BTC USD 83,600.0 Gold USD 4,170.98
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dunia Islam

Empat mayat ditemui, 71 diselamatkan dalam insiden feri karam di Bali

BANYUWANGI: Sekurang-kurangnya empat mayat telah berjaya ditemui pihak penyelamat pada Sabtu dalam insiden feri karam di perairan Pulau Bali.

Ferri Rafelia 2 itu dikatakan menghadapi masalah ketika melalui Selat Bali pada Jumaat.

Bagaimanapun 71 yang lain berjaya diselamatkan.

Ia dalam perjalanan dari pelabuhan Gilimanuk di Bali ke Ketapang di Jawa Timur sebelum tiba-tiba menyendeng dan karam.

51457226019_Banyuwangi_zpsfmzzam28.jpg
 
Taliban tolak rundingan damai dengan Afghanistan

KABUL: Militan Taliban hari ini menolak untuk menyambung semula rundingan damai dengan Afghanistan yang sekian lama tertangguh, sebaliknya mengulangi syarat yang dinyatakan sebelum ini, menurut satu kenyataan.

"Kami mahu mengulangi pendirian bahawa selagi pendudukan tentera asing belum berakhir, sehingga nama Taliban dipadam daripada senarai hitam antarabangsa dan sehingga anggota kami yang ditahan dibebaskan, perbincangan tidak membawa sebarang hasil," menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu dikeluarkan menjelang perbincangan bersemuka kumpulan militan dan kerajaan Kabul yang dijangka bermula di Islamabad minggu ini.

Ia turut menegaskan, pemimpin Taliban tidak membenarkan sesiapa mewakili mereka dalam rundingan itu dan Majlis Kepimpinan Emiriah Islam (Taliban) juga tidak memutuskan untuk mengambil bahagian.

Kenyataan itu memberi tamparan hebat terhadap usaha Afghanistan, China, Pakistan dan Amerika Syarikat (AS) untuk memulakan rundingan damai bagi menamatkan pemberontakan berdarah di Afghanistan.

Delegasi empat negara terbabit mengadakan pertemuan di Kabul akhir bulan lalu dalam pusingan keempat rundingan bertujuan menyambung semula proses damai yang terhenti sejak musim panas lalu. - AFP

05taliban.transformed_zpspqbxv3sc.jpg
 
100 rumah rakyat Palestin musnah

TEBING BARAT - PALESTIN. Lebih 100 rumah rakyat Palestin dan 90 kemudahan di Tebing Barat dimusnahkan rejim Zionis sepanjang bulan lalu.

Institut Penyelidikan Gunaan Baitulmaqdis (Arij), sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam satu laporan mendedahkan, perobohan pada Februari dijalankan atas alasan untuk pembinaan haram.

Laporan turut menyebut, perintah perobohan dan menghentikan pembinaan telah dikeluarkan kepada lebih 139 rumah serta puluhan kemudahan penduduk Palestin.

Menurut pegawai Palestin yang memantau aktiviti penempatan haram di utara Tebing Barat, dianggarkan 65.3 hektar tanah milik rakyat di seluruh kawasan tersebut kini berdepan arahan supaya dikosongkan.

"Mereka menggunakan polisi perobohan untuk memberi tekanan kepada penduduk tempatan bagi mengosongkan kawasan yang diklasifikasikan sebagai Kawasan C di sekitar Tebing Barat," menurut Ghassan Doughlas, lapor Press TV.

image4_zpsprk3risp.jpg
 
Gesa darurat di Macedonia

ATHENS - GREECE. Gabenor wilayah Greece menggesa Athens untuk mengisytiharkan darurat di dalam dan sekitar kampung Idomeni di sempadan Macedonia, selepas ribuan pelarian terkandas kerana sekatan sempadan di sepanjang jalan ke Eropah Barat.

Gabenor Macedonia Tengah, Apostolos Tzitzikostas berkata, sekurang-kurangnya 13,000 orang terkandas di Idomeni, manakala 6,000 hingga 7,000 yang lain ditempatkan di kem sekitar kampung.

"Ia adalah krisis kemanusiaan yang besar. Saya meminta kerajaan supaya mengisytiharkan kawasan itu sebagai darurat kerana perkara ini tidak boleh dibiarkan berlarutan," katanya.

