BTC USD 85,450.0 Gold USD 4,208.81
Time now: Jun 1, 12:00 AM

[Edisi TNB] spin pertanyaan pengguna, alih2 delete thread.

jika tak ditekan atas akta/peruntukan mana tnb boleh caj pada pengguna tu sampai bila diorang buat. kena tekan kuat lagi baru menggelupur.

tapi aku yakin last2 menang kat dioran jugak. tiba2 akta baru lulus menang kat pihak diorang.
 
nampak gaya mcm tnb dah kena trap kat seksyen 24 akta tbb tu.

pandai bro sconsult pasang perangkap :))
 
die admin je..xsemestinye bab teknikal ni die tau..die jwb jla mcm gaya operator astro

yup betul tu..dia admin fb tnb careline je..macam biasa budak2 careline buat..jawab je selagi mampu walaupun apa dia jawab pun dia tak faham :eek:
 
Saya baru pm FB Hazura Ninggal (thread starter di FB TNB Careline tu) dan pelawa dia masuk ke CG. Harap2 dia dapat luangkan masa.

psst: saya ada tamu.
 
Diorang tu kerani jer... Yg jaga careline.. Tanya pasal bil bolehlah... Hmmm better email pada yang berkenaan.. Yg lebih mengetahui berhubung undang2 ni.
 
harap admin fb tnb tak sepondan admin fb dr romzey.. delete komen2 yg dirasa mengancam mereka.

kalau betul caj tu sah kami xkisah bayar walau tak suka..
 
huhuhuuhu.....

ghupernya dah lama den bayor caj ntah apo2 nie .....

tertindas dan terus di tindas ........
 
Saya yang post sebab kalau u all perasan ada satu caj extra dalam bil kita "Kumpulan Wang Tenaga Boleh Baharu" dan di caj kepada pengguna 1% setiap bulan dari jumlah penggunaan. Kalau ikutkan pemegang lesen tenaga yang kena bayar tetapi caj ini di bebankan pada pengguna. walaupun nampak murah 1% je, banyak tu lah TNB save payment yang patut dibayar oleh mereka. Bayangkan pejabat atau kilang yang beribu ribu penggunaan sebulan, 1% tu banyak. For us yang kediaman tu , RM1 pun kalau sedekah pada yang memerlukan lebih baik dan dapat pahala..



Staff TNB careline call, ingat kan nak explain, dia suruhkan kita cari maklumat sendiri, dan alasan TNB hanyalah orang tengah, agent kutipan bagi pihak kerajaan.

Thanks Bro Consult check dengan SEDA seperti dalam thread, TNB careline suruh kita check dengan SEDA, tapi SEDA tak tau apa apa... ha lepas ni lah thread ni kena delete.

Kena escalate higher ni.. sampai TNB buat penjelasan umum.
 
Back
Top
Log in Register