BTC USD 63,787.9 Gold USD 4,466.05
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dunia Ucap "Hello" Kepada Penampilan Baru Adele

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,458
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,458
Reaction score
7,735
Points
916
06.05.2020 - Global, Warganet seluruh dunia termasuk Malaysia teruja dengan kejutan besar penyanyi terkenal Adele yang tampil dengan wajah baharu dan transformasi fizikal yang membuatkan beliau hampir tidak dikenali.

Penyanyi yang terkenal dengan lagu “Hello” itu telah memuatnaik gambar beliau di Instagram peribadi sempena Hari Jadi ke-32, yang menampilkan penyanyi itu lebih langsing sehingga warganet terpegun.

Perkongsian foto terbaharu Adele yang dikenali jarang mengemaskini laman Instagram menjadi antara topik trending dalam laman media.

Adele yang berpakaian serba hitam dalam gambar itu mengucapkan terima kasih atas ucapan hari jadi serta memberi penghormatan kepada jasa petugas barisan hadapan yang bertungkus-lumus dalam memerangi COVID-19.

“Terima kasih atas ucapan selamat hari jadi, sayang. Saya berharap anda semua akan sentiasa selamat dan waras sepanjang masa sukar ini.

“Saya ingin berterima kasih kepada semua responden awal kami dan petugas bahagian penting yang menjaga keselamatan kita sedangkan mempertaruhkan nyawa mereka sendiri! Anda benar-benar bidadari,” katanya menerusi kapsyen di Instagram pada hari ini.

Gambar itu mendapat sambutan lebih 2.0 juta ‘likes’ dan lebih 60,000 komen positif kurang 24 jam selepas dimuatnaik, rata-rata memuji perubahan penyanyi itu sambil mengambilnya sebagai motivasi untuk lebih sihat dan menurunkan berat badan.

Di samping itu, ada yang mengharapkan ini sebagai petanda kemunculan lagu baharu daripadanya.

Pemegang anugerah Grammy itu terakhir mengeluarkan album berjudul ‘25’ pada tahun 2015 dan dijangka mengeluarkan album terbaharu beliau tahun ini.

adele_2020-05-06_15-35-59.jpg


Berita asal https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=1839194
 
Adele dlu nmpak cantik sbb body dia la. ..ilang cantik Tu klu Kurus gini
 
Back
Top
Log in Register