BTC USD 83,591.2 Gold USD 4,179.02
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dunia Islam

rencana 12 khidir

sumber:http://syahirul.com/nabi-musa-tidak-dapat-melihat-hikmah-perbuatan-nabi-khidir/

Pagi ini saya mendengar radio Ikim.fm di dalam kereta setelah selesai bersarapan pagi, panelnya Ustaz Syed Mohd Norhisyam yang bercerita tentang hikmah, yakni suatu perkara yang berlaku ada sebab musababnya dari Allah Taala. Allah mengetahui apa yang terbaik buat hamba-hamba-Nya dan Allah tidak pernah menzalimi sesiapa pun.

Ustaz bercerita tentang kisah Nabi Musa dan Nabi Khidir yang pernah saya baca dari sepotong hadith. Jadi saya mahu semua pembaca melayari kisah ini dan mempelajari hikmah dari perbuatan Nabi Khidir yang diberi ilmu oleh Allah yang tidak dilihat atau tidak difahami oleh Nabi Musa ketika itu.

Diriwayatkan oleh Sa’id bin Jubair, dia berkata: “Saya telah berkata kepada Ibnu Abbas bahawasanya Nauf Al-Bikali mengatakan bahawa Musa ‘alaihissalam yang berada di tengah kaum Bani Israil bukanlah Musa yang menyertai Nabi Khidhir.” (Ibnu Abbas) berkata: “Berdustalah musuh Allah. Saya pernah mendengar Ubay bin Ka’ab berkata: “Saya mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Suatu ketika Nabi Musa ‘alaihissalam berdiri untuk berpidato di hadapan kaum Bani Israil. Setelah itu, seseorang bertanya kepadanya: “Hai Musa, siapakah orang yang paling banyak ilmunya di muka bumi ini?” Nabi Musa menjawab: “Akulah orang yang paling banyak ilmunya di muka bumi ini.”

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Oleh itu, Allah mencela Musa ‘alaihissalam kerana dia tidak menyedari bahawa ilmu yang diperolehnya itu adalah pemberian Allah. Lalu Allah mewahyukan kepada Musa: “Hai Musa, sesungguhnya ada seorang hamba-Ku yang lebih banyak ilmunya dan lebih pandai darimu dan dia sekarang berada di pertemuan dua lautan.” Nabi Musa ‘alaihissalam bertanya: “Ya Tuhan, bagaimana caranya saya dapat bertemu dengan hamba-Mu itu?” Dijawab: “Bawalah seekor ikan di dalam keranjang dari daun kurma. Apabila ikan tersebut melompat, maka di situlah hamba-Ku berada.”

Kemudian Musa pun berangkat ke tempat itu dengan ditemani seorang muridnya yang bernama Yusya’ bin Nun. Nabi Musa sendiri membawa seekor ikan di dalam keranjang yang terbuat dari daun kurma. Keduanya berjalan kaki menuju tempat tersebut. Ketika keduanya sampai di sebuah batu besar, maka keduanya pun tertidur lelap. Kemudian ikan itu keluar dari keranjang diam-diam lalu melompat dan mengambil jalannya di laut.”

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Allah telah menahan air yang dilalui ikan tersebut, hingga menjadi terowongan. Ikan itu menempuh jalannya di lautan, sementara Musa dan muridnya kagum melihat pemandangan yang unik itu. Akhirnya mereka berdua melanjutkan perjalanannya siang dan malam. Rupanya murid Nabi Musa lupa untuk memberitahukannya. Pada pagi harinya, Nabi Musa berkata kepada muridnya: “Bawalah kemari makanan kita, sungguh kita sudah sangat lelah dalam perjalanan ini.”

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Belum berapa jauh Musa melalui tempat yang diperintahkan untuk mencarinya, muridnya berkata: “Tahukah anda tatkala kita mencari tempat berlindung di batu besar tadi, maka sesungguhnya saya lupa menceritakan tentang ikan itu dan tidak ada yang membuat saya lupa untuk menceritakannya kecuali syaitan, sedangkan ikan tersebut mengambil jalannya ke laut dengan cara yang aneh sekali.” Musa berkata: “Itulah tempat yang kita cari.” Lalu keduanya kembali mengikuti jejak mereka semula.