Menurutnya lagi, pengisytiharan kecemasan juga bakal memudahkan pihak berkuasa mendapatkan bekalan makanan dan keperluan lain untuk diagihkan di kalangan pelarian bagi meningkatkan keadaan kehidupan mereka.

"Macedonia perlu membuka sempadan serta merta dan Kesatuan Eropah (EU) perlu melaksanakan tindakan keras terhadap negara yang menutup sempadan, sama ada mereka anggota EU atau tidak," katanya menurut laporan Press TV.

image5_zpsfcsmmjwn.jpg
 
47 maut pengebom rempuh trak

HILLAH - IRAQ. Seorang pengebom berani mati merempuh pusat pemeriksaan keselamatan dengan memandu trak yang sarat dengan bahan letupan di selatan Baghdad menyebabkan sekurang-kurangnya 47 orang terbunuh manakala berpuluh yang lain cedera.

Kumpulan militan IS mengaku bertanggungjawan terhadap serangan tersebut.

Memetik laporan AP, orang ramai berkumpul di lokasi kejadian dan membatu mencari mangsa yang masih terselamat.

Menurut Pegawai Keselamatan Kanan di Hillah, Falah al-Khafaji berkata, letupan memusnahkan pusat pemeriksaan dan bangunan.

"Lebih daripada 100 kereta rosak," katanya.

Antara yang maut ialah 39 orang awam manakala selebihnya adalah anggota keselamatan.

"Serangan berlaku sejurus selepas tengah hari apabila pusat pemeriksaan itu sesak dengan berpuluh-puluh kereta dan 65 orang tercedera," kata seorang pegawai polis.

image6_zpsadleqg67.jpg
 
Militan Daish cuba cari pengaruh di selatan Filipina - Pengerusi MILF

KUALA LUMPUR: Kumpulan militan Daish sedang mencuba membentuk pengaruh di selatan Filipina, ujar ketua organisasi pejuang Muslim terbesar negara itu pada Isnin.

Pengerusi Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) Murad Ebrahim berkata Daish cuba untuk mengambil kesempatan daripada penangguhan usaha menoktahkan ketegangan berdekad-dekad di wilayah selatan Mindanao.

Proses damai telah terhenti sejak kongres Filipina gagal meluluskan undang-undang pada bulan lalu, yang dipersetujui antara kerajaan dan MILF mengenai pemberian kuasa autonomi kepada wilayah itu.

“Kini, setelah ia gagal diluluskan, kita khuatir mereka (Daish) mengambil kesempatan ke atasnya kerana sentimen penduduk tempatan sekarang sangat kuat,” ujar Murad kepada wartawan di Kuala Lumpur.

Kumpulan bersenjata yang mempunyai kaitan dengan pengganas di Iraq dan Syria itu sedang merancang siri pertempuran dengan tentera di selatan Filipina sejak Parlimen membantutkan usaha damai.

Murad berkata, MILF sedang menguruskan dialog dengan militan berpaksi Daish itu bagi menghalang mereka daripada meneruskan pelan serangan.

Keganasan telah melanda selatan Filipina selama berdekad-dekad sewaktu darurat ancaman puak pemisah yang telah mengorbankan 120,000 nyawa.

Rakyat Filipina secara majoritinya beragama Kristian Katolik.

MILF telahpun menandatangani persetujuan keamanan dengan kerajaan Presiden Benigno Aquino pada 2014 untuk mengakhiri perjuangan kemerdekaannya yang bermula sejak tahun 1970-an.

Penggal pentadbiran Aquino bakal berakhir pada Jun dan MILF telah berikrar untuk menghormati gencatan senjata sementara ia meninggung pilihan raya Filipina pada pertengahan tahun ini.
“Kita tidsak boleh mengabaikan perjuangan ini sepenuhnya, namun kita sentiasa percaya kepada proses perdamaian kerana segala penyelesaian sebenar adalah bersifat politik,” ujar Murad.

Tambahnya, selagi proses damai itu mempunyai peluang untuk diteruskan, mereka tidak mahu kembali kepada pendekatan keganasan.

41457339895_MuradEbrahim_zpsew6gacen.jpg
 
8 maut letupan bom di Pakistan

PESHAWAR: Seorang penyerang nekad meletupkan bom di sebuah kompleks mahkamah di barat laut Pakistan, hari ini yang mengorbankan sekurang-kurangnya lapan orang manakala 21 lagi cedera. Mengikut polis, pengebom berkenaan melancarkan serangan ketika sekumpulan peguam dan pegawai lain tiba di mahkamah ketika waktu puncak di bandar Shabqadar.

