eboss
CG Hardcore

- Messages
- 85,650
Paid Membership
- Joined
- Nov 29, 2007
- Messages
- 85,650
- Reaction score
- 1,896
- Points
- 591
IPOH – Lebih kurang 15 peraih durian sekitar Taiping dan Kamunting melahirkan rasa tidak puas hati terhadap tindakan Majlis Perbandaran Taiping (MPT) yang sewenang-wenangnya merampas buah durian yang dijual di tepi jalan.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kurau, Kapten (B) Datuk Mohd Najmuddin Elias Al Hafiz berkata, ramai peraih durian merungut dan membuat aduan kepada beliau mengenai tindakan MPT.
Menurutnya, berikutan rampasan yang dibuat oleh MPT menyebabkan para peraih perlu menanggung kerugian ribuan ringgit.
“Sebagai pemimpin masyarakat, saya cukup prihatin dengan masalah yang dihadapi oleh peraih di sini walaupun jualan buah durian dilakukan pada bulan tertentu sahaja bukannya setiap hari ataupun setiap bulan, mereka terpaksa bergelut dengan ketegasan MPT.
“Saya bukan menyalahkan MPT tapi berharap syarat berniaga dapat dilonggarkan bagi memberi kemudahan kepada para peraih di sini mencari sumber pendapatan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini, semalam.
Najmuddin berkata, beliau tidak mahu masalah sebegini menjadi bebanan kepada para peraih bukan sahaja peraih buah-buahan malah peraih lain yang turut menjadikan bidang ini sebagai sumber pendapatan mereka.
Katanya, kelonggaran itu perlu memandangkan peraih durian tidak berniaga setiap hari tetapi bermusim dan hanya berlaku sekali atau dua kali setahun.
“Atas dasar itu, saya menggesa MPT mempertimbangkan masalah yang dihadapi peraih bukan terus mengambil tindakan terhadap mereka.
“Perbincangan perlu dibuat antara peraih dengan MPT bagi menjelaskan butiran lanjut apa yang perlu dipenuhi kedua-dua belah pihak supaya masalah yang timbul dapat diselesaikan segera,” katanya.