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Kemudian keduanya menelusuri jejak mereka semula. Setelah keduanya tiba di batu besar tadi, maka mereka melihat seorang laki-laki yang sedang tertidur berselimutkan kain. Lalu Nabi Musa ‘alaihissalam mengucapkan salam kepadanya. Nabi Khidir bertanya kepada Musa: “Bagaimana kedamaian di negerimu?” Nabi Musa berkata: “Saya adalah Musa.” Nabi Khidir terperanjat dan bertanya: “Musa Bani Israil?” Nabi Musa menjawab: “Ya.”

Nabi Khidir berkata kepada Musa: “Sesungguhnya kamu mendapatkan sebahagian ilmu Allah yang diajarkan-Nya kepadamu yang tidak aku ketahui dan aku mendapatkan sebahagian ilmu Allah yang diajarkan-Nya kepadaku yang kamu tidak ketahui.” Nabi Musa berkata kepada Khidir: “Bolehkah aku mengikutimu agar kamu dapat mengajarkan kepadaku ilmu yang benar di antara ilmu-ilmu yang telah diajarkan kepadamu?” Nabi Khidir menjawab: “Sesungguhnya sekali-kali kamu tidak akan sanggup dan sabar bersamaku. Bagaimana kamu dapat sabar atas sesuatu yang kamu belum mempunyai pengetahuan yang cukup tentang hal itu?” Nabi Musa berkata: “InsyaAllah kamu akan mendapatiku sebagai orang yang sabar dan aku pun tidak akan menentangmu dalam suatu urusan pun.” Nabi Khidir menjawab: “Jika kamu tetap mengikutiku, maka janganlah kamu menanyakan sesuatu hingga aku sendiri yang akan menerangkannya kepadamu.” Nabi Musa menjawab: “Baiklah.”

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Kemudian Musa dan Khidir berjalan menelusuri pantai. Tidak lama kemudian ada sebuah perahu yang singgah. Lalu keduanya meminta tumpangan perahu. Ternyata orang-orang di perahu itu mengenal baik Nabi Khidir, hingga akhirnya mereka mengangkut keduanya tanpa meminta upah. Lalu (ketika hendak tiba di destinasi), Nabi Khidir mendekat ke salah satu papan di bahagian perahu itu dan setelah itu mencabutnya. Melihat hal itu, Musa menegur dan memarahinya: “Mereka ini adalah orang-orang yang mengangkut kita tanpa meminta upah, tetapi mengapa kamu melubangi perahu mereka untuk kamu tenggelamkan penumpangnya?” Khidir menjawab: “Bukankah telah aku katakan kepadamu bahawasanya kamu sekali-kali tidak akan sabar ikut bersamaku.” Musa berkata sambil merayu: “Janganlah kamu menghukumku kerana kealpaanku dan janganlah kamu membebaniku dengan suatu kesulitan dalam urusanku.”

Tak lama kemudian, keduanya pun turun dari perahu tersebut. Ketika keduanya sedang berjalan-jalan di tepi pantai, tiba-tiba ada seorang anak kecil yang sedang bermain dengan teman-temannya yang lain. Kemudian, Nabi Khidir segera memegang dan memutar kepala anak kecil itu (hingga patah) dengan tangannya hingga menemui ajalnya. Dengan marahnya Nabi Musa berupaya mengherdik Nabi Khidir: “Mengapa kamu bunuh jiwa yang tak berdosa, sedangkan anak kecil itu belum pernah membunuh? Sungguh kamu telah melakukan perbuatan yang mungkar.” Khidir berkata: “Bukankah sudah aku katakan bahawasanya kamu tidak akan mampu untuk bersabar dalam mengikutiku. Dan ini melebihi dari yang sebelumnya.” Musa berkata: “Jika aku bertanya kepadamu tentang sesuatu setelah ini, maka janganlah kamu mengizinkan aku untuk menyertaimu. Sesungguhnya kamu sudah cukup memberikan uzur (maaf) kepadaku.”