"Pengebom berani mati meletupkan diri sendiri di dalam kompleks mahkamah. Jadi setakat ini lapan orang terkorban dan 21 lagi cedera," kata pegawai kanan polis, Fayaz Khan yang berada di tempat kejadian. - AFP

08injured.transformed_zpsez0lot28.jpg
 
6 cedera bom komputer riba meletup di Somalia

MOGADISHU: Enam orang cedera apabila sebuah bom komputer riba meletup di lapangan terbang di Somalia hari ini, serangan kedua dalam beberapa minggu lalu yang menyasarkan pesawat, kata polis. Bom itu meletup di pos pemeriksaan di tengah bandar kecil Beledweyne, kira-kira 325 kilometer utara ibu negara Mogadishu. Bulan lalu, pemberontak Shebab yang didakwa mempunyai kaitan dengan Al-Qaeda mendakwa bertanggungjawab terhadap serangan bom yang menyebabkan sebuah pesawat berlubang sejurus berlepas.

"Sebuah komputer riba meletup di kawasan pemeriksaan dan pasukan keselamatan juga berjaya mematikan dua lagi peranti letupan, satu daripadanya diletakkan dalam pencetak. "Enam orang cedera, dua adalah anggota polis," kata Leftenan Kolonel Polis, Ali Dhuh Abdi. Letupan berkenaan berlaku di kawasan di mana pemeriksaan dijalankan sebelum kargo dan bagasi dimuatkan dalam pesawat. Setakat ini, tiada sesiapa mengaku bertanggungjawab terhadap serangan terbaharu berkenaan. - AFP

beledeywene.transformed_zpslmwf1ank.jpg
 
19 terkorban serangan militan di Tunisia

BEN GUERDANE: Seramai 19 maut apabila militan menyerang berek di bandar Tunisia berhampiran sempadan Libya yang mencetuskan pertempuran sengit. Antara yang terbunuh termasuk tiga penduduk awam, tiga anggota keselamatan dan 13 militan.

Ia adalah pertempuran berdarah kedua di kawasan sempadan dalam masa tidak sampai seminggu, ketika Tunisia bergelut dengan tempias keganasan dari negara jirannya itu. Seorang budak berusia 12 tahun ialah antara orang awam yang terkorban di Ben Guerdane, kata pegawai hospital, Abdelkrim Chafroud, menambah dua ejen keselamatan juga terbunuh.
 
Gesa lagi Bashar letak jawatan

Paris: Menteri Luar Arab Saudi Adel al-Jubeir semalam berkata, Presiden Syria Bashar al-Assad mesti meletakkan jawatan pada awal proses peralihan politik, bukan hujungnya.

“Pada kami, jelas bahawa permulaan proses itu yang penting, bukan pada akhirnya. Ia bukan proses yang hanya memakan masa sesingkat 18 bulan,” katanya.

Kenyataannya itu hanya beberapa hari sebelum Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) merancang menyambung rundingan damai dalam usaha menamatkan perang saudara selama lima tahun di Syria.

Amerika Syarikat (AS) dan negara Barat lain yang sebelum ini menggesa peletakan jawatan Bashar tidak lagi menyentuh isu itu susulan kedudukannya diperkukuh penyertaan tentera Russia dalam pertempuran sejak September lalu.

Adel berkata, Arab Saudi akan menerima penghantaran senjata Perancis yang pada awalnya dibeli untuk Lubnan.

Februari lalu, Arab Saudi menggantung pakej bantuan AS$3 bilion (RM12.1 bilion) untuk tentera Lubnan sebagai membalas kegagalan Beirut mengkritik serangan terhadap misi diplomatiknya di Iran.

Sehubungan itu, Adel berkata senjata itu akan digunakan tentera Arab Saudi sendiri.

Sementara itu, Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria (SOHR) melaporkan 135 terbunuh dalam minggu pertama gencatan senjata di Syria di kawasan yang termasuk dalam perjanjian berkenaan.

Seramai 552 pula terbunuh di kawasan yang tidak dirangkumi dalam gencatan senjata berkenaan, yang berkuat kuasa pada 27 Februari lalu. - Reuters

06hmadel.jpg.transformed_zpsbhzsaira.jpg
 
Back
Top
Log in Register