kumpulan hpa ahmades untuk mendapatkan buku ini)
ayat ini sebenarnya SECARA TERSEMBUNYI telah mempromosikan group HPA TT di sebalik mempromosikan buku karangan TT sendiri.....

hidden agenda....

dan bagi saya...tak perlu nak compare pun antara penggiat MLM, forex mahupun kerjaya lain dari sudut penjanaan ekonomi sendiri mahupun negara...kecualilah TT ni bukan penggiat mana2 MLM, atau forex dan lain lain
 

ahmades

Fun Poster
Joined
Dec 23, 2009
Messages
496
Reaction score
38
Points
20
Asas Ekonomi

Apakah EKONOMI?

Banyak istilah mengenai pengenalan ekonomi. Ada yang mengatakan ekonomi adalah Pembudayaan Infrastrutur. Ada juga yang menyatakan ianya adalah Budaya Siapa Berusaha, Dia Dapat. Pelbagai jenis andaian keluar dari pelbagai jenis minda.

Merujuk kepada Wikipedia Bahasa Melayu :

Ekonomi (Economy) (daripada bahasa Greek οίκος [oikos], 'rumah', and νέμω [nemo], 'peraturan,' iaitu "pengurusan rumah tangga") merupakan satu cabang sains sosial yang mengkaji pembahagian sumber yang terhad untuk memenuhi kehendak manusia. Ini termasuklah kajian tentang pengeluaran dan penggunaan melalui pembolehubah yang dapat diukur, meliputi analisa pengeluaran, pengedaran, dan penggunaan barang dan perkhidmatan.
Sebenarnya, ramai orang mempunyai pandangan yang amat salah apabila cuba menakrifkan apakah dia EKONOMI. Fahaman dan Falsafah wujud di merata tempat mengenai EKONOMI.

Sebenarnya, EKONOMI atau EKO-NOMI adalah proses dimana wang melalui beberapa kitaran melalui prosedur jual dan beli. Perkataan EKO itu sendiri membawa istilah kitaran, NOMY adalah merujuk kepada MONEY. Jadi ekonomi adalah melibatkan pergerakkan wang melalui kitaran jual dan beli.


Bagaimana Ekonomi Bergerak?

Sekarang, bayangkan didalam minda anda. Anda sedang memegang sekeping wang kertas RM1.00. Bayangkan yang anda...

1# Haus sangat, anda pergi ke kedai untuk membeli setin air bikarbonat. Maka akan memberikan RM1.00 kepada Pakcik Kedai. Tukarannya adalah setin air bikarbonat. Sekarang wang itu sudah dipegang oleh Pakcik Kedai.

2# Pakcik Kedai memerlukan stok ubat gigi, kerana stok didalam kedai sudah habis. Pakcik Kedai menggunakan RM1.00 untuk mencukupkan bayaran kepada Pengedar Ubat Gigi. Tukarannya adalah sejumlah stok ubat gigi. Sekarang, wang itu sudah dipegang oleh Pengedar Ubat Gigi.

3# Pengedar Ubat Gigi perlu mendapatkan stok daripada kilang, maka ianya menggunakan RM1.00 untuk mencukupkan bayaran bagi mendapat stok untuk pengedaran seterusnya. Tukarannya adalah stok ubat gigi bagi tujuan pengedaran. Sekarang, wang itu sudah dipegang oleh Kilang Ubat Gigi.

4# Kilang Ubat Gigi perlu mendapatkan bahan mentah dari pengusaha daun pudina untuk produk ubat giginya. Kilang berkenaan menggunakan RM1.00 untuk mencukupkan bayaran bagi mendapatkan bahan mentah berkenaan. Tukarannya adalah bahan mentah daun pudina. Sekarang, wang tersebut sudah dipegang oleh Pengusaha Daun Pudina.

5# Anda bekerja dengan Pengusaha Daun Pudina, akhir bulan sudah sampai. Gaji akan masuk. Pengusaha Daun Pudina menggunakan RM1.00 untuk mencukupkan gaji anda pada bulan tersebut. Tukarannya adalah perkhidmatan anda kepada Pengusaha Daun Pudina. Maka, anda pula memegang duit RM1.00 tersebut.