Nabi Musa dan Khidir melanjutkan perjalanannya. Ketika mereka berdua tiba di suatu negeri, maka keduanya pun meminta dijamu oleh penduduk negeri tersebut, tapi sayangnya mereka enggan menjamu keduanya. Lalu keduanya mendapati sebuah dinding rumah yang hampir roboh dan Nabi Khidir pun terus menegakkannya (memperbaikinya). Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Dinding itu senget (sambil memberi isyarat dengan tangannya) lalu ditegakkan oleh Khidir.” Musa berkata kepada Khidir: “Kamu telah mengetahui bahawa para penduduk negeri yang kita datangi ini enggan menyambut dan menjamu kita. Kalau kamu mahu, sebaiknya kamu minta upah dari hasil pembaikan dinding rumah tersebut.” Akhirnya Khidir berkata: “Inilah perpisahan antara aku dan kamu. Aku akan beritahukan kepadamu tentang segala rahsia (hikmah) perbuatan yang kamu tidak sabar padanya.”

Allah Taala berfirman dalam Al-Quran tentang penjelasan Nabi Khidir:

“Adapun perahu itu adalah ia dipunyai oleh orang-orang miskin yang bekerja di laut. Oleh itu, aku bocorkan dengan tujuan hendak mencacatkannya, kerana di belakang mereka nanti ada seorang raja yang merampas tiap-tiap sebuah perahu yang tidak cacat. Adapun pemuda itu, kedua ibu bapanya adalah orang-orang yang beriman, maka kami bimbang bahawa dia akan mendesak mereka melakukan perbuatan yang zalim dan kufur. Oleh itu, kami ingin dan berharap, supaya Tuhan mereka gantikan bagi mereka anak yang lebih baik daripadanya tentang kebersihan jiwa, dan lebih mesra kasih sayangnya. Adapun tembok itu pula, adalah ia dipunyai oleh dua orang anak yatim di bandar itu, dan di bawahnya ada ‘harta terpendam’ kepunyaan mereka, dan bapa mereka pula adalah orang yang soleh. Maka Tuhanmu menghendaki supaya mereka cukup umur dan dapat mengeluarkan harta mereka yang terpendam itu, sebagai satu rahmat dari Tuhanmu (kepada mereka). Dan (ingatlah) aku tidak melakukannya menurut fikiranku sendiri. Demikianlah penjelasan tentang maksud dan tujuan perkara-perkara yang engkau tidak dapat bersabar mengenainya.” (Al-Kahfi 18:79-82)

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Semoga Allah memberikan rahmat dan kurnia-Nya kepada Nabi Musa ‘alaihissalam. Sebenarnya aku lebih senang jika Musa dapat sedikit bersabar, hingga kisah Musa dan Khidir dapat diceritakan kepada kita dengan lebih panjang lagi. Penyebab perpisahan tersebut adalah karena Musa alpa. Tak lama kemudian, datanglah burung kecil tersebut mematuk air laut dengan paruhnya. Lalu Khidir berkata kepada Musa: “Sesungguhnya ilmuku dan ilmumu dan ilmu yang kita peroleh dari Allah itu hanyalah seperti seteguk air laut yang diperoleh burung kecil itu di antara hamparan lautan ilmu yang dimiliki Allah.”

(Sahih Bukhari, no. 3149, Sahih Muslim, no. 4385, Sunan At-Tirmidzi, no. 3074, hasan sahih, Musnad Ahmad, no. 20197)

Nota: Kisah ini juga boleh didapati dalam Al-Quran Al-Karim, surah Al-Kahfi ayat 60 hingga 82.
 
Pilihan raya Iran: Rakyat mula undi

TEHRAN - IRAN. Jutaan rakyat Iran keluar mengundi semalam, sempena pilihan raya pertama sejak perjanjian dengan kuasa dunia ke atas program nuklearnya dan selepas sekatan dibuka.

Selepas pusat undian dibuka pada jam 8 pagi (waktu tempatan), barisan panjang dapat dilihat di mana daripada 80 juta penduduk negara itu, kira-kira 55 juta orang adalah layak mengundi.

Pemimpin Tertinggi Iran Ayatollah Seyyed Ali Khamenei berkata, pilihan raya itu adalah penting dalam menentukan hala tuju negara dan menggesa orang ramai supaya keluar mengundi.

"Sesiapa sayangkan Iran, Republik Islam dan cintakan maruah negara, dinasihatkan mengambil bahagian dalam pemilihan ini. Rakyat perlu buka mata dan undi dengan bijak," katanya.

Sementara itu, Presiden Hassan Rouhani menyifatkan pilihan raya sebagai simbol kemerdekaan dan kedaulatan negara, serta berjanji melindungi undi rakyat agar pemilihan diadakan secara sah dan adil.

