BTC USD 83,836.5 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dunia Islam

MEMAHAMI KONFLIK LIBYA

14102339_597155843828111_1066561370095846093_n.jpg

Nota: Peta pada May 2016

LIBYA: Secara ringkas Libya sekarang mempunyai 3 blok.
Blok pertama milik "Fajar Islam" yang menguasai ibu kota Tripoli (barat Libya). Mereka terdiri daripada Pejuang Revolusi Libya termasuk anggota Ikhwanul Muslimin yang menumbangkan Muammar Gardhafi pada tahun 2011 & membentuk pemerintahan Islam serta mendapat sokongan Turki & Qatar.

Blok ke2 adalah Rejim pimpinan Khalifa Haftar (Jenderal yang membelot ketika Muammar Gardafi diserang 2011). Rejim ini muncul pada pertengahan 2014 kerana menentang "Fajar Islam" yang menjalankan pemerintahan Islam di Tripoli yang bakal dilaksanakan di seluruh Libya. Rejim Khalifa (sekular) mendapat sokongan daripada Barat, AS, Arab Saudi, Mesir & diiktiraf PBB hanya berkuasa di Kota Tobruk & sekitarnya di barat Libya yang bersempadan dengan Mesir. Rejim Khalifa telah membuat pilihan raya sendiri bagi membentuk kerajaan menggantikan "Fajar Libya". Mereka cuba menyerang mujahidin di Libya namun mereka berjaya dihalau mujahidin sehingga berkuasa di Kota sempadan Mesir tersebut. Sehingga sekarang parlimen yang mereka cuba bentuk masih belum berhasil.

Blok ke-3 dikenali sebagai aliran keras kerana tidak tunduk pada PBB & mereka didaftarkan sebagai "Pengganas" oleh pertubuhan Yahudi tersebut. Mereka adalah mujahidin Anshar Al-Sharia (bukan Al-Qaeda/IS). Anshar Al-Sharia adalah mujahidin ditubuhkan oleh Muhammad Az-Zahawi pada 2012 lalu. Mereka memanfaatkan konflik di Libya sehingga berjaya menguasai kota Benghazi dan sekitarnya pada July 2014. Pada Mei 2015, Anshar Al-Syaria Libya telah mengumumkan secara rasmi gugurnya pemimpin mereka Muhammad Az-Zahawi pada akhir 2014. Mereka juga telah mengistiharkan penggantinya dikenali sebagai Syeikh Khalid al Madani. Ansar Al-Sharia hanya menjadi musuh kepada Rejim Khalifa, namun mereka masih berkerja sama dengan Fajar Libya.

Manakala kelompak IS juga semakin berkembang di Libya setelah memanfaatkan koflik dinegara tersebut bagi membangunkan pengaruh mereka. IS telah berjaya menguasai Kota Sirte ditengah Libya iaitu kota kelahiran Muarmar Garddafi sejak Mei 2015 lalu.

Kesimpulan perang di Libya melibatkan ISLAM vs SEKULAR
DIHARAPKAN PEMBACA MENDAPAT SEDIKIT GAMBARAN SITUASI LIBYA


Sumber
 
DARDANELLES GUN : MERIAM TURKI YANG DIGUNAKAN SELAMA 340 TAHUN

Dardanelles Gun ialah meriam gergasi yang dibina oleh Munir Ali pada tahun 1464. Meriam gangsa ini mampu menembak peluru batu sebesar 61 sentimeter dan ianya digunakan untuk mempertahankan Istanbul dari serangan musuh. Meriam berkaliber besar ini pada asalnya dicipta untuk menusnahkan kubu. Menurut sejarah pada tahun 1453, meriam seperti Dardanelles digunakan oleh tentera Sultan Mehmet II untuk menakluk Constantinople. Pada waktu itu kubu yang mengelelingi Constatinople tidak pernah berjaya diceroboh oleh musuh selama 1000 tahun. Sultan Mehmet II menggaji Orban, seorang pereka senjata berbangsa Hungary untuk menghasilkan meriam gergasi. Yang menarik mengenai Orban ialah beliau pada asalnya menawarkan kepakaran beliau kepada pihak Byzantine tetapi mereka tidak mampu membayar gaji beliau dan tidak mempunyai teknologi yang cukup untuk menghasilkan meriam yang dicipta Orban. Orban meninggal dunia pada tahun 1453 apabila salah sebuah dari meriam ciptaan beliau meletup ketika serangan dilakukan ke atas Constantinople. Selepas Constantinople ditakluk dan namanya diubah menjadi Istanbul, meriam rekaan Orban terus dihasilkan.

Pada tahun 1807, Britain menghantar kapal perang untuk menyerang Turki. Meriam Dardanelles ini digunakan bagi membedil armada tentera laut Britain mengakibatkan mereka terpaksa berundur. Senjata dan teknologi berusia lebih 340 tahun masih mampu menghalang musuh dari menyerang. Pada tahun 1866, Dardanelles Gun dihadiahkan oleh Sultan Abulaziz kepada Ratu Victoria dan ianya kini dipamerkan di Fort Nelson Hampshire.

Desktop46_01.jpg

Desktop46_03.jpg

Desktop46_02.jpg


Sumber
 
2 Ayat al-Quran yang Menghimpunkan Seluruh Huruf Hijaiyah

Ada dua ayat al-Quran yg menghimpunkan seluruh huruf hijaiyah di dalamnya, iaitu:

Ayat 29, Surah al-Fath​

surat%2B048%2BAl-Fath%2Bayat%2B29.JPG




Ayat 154, Surah Aali 'Imran

3_154.jpg

Terima kasih buat seorang sahabat atas perkongsian ini.

Sumber
 
2 Ayat al-Quran yang Menghimpunkan Seluruh Huruf Hijaiyah

Ada dua ayat al-Quran yg menghimpunkan seluruh huruf hijaiyah di dalamnya, iaitu:

Ayat 29, Surah al-Fath​

surat%2B048%2BAl-Fath%2Bayat%2B29.JPG




Ayat 154, Surah Aali 'Imran

3_154.jpg

Terima kasih buat seorang sahabat atas perkongsian ini.

Sumber

Jzkk
Kipidap
 
Back
Top
Log in Register