Apa yang kita boleh huraikan dari kronologi yang diberikan?

1# EKONOMI memerlukan Jual-dan-Beli untuk bergerak
2# EKONOMI memerlukan tukaran diantara dua benda untuk bergerak
3# EKONOMI memerlukan pihak yang saling melengkapi untuk sentiasa bergerak.


Jual-Dan-Beli

Manusia menjual sesuatu, dan memerlukan sesuatu. Kemahiran manusia adalah terbatas dengan beberapa kemampuan yang boleh dilakukannya. Maka untuk memenuhi batas kemampuannya, manusia perlu menukarkan dengan sesuatu yang diperlukan oleh manusia lain, terhadap dirinya.

Seperti contoh kronologi yang diberikan, anda memerlukan air tin. Anda tidak boleh, atau tidak berkemampuan untuk menghasilkan air tin. Maka untuk anda ingin menikmati air tin, keperluan untuk anda adalah menggunakan wang sebagai perantaraan tukaran kepada air tin berkenaan. Ini di panggil Beli.

Begitu juanya dengan wang. Anda perlukan wang untuk memenuhi tukaran yang ingin dilakukan. Mendapatkan wang memerlukan anda bekerja. Bila anda berkerja di satu-satu organisasi, anda sebenarnya sedang menjual perkhidmatan anda dengan tukarannya adalah wang. Ini adalah Jual.

Jual-dan-Beli adalah hukum yang harus berlaku didalam sistem ekonomi. Tanpa belakunya Jual-dan-Beli, sistem ekonomi akan menjadi tidak stabil dan akan meruntuhkan sistem berkenaan. Inilah yang dipanggil Kejatuhan Ekonomi.

Saya akan sambung semula penerangan saya. Ada soalan?
 

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
153,404
Reaction score
21,051
Points
1,671
macam mana jika ingin menyertai peluang perniagaan HPA ini?
 

ahmades

Fun Poster
Joined
Dec 23, 2009
Messages
496
Reaction score
38
Points
20
kalau bincang sini nampak macam bias je kelak....

better bincang kat thread HPA kot...

sekadar cadangan je...
Terima kasih atas cadangan ini. :)

Kalau moderator berpendapat thread ini tidak sesuai disini, maka saya memohon agar thread ini dipindahkan.


ayat ini sebenarnya SECARA TERSEMBUNYI telah mempromosikan group HPA TT di sebalik mempromosikan buku karangan TT sendiri.....

hidden agenda....

dan bagi saya...tak perlu nak compare pun antara penggiat MLM, forex mahupun kerjaya lain dari sudut penjanaan ekonomi sendiri mahupun negara...kecualilah TT ni bukan penggiat mana2 MLM, atau forex dan lain lain
Terima kasih untuk teguran ini :)

Saya mengakui, tetap ada hidden agenda. Tetapi saya menafikan yang saya sedang membandingkan mana-mana pengiat MLM atau Forex atau sebagainya. Saya tidak pernah membadingkannya. Dan tidak akan membandingkannya.

Betul, saya adalah penggiat MLM. Tapi bagaimanapun saya tidak akan mengeluarkan ayat promosi dalam thread ini. Kerana thread ini adalah khusus untuk saya bincangkan mengenai tajuk yang telahpun saya kemukakan. Tidak akan ada urusan jual beli didalam thread ini. Tidak ada sebarang pertanyaan ataupun jawapan pertanyaan mengenai MLM yang saya bawa melalui thread ini.

Tetapi, kalau anda merasakan yang saya sedang mempromosikan sesuatu, maka saya berharap agar moderator dapatlah meletakkan thread ini ditempat yang sesuai.