Pilihan raya kali ini adalah untuk memilih 290 Ahli Parlimen untuk tempoh empat tahun. - Agensi

imagezzz_zpsrpb8xxc2.jpg
 
92 militan Boko Haram maut

YAOUNDE: Tentera Cameroon menembak mati 92 ahli kumpulan militan Boko Haram dan membebaskan 850 penduduk kampung dalam operasi bersama dengan angkatan tentera Nigeria, kata jurucakap kerajaan Cameroon.

Menteri Komunikasi, Issa Tchiroma Bakary, berkata operasi dijalankan di perkampungan Kumshe, Nigeria, dekat sempadan Cameroon. - Reuters

27boko.transformed_zps5u7hscbm.jpg
 
11 maut serangan bom di Pakistan

ASADABAD, Afghanistan: Sebelas maut termasuk komander militan Afghanistan dalam serangan pengebom nekad di Kunar berhampiran sempadan dengan Pakistan.

Gabenor Wilayah, Wahidullah Kalimzai, berkata pengebom yang menunggang motosikal itu menuju ke pintu masuk bangunan kerajaan di badnar Asadabad dan meletupkan dirinya.

Sekurang-kurangnya 40 lagi cedera.

"Kebanyakan mangsa ialah orang awam dan kanak-kanak yang melalui kawasan itu atau bermain di taman," katanya.

Tiada pihak mendakwa bertanggungjawab tetapi sasaran serangan, komander militan, dan Haji Khan Jan, antara yang terkorban.

Beliau terbabit dalam beberapa operasi menentang Taliban di daerahnya tahun lalu. - Reuters

asadabad-map-156.transformed_zpsbbjp8uso.jpg
 
Letupan Di Tengah Bandar, 12 Terbunuh

MOGADISHU: Sekurang-kurangnya 12 orang terbunuh pada Jumaat selepas berlaku dua letupan yang menggegarkan sebuah hotel di tengah bandar ini, kata polis yang mendakwa serangan dilakukan oleh militan Shebab.

Dua letupan itu berlaku berhampiran hotel terkenal iaitu SYL Hotel yang terletak bersebelahan sebuah taman sebelum disusuli dengan tembakan.

Hotel dan taman itu terletak berhampiran dengan kompleks Villa Somalia yang dikawal ketat kerana turut menempatkan kediaman presiden dan pejabat perdana menteri.

"Salah satu letupan berlaku hampir dengan taman dan satu lagi dekat SYL Hotel.

"Saya nampak 12 orang awam terbunuh, tetapi jumlah itu dijangka meningkat," kata Pegawai Polis, Ibrahim Mohamed.

Sumber pihak perubatan tempatan berkata, seramai 25 orang turut cedera dalam kejadian berkenaan.

letupan_zpscs6kh3ej.jpg
 
Russia teruskan serangan udara

Beirut: Russia meningkatkan serangan udara terhadap kedudukan penentang rejim Bashar al-Assad di seluruh Syria, semalam, beberapa jam sebelum gencatan senjata untuk menamatkan perang saudara selama lima tahun di negara itu bermula jam 6 pagi (waktu Malaysia) hari ini.

Kumpulan Pemerhati Syria bagi Hak Asasi (SOHR) berkata, serangan terhadap kawasan penentang bukan militan dilakukan tanpa henti sepanjang semalam.

“Ia lebih hebat daripada biasa,” kata ketua SOHR, Rami Abdel Rahman.

Russia mula melancarkan serangan udara di Syria sejak September lalu dan mendakwa menyasarkan kumpulan ‘pengganas.’

Bagaimanapun, pengkritik menuduh Moscow menyerang semua kumpulan yang menentang Bashar dalam usaha untuk mengukuhkan kedudukan pemimpin Syria itu.

Antara kawasan yang menjadi sasaran semalam ialah Douma di Ghouta Timur, wilayah di luar Damsyik, Hom, di utara negara itu dan barat Aleppo.

Seorang penduduk Douma memberitahu AFP, serangan udara itu sungguh sengit sementara seorang lagi memberitahu, letupan sangat kuat kedengaran di bandar berkenaan.

Di Moscow, Presiden Vladimir Putin mengakui, negaranya meneruskan serangan terhadap kumpulan ‘pengganas.’

