BTC USD 85,941.2 Gold USD 4,333.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tun M ucap selamat hari jadi buat Siti Nurhaliza

kakigossip

Active+ Member
Messages
3,067
Joined
Apr 21, 2011
Messages
3,067
Reaction score
40
Points
40
WhatsApp-Image-2026-01-11-at-4.12.15-PM.jpeg

TUN M menzahirkan ucapan selamat hari jadi buat Siti Nurhaliza.

"Tun M ucap selamat hari jadi buat Siti Nurhaliza" PETALING JAYA – Mantan perdana menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad (Tun M) mengutuskan ucapan selamat hari jadi yang ke-47 buat Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Ucapan yang dibuat menerusi sebuah video itu dikongsikan dalam akaun media sosial, Siti Nurhaliza Gallery.

“Assalamualaikum Siti. Saya dimaklumkan bahawa umur Siti sudah meningkat dan saya ingin ucap selamat hari jadi.

“Insya-Allah saya berdoa dan berharap Siti akan terus berjaya dalam karier. Walaupun berumur, suara masih macam lama. Dan nyanyian masih lagi begitu menarik,” katanya.

Sementara itu, menjengah ke ruangan komen, ramai peminat terharu dan sebak menonton ucapan negarawan itu buat idola kesayangan mereka.

“Penghargaan yang sungguh bermakna daripada negarawan buat Biduanita Negara. Kedua-duanya hebat dan disayangi rakyat Malaysia. Tun saksi kebangkitan Datuk Seri Siti sejak zaman muda lagi. Sebak pula tengok video ini,” komen netizen.

Siti menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-47 tahun hari ini. Lebih manis, tahun ini sambutan ulangtahun kelahirannya diraikan ketika Konsert Legacy 30 Siti Nurhaliza yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil semalam.

Sementara itu, Tun M pula kini sedang menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) sejak 6 Januari selepas terjatuh di kediamannya.

Tun mengalami kecederaan retak tulang pinggul dan akan menjalani rawatan fisitioterapi tanpa pembedahan. – KOSMO! ONLINE

==============================

Ala, Tun M ni sweet jugak kadang2. Siti pun makin berseri2, tengok kat IG dia penuh aura positif je! Tapi takleh lah nak puji melambung, reality check sket, umur Siti pun makin naik jaga la stamina tuh ye! 🙈✨

 
Back
Top
Log in Register