Saya memilih ruangan Formal Discussion / Debate untuk saya memulakan huraian mengenai buku saya. Dan saya berharap agar huraian ini bermanfaat untuk semua.:)
 

CikSukan

Blogger Moderator
Joined
Aug 19, 2006
Messages
9,946
Reaction score
580
Points
111
ayat ini sebenarnya SECARA TERSEMBUNYI telah mempromosikan group HPA TT di sebalik mempromosikan buku karangan TT sendiri.....

hidden agenda....

dan bagi saya...tak perlu nak compare pun antara penggiat MLM, forex mahupun kerjaya lain dari sudut penjanaan ekonomi sendiri mahupun negara...kecualilah TT ni bukan penggiat mana2 MLM, atau forex dan lain lain
yer setuju - ada makna ni, hidden agenda. Kalaulah saya boleh moved thread ni, dah lama dah edit tajuk dan hantar ke section sepatutnya 8->

Tajuk: EKONOMI : Apa Yang Harus Anda Tahu - Thread suppose macam belajar di U iaitu berkisar pasal ilmu ekonomi macro dan micro.:)cgrock
 

ahmades

Fun Poster
Joined
Dec 23, 2009
Messages
496
Reaction score
38
Points
20
Asas Ekonomi (Sambungan)

Ini adalah sambungan dari post terdahulu.

Tukaran diantara dua benda

Jika anda tidak bekerja, adakah anda akan memperolehi wang? Semestinya tidak. Begitu juanya sekiranya seorang penjual yang tidak menjual, sudah tentu ianya tidak dapat memperolehi wang.

Untuk memperolehi wang, anda mesti menukarkannya dengan sesuatu yang diingini oleh orang lain terhadap diri anda. Begitu juga sebaliknya.

Contoh mudah, bila anda berkerja di sesebuah syarikat, maka diakhir bulan anda akan dibayar gaji oleh pemilik syarikat berkenaan. Pertukarannya adalah khidmat dan kepakaran anda yang dijual oleh anda kepada syarikat anda. Bayaran kepada anda adalah wang yang diterima tiap-tiap bulan.

Tidak mungkin pemilik syarikat mempunyai semua kepakaran dalam untuk mengendalikan permintaan pasaran. Maka, untuk membolehkan syarikat menyediakan perkhidmatan yang boleh memenuhi kehendak pasaran, syarikat perlu menggunakan khidmat-khidmat mereka yang berkepakaran dalam hal-hal yang tertentu, yang dikehenadaki dalam melincinkan operasi syarikat.

Khidmat-khidmat berkenaan dibeli oleh syarikat daripada orang-perseorangan yang mana bayaran kepada pembelian berkenaan adalah gaji yang diterima orang-perseorangan berkenaan pada tiap-tiap bulan. Orang-perseorangan, samada akauntan, jurutera, pembantu teknikal dan lain-lain menjual khidmat mereka kepada syarikat dengan bayarannya adalah dalam bentuk gaji yang diterima tipa-tiap bulan.

Mereka menukarkan wang kepada khidmat atau kepakaran, dan khidmat dan kepakaran kepada wang. Maka disini, berlakulah lingkaran ekonomi diantara pembeli dengan penjual yang saling menukarkan sesuatu dengan yang lain, menggunakan wang sebagai perantaraan tukaran.


Pihak yang saling melengkapi.

Bagaimana kalau dalam keyboard tidak terdapat perkataan 'A'? tentu sukar untuk mengarang ayat bukan? Begitu juanya dengan ekonomi. Didalam ekonomi, perlu ada pihak yang saling melengkapi diantara satu dengan yang lain.

Sebagai contoh, kilang ubat gigi. Ramuan membuat ubat gigi memerlukan :

1# Florida
2# Pudina
3# Klasium
4# Bahan cuci

Banyangkan kalau kilang ubat gigi gagal mendapatkan bekalan Florida, bagaimana untuk di menghasilkan ubat gigi berkenaan untuk pasaran seterusnya?

Andaikan kilang mempunyai semua ramuan berkenaan, tetapi tiada tenaga kerja untuk menghasilkan ubat gigi. Bagaimana untuk kilang ini dapat memghasilkan ubat gigi tanpa pekerja?

Andaikan kilang ini lengkap dengan pekerja dan ramuan, tetapi tiada unit akuan. Bagaimana kilang ini untuk meneruskan operasi tanpa pemantuan akaun mengenai keluar-masuk modal perniagaan?