Dalam ucapannya menerusi televisyen, pemimpin Russia itu berkata, gencatan senjata sementara yang akan berkuat kuasa selama dua minggu itu amat rumit.

Di Washington, Presiden Barack Obama berkata, kejayaan gencatan senjata itu terletak pada komitemen rejim Bashar dan Russia.

“Kejayaannya banyak bergantung kepada rejim Syria, Russia dan sekutu mereka. Hari-hari yang mendatang sangat kritikal dan dunia akan menanti hasil gencatan senjata itu,” katanya.

Perang saudara di Syria yang berlarutan sejak lima tahun lalu meragut lebih 270,000 nyawa dan memaksa jutaan penduduk meninggalkan kediaman masing-masing.

Beberapa pegawai Amerika menyuarakan kesangsian mereka terhadao gencatan senjata itu.

Seorang pegawai kanan negara itu berkata, Russia mempunyai sejarah jarang menghormati gencatan senjata seperti yang pernah berlaku di Georgia dan Ukraine.


27hmsyria.transformed_zpseqi8p9x3.jpg
 
Iklan jual Presiden Mesir

Kaherah: Presiden Mesir, Abdel Fattah el-Sisi diiklankan di eBay untuk dijual selepas mendakwa dia rela menjual dirinya untuk membantu ekonomi negara itu.

Abdel Fattah, bekas ketua tentera yang menjadi presiden selepas menggulingkan Mohamed Mursi, diperlekehkan secara meluas selepas membuat ikrar itu ketika membentangkan rancangan pembangunannya Rabu lalu.

“Jika boleh saya menjual diri saya untuk bantu pulihkan ekonomi Mesir, saya akan berbuat demikian,” ketika berucap menerusi televisyen.

Dia juga dilapor meminta rakyat Mesir menyumbang kepada dana awam.

Seorang pengguna eBay serta-merta mengiklankan untuk menjual presiden itu.

Bidaan daripada lebih 100 pengguna meningkatkan tawaran untuk membelinya sehingga harga bidaan mencecah AS$100,300 (RM422,000) sebelum iklan itu dipadamkan.

Di sebelah gambar Abdel Fatah, pemimpin itu disenaraikan sebagai panglima tentera ‘berpengalaman’ dan doktor falsafah yang mempunyai latar belakang tentera.

Penjual yang menamakan dirinya ‘dr_motown,’ menulis: “Kami mengambil keputusan untuk menjual Panglima Tentera Mesir yang terkenal dan juga pemimpin rampasan kuasa, Abdel Fatah el-Sisi menerusi eBay bagi membantu memulihkan ekonomi Mesir supaya dia tidak perlu bersusah payah untuk menjual dirinya.

“Presiden itu yang berkata sendiri, jika menjual dirinya dapat membantu ekonomi Mesir, dia tidak akan teragak-agak untuk berbuat demikian. Kerana itu, kami menawar menjualnya, untuk membantunya, kami dan juga kemanusiaan.

“Sila bida sekarang untuk membantu Mesir memerdekakan politik dan ekonominya. Anda tidak akan menyesal.”

Ketika berucap di satu majlis, Abdel Fatah, bekas atace tentera Mesir di Arab Saudi, menyifatkan dirinya sebagai doktor yang dihantar oleh Tuhan.

28hmsisi_cropped.transformed_zpsbagwibtr.jpg
 
Obama beri amaran patuhi syarat gencatan senjata Syria

BEIRUT – Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama memberi amaran kepada Rusia dan Damsyik bahawa ‘dunia sedang memerhatikan’ tindak-tanduk mereka terutama dalam masa terdekat sebelum gencatan senjata di Syria bermula hari ini.

Obama berkata, tempoh masa yang ada akan menjadi cukup kritikal dalam pelaksanaan gencatan senjata yang diusahakan oleh Moscow dan Washington serta dipersetujui oleh Presiden Bashar al-Assad dan kumpulan pembangkang utama di Syria.

Perjanjian gencatan senjata tersebut yang tidak melibatkan kumpulan militan Islamic State (IS) dan lain-lain kumpulan pengganas itu menjadi penanda aras terhadap gesaan diplomatik terbesar bagi mengakhiri keganasan di Syria.

Kesemua 17 negara anggota yang menyokong proses damai Syria telah bertemu di Geneva semalam untuk membincangkan maklumat lanjut berkaitan perjanjian tersebut.

