BTC USD 64,831.0 Gold USD 4,434.38
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Eina Azman dan suaminya Kaiser Gurmit dapat anak kembar

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
166,601
Joined
Jan 13, 2009
Messages
166,601
Reaction score
22,873
Points
1,831
21anak1.transformed.jpg

EINAselamat melahirkan anak kembar pada 19 Februari lalu.

KUALA LUMPUR: Pelakon Eina Azman, 21, yang selamat melahirkan bayi kembar, Jumaat lalu, menjelaskan dia tidak berniat merahsiakan perkara itu kepada umum.

Eina memberitahu BH Online, dia dan suami, Datuk Paduka Kaiser Gurmit Abdullah sepakat merahsiakan kelahiran bayi kembar mereka kepada peminat dan keluarga.

"Sebelum ini, bukan niat saya merahsiakan sedang hamil anak kembar. Saya dan suami sebenarnya mahu membuat kejutan kepada semua pihak," katanya.

Malah, Eina berkata, ada antara ahli keluarganya tidak dimaklumkan mengenai berita gembira itu.

"Pada peringkat itu, kami fikir tidak manis untuk menghebahkan perkara terbabit terlalu awal," katanya.


21anak2.transformed.jpg

EINA selamat melahirkan anak kembar pada 19 Februari lalu.

Mengenai bayi kembarnya, Eina memberitahu, bayi lelaki seberat 2.8 kilogram dilahirkan pada jam 4.05 petang, Jumaat lalu. Ini diikuti bayi perempuan seberat 1.8 kilogram, seminit kemudian.

Biarpun masih kekok menggalas tanggungjawab sebagai ibu, namun kesakitan bersalin lenyap selepas menatap wajah comel dua anaknya.

"Saya sebenarnya dijadual bersalin secara pembedahan pada 19 Mac depan. Namun, saya tidak mahu mengambil risiko itu.

"Saya bersalin selepas hamil 37 minggu lima hari," katanya.


imageResize.ashx

eina.jpg


Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/126717
 
Jaga anak kembar ni mencabar sedikit. Harap tabah.
 
jgn buat penyataan x seronok bawa anak bercuti ye
 
Back
Top
Log in Register