Begitulah gambarannya. Anda melihat disini, keperluan untuk saling melengkapi adalah satu keutamaan untuk proses perjalanan ekonomi. Andaikan pula kilang ubat gigi adalah lengkap dan sudahpun mengeluarkan produk ubat gigi, tetapi tiada pula pengedar. Bagaimana ubat gigi berkenaan untuk berada didalam pasaran kalau tiada pengedar?

Dan, andaikan pula pengedar itu ada, produk pula sudah berada didalam pasaran. Pada masa itu, pembeli pula tiada, bagaimana produk ini dapat terjual kalau tiada pembeli?

Andaikan lagi, pembeli sudah ada, tetapi sedikit...alahai... Maka usaha seterusnya adalah proses pemasaran. Kena lakukan sedikit pengiklanan. Agen pengiklanan (cth: Surat Khabar, TV, Radio, Internet, dsb) pula tiada, bagaimana untuk melaksanakan proses pemasaran kalau ajen pengiklanan tiada?

Andaikan lagi, ajen pengiklanan sudah ada, tetapi tiada pula designer yang boleh meletakkan tema dan imej kepada produk berkenaan. Bagaimana untuk menunjukkan imej dan tema didalam iklan kalau designer tiada?

Begitu jualah dengan proses-proses yang lain. Inilah sesuatu keperluan yang saling melengkapi diantara satu dengan yang lain. Perkara ini wujud disebabkan wujudnya permintaan.

Jika ada permintaan, maka disitu wujud keperluan. Maka akan wujud pula pihak yang akan melengkapi permintaan tersebut. Inilah proses ekonomi yang mudah difahami.

Saya akan sambung lagi. Ada soalan?

P/S : Kepada Cik Sukan, kalau rasa thread ini tidak bermanfaat diharap dapat ajukan aduan kepada admin. Terima Kasih. Dan satu lagi, sila ikuti perbincangan ini, anda akan tahu kenapa wujudnya ilmu ekonomi micro dan macro. Anda juga akan tahu kenapa ekonomi dunia boleh jadi kacau bilau.
 

ahmades

Fun Poster
Joined
Dec 23, 2009
Messages
496
Reaction score
38
Points
20
Kalau ibu bapa mempunyai anak yang tidak pandai metematik, maka mereka akan mencari kelas tuisyen yang boleh mengajarkan anak mereka tentang metematik.

Ibu bapa mencari kelas tusyen, maka ibu bapa berkenaan sedang meminta khidmat dari kelas tuisyen, atau orang-perseorangan untuk mengajarkan anak mereka subjek metematik.

Kelas tuisyen pula, akan membuat penawaran kepada ibu bapa berkenaan, menawarkan khidmat untuk mengajar anak mereka subjek metematik.

Kronologi diatas adalah hukum kepada ekonomi, yakni meminta dan menawar. Permintaan akan menghasilkan penawaran. Bila wujud permintaan, maka akan ada orang yang akan menawarkan khidmat mereka untuk memenuhi permintaan berkenaan.

Perkara yang senang faham. Contoh termudah adalah didalam carigold ini sendiri. Saya memberikan contohnya :

Ramai daripada user Carigold bermain forex. Mereka bermain forex untuk mencari pendapatan samping. Untuk bermain forex, mereka memerlukan broker yang boleh menguruskan proses jual beli matawang dengan sempurna.

Maka disini, akan wujud pelbagai broker yang menawarkan pelbagai jenis faedah dan kelebihan. Faedah dan kelebihan yang ditawarkan adalah wujud disebabkan oleh permintaan pelabur forex itu sendiri.

Ada broker yang menawarkan akuan swap free, ada yang menawarkan analisis percuma, dan pelbagai lagi jenis tawaran. Tawaran-tawaran ini adalah satu proses menawaran bagi membolehkan para broker bersaing diantara satu dengan yang lain bagi menawan hati bakal pengguna khidmat mereka.

Bagi pelabur pula, segala macam faedah dan kelebihan yang ditawarkan oleh broker adalah satu benda yang mesti ada dalam pertimbangan sebelum mula menggunakan khidmat berkenaan. Ada pelabur yang beragama Islam, maka kelebihan tawaran "swap free" diperlukan untuk mereka sebelum mula melabur.