Gencatan senjata itu dijangka akan disokong oleh Majlis Kese*lamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), kata beberapa diplomat yang berharap kejayaan proses itu akan membawa kepada penyambungan semula rundingan damai yang gagal di Geneva awal bulan ini.

“Esok (hari ini) akan menjadi hari yang amat penting. Saya boleh katakan terlalu penting,” kata wakil Syria ke PBB, Staffan de Mistura kepada pemberita di ibu pejabat PBB Eropah di Geneva.

Perjanjian tersebut membenarkan tindakan ketenteraan menentang IS diteruskan, yang menguasai sebahagian besar kuasa di Syria dan Iraq sejak 2014 dan juga dalam melawan sekutu Al-Qaeda, Al Nusra Front serta lain-lain kumpulan ekstremis.

Obama berkata, dia percaya kumpulan pengganas tersebut akan terus berjuang, tetapi menegaskan bahawa pakatan yang diketuai AS telah memenangi peperangan menentang IS.

“Semua itu bergantung sama ada rejim Syria, Rusia dan sekutu mereka berjaya melaksanakan komitmen mereka,” kata Obama.

Sementara itu, Presiden Rusia, Vladimir Putin telah berjanji untuk melakukan apa sahaja yang perlu bagi memastikan gencatan senjata itu terlaksana. – AFP

du_02.1h_zpsqx1sdbry.jpg
 
Bom cederakan 11 anggota polis di Markas Polis

PATTANI – THAILAND . Sebutir bom buatan sendiri yang diletakkan di dalam sebuah kereta curi, meletup berhampiran Markas Polis Wilayah Pattani di sini hari ini menyebabkan tujuh anggota polis and empat orang awam cedera.

Ketua Polis Pattani Mejar Jeneral Thanongsak Wangsupa berkata dalam kejadian kira-kira 12.30 tengah hari itu, bom buatan sendiri seberat 20 kilogram itu meletup di hadapan sebuah pondok berhampiran markas polis di wilayah selatan Thailand yang bergolak itu.

"Ledakan kuat bom itu turut memusnahkan dua buah kereta dan beberapa motosikal yang diletakkan berhampiran, selain menyebabkan kebakaran merebak pantas di beberapa kediaman di markas itu," katanya pada media hari ini.

Enam jentera bomba dikejarkan ke lokasi kejadian susulan kejadian letupan itu dan kebakaran dapat dikawal sepenuhnya 40 minit kemudian, katanya.

Thanongsak berkata kereta itu dilaporkan dicuri daripada pemiliknya, Somsak Dusadipiriya, 51, dalam satu kejadian pada 9.30 pagi tadi.

Dalam kejadian itu, pemilik kereta berkenaan cedera ditembak sebelum kenderaannya dilarikan orang tidak dikenali.

Polis masih menjalankan siasatan tentang kejadian itu. - Bernama

fff_zpszidhxgzt.jpg
 
India sumber kedua terbesar komponen bahan letupan IS

LONDON: India adalah sumber kedua terbesar komponen yang digunakan militan IS untuk membuat bahan letupan, menurut satu laporan baru-baru ini. Kajian Konflik Persenjataan di London yang menjejaki pembekalan dan penggunaan senjata haram dalam konflik aktif, berkata ia mengkaji sisa bahan letupan ditemui di Syria dan Iraq dan mendapati kebanyakan wayar peledak dan fius keselamatan, yang digunakan IS adalah dari syarikat India. Kata organisasi itu, ia menemui bukti serpihan bahagian dari 51 syarikat dari 20 negara termasuk Amerika Syarikat, Russia, China, Brazil, Iran, Belgium, Belanda dan Jepun.

Turki mendahului senarai sebagai sumber bahagian terbesar. Daripada lebih 700 komponen yang ditemui di medan perang, terdapat bukti ia dibekalkan daripada 13 syarikat Turki dan tujuh syarikat India. Semua komponen dari India dieksport secara sah di bawah lesen yang dikeluarkan oleh kerajaan dari India ke entiti di Lubnan dan Turki, kata organisasi itu dalam laporan semalam. Sementara itu jurucakap Kementerian Pertahanan India yang dihubungi enggan mengulas lanjut. - Agensi

indiaIS.transformed_zpssf1ywxtg.jpg
 
Back
Top
Log in Register