Ada juga diantara pelabur yang mengiginkan keselamatan dana pelaburan mereka, maka pilihan mereka adalah dengan memilih broker yang mempunyai jaminan daripada suruhanjaya sekuriti agar sekiranya berlaku apa-apa, dana mereka akan dikembalikan.

Ada juga yang menginginkan keselamatan adal pelaburan jika internet terputus, misalnya terjadi "re-qoute". Maka kelebihan "no reqoute" diperlukan untuk mereka.

Secara ringkas...

Pelabur Forex : Adalah pengguna yang mempunyai wang, dan ingin terlibat dalam pelaburan matawang. Mempunyai permintaan untuk menggunakan khidmat orang tengah dalam mengendalikan urusan transaksi.

Broker : Terwujud, atau diwujudkan disebabkan permintaan dari Pelabur Forex yang menginginkan orang tengah bagi menguruskan transaksi pelaburan mereka.

Pelabur Forex : Terdapat banyak broker, mesti memilih diantara broker yang boleh menepati keperluan mereka, dan boleh menepati permintaan mereka. Permintaan yang akan wujud adalah jenis-jenis servis yang diperlukan oleh Pelabur mengikut kehendak pelabur berkenaan.

Broker : Akan membuat penawaran terhadap permintaan pelabur fores, dengan menyediakan servis-servis yang diperlukan mereka untuk Pelabur Forex berkenaan. Nilai tambah terhadap servis juga diperkenalkan agar Pelabur Forex dapat menggunakan khidmat broker berkenaan, sekaligus sebagai kelebihan broker berkenaan daripada pesaingnya.

Ini baru contoh Pelabur Forex (orang yang membuat permintaan) dengan Broker (mereka yang menwarkan khidmat untuk memenuhi permintaan berkenaan). Bagaimana dengan contoh yang lain, kereta?

Syarikat kereta mengeluarkan kereta mengkut spesifikasi permintaan. Jarang sekali kita tengok di atas jalan raya kereta yang diluar daripada spesifikasi yang diminta. Ada tetap ada, tetapi jarang. Contoh kereta dua alam, adakah permintaan untuk produk ini? Tetapi ianya tetap dicipta sebagai unit pengangkutan dan mungkin akan dikomersialkan, sekiranya berlaku permintaan.

Banyak orang pakai kereta. Macam-macam jenis kereta. Ada Cap Bintang, Ada Cap "Bring Me Women", dan pelbagai lagi cap yang wujud. Cap-cap yang wujud disebabkan oleh permintaan oleh pelanggan sendiri.

Bagi pelanggan yang permintaannya adalah jenis klasik dan tua-tua bergaya, mungkin kereta pilihannya adalah dari jenis cap Bintang. Atau anak-anak muda yang berjaya dalam bisnes, cap "Bring Me Women" akan menjadi pilihan kerana sesuai dengan jiwa muda yang seksi.

Maka syarikat-syarikat kereta akan mengeluarkan kereta, mengikut spesifikasi permintaan. Ada minta kereta kecil dan jimat minyak serta senang parking, maka wujudnya Daihatsu dan Perodua. Ada yang minta kereta yang laju-laju serta bargaya, maka wujudnya syarikat Ferarri. Macam-macam jenis permintaan akan mewujudkan macam-macam jenis syarikat.

Didalam ekonomi, perkara yang terpaling penting adalah dengan memanipulasi permintaan. Kebanyakkan orang yang berjaya dan mendapat kesenangan adalah dengan cara memanipulasi permintaan.

Memenuhkan permintaan dan memanupulasi permintaan adalah dua perkara yang berbeza. Memenuhkan permintaan adalah jika orang hendak kereta, maka syarikat akan wujud untuk menghasilkan kereta berkenaan. Itu dikatakan dengan memenuhi permintaan. Ayat ini selalui keluar dalam TV, Surat Khabar dan Radio.

Saya akan sambung pula, dan saya tidak akan taip lagi sehinggalah ada orang yang bertanya. Sebab kita akan masuk ke tajuk yang sangat best. Tajuk yang boleh buat duit, yakni Memanipulasi Permintaan.

Ada Soalan?
 
Sponsored Post
Top
Log in Register