BTC USD 84,116.3 Gold USD 4,169.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dunia Islam

Lebih 11,000 orang awam mati, cedera di Afghanistan pada 2015

KABUL – Jumlah orang awam yang terbunuh atau cedera di Afghanistan pada tahun lalu adalah tertinggi sejak 2009, kata Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam satu laporan baharu semalam dengan kanak-kanak turut menjadi mangsa.

Seramai 11,002 orang awam terjejas termasuk 3,545 kematian direkodkan sepanjang tahun 2015, kata PBB dalam laporan*nya berhubung kecederaan dan kematian penduduk awam dalam konflik bersenjata, meningkat empat peratus berbanding 2014.

“Mudarat yang dialami oleh orang awam ini tidak boleh diterima.

“Kami menggesa mereka yang mendatangkan kesengsaraan kepada penduduk di Afghanistan supaya mengambil tindakan konkrit untuk melindungi orang awam dan berhenti daripada membunuh dan menyeksa mereka,” kata utusan khas PBB untuk Afghanistan, Nicholas Haysom.

Menurutnya, pertempuran dan serangan di kawasan berpenduduk padat dan bandar menjadi antara sebab utama kematian orang awam pada 2015 yang berlaku selepas kumpulan militan Taliban meneruskan kemaraannya.

PBB mula mengumpulkan laporan tahunan tersebut sejak tahun 2009.

Termasuk serangan Ta*liban, Misi Bantuan PBB Ke Afghanistan menyalahkan 62 peratus daripada kematian dan kecederaan orang awam yang berlaku pada 2005 kepada elemen anti kerajaan di negara itu. – AFP

du_03.1_zpsxwh83lai.jpg
 
Menteri Kebahagian akan 'bahagiakan' UAE

DUBAI - Emeriah Arab Bersatu (UAE) buat pertama kalinya mempunyai kementerian yang cukup unik, iaitu Kementerian Kebahagian.

Dengan diterajui oleh seorang wanita iaitu Ohood Al Roumi, Kementerian Kebahagiaan akan memfokuskan 'masa depan, generasi muda, kebahagiaan, kemajuan pendidikan dan menangani perubahan iklim'.

Memetik laporan CNN, Perdana Menteri UEA, Sheikh Mohammed Ashid Al Maktoum berkata, jabatan menteri yang baru ini bertugas melakukan kegiatan-kegiatan sosial yang membawa kepada nilai kebahagiaan kepada rakyat UAE.

Al Roumi akan dibantu oleh Menteri Perhubungan Sheikha Lubna Khaled al Qasimi, yang sebelumnya menjawat jawatan sebagai menteri perdagangan luar negeri dan merupakan menteri perempuan pertama UEA.

Untuk rekod UAE merupakan negara ke-20 yang paling bahagia di dunia menerusi laporan PBB.

UEA bukan negara pertama yang mewujudkan Kementerian Kebahagiaan. Pada 2013, Venezuela terlebih dahulu mewujudkan Kementerian Kebahagiaan Sosial.

imagefff_zpsd8s7p0yk.jpg
 
IS guna gas mustard

BAGHDAD - IRAQ. Kumpulan militan IS didakwa menggunakan gas mustard ketika bertempur dengan pejuang Kurdish di Iraq.

Sumber di Pertubuhan Larangan bagi Senjata Kimia (OPCW) mengesahkan hasil ujian makmal ke atas sampel menunjukkan ia positif sulfur mustard selepas kira-kira 35 pejuang Kurdish dilaporkan jatuh sakit di medan perang di barat Erbil, Ogos lalu.

Oktober lalu, OPCW membuat kesimpulan bahawa gas mustard telah digunakan di Syria dan pakar percaya senjata tersebut mungkin diperoleh daripada stok yang tidak diisytiharkan rejim Presiden Bashar al-Assad atau dihasilkan sendiri oleh IS.

Difahamkan, sebahagian besar senjata kimia Iraq telah dimusnahkan ketika era bekas Presiden Saddam Hussein walaupun tentera Amerika Syarikat (AS) mendakwa telah menemui bekalan tersebut ketika pencerobohan pada 2003-2011, lapor al-Arabiya.


imageggg_zpsawiplfar.jpg
 
Turki Mahu Tembok Keselamatan Di Sempadan Bahagian Syria

ANKARA: Turki mahu mewujudkan zon selamat kira-kira 10 kilometer dari sempadan negara itu dengan Syria, kata Timbalan Perdana Menteri, Yalcin Akdogan pada Rabu.

Akdogan berkata, zon itu termasuk bandar Azaz di Syria.

"Apa yang kita mahu adalah mewujudkan tembok keselamatan, termasuk Azaz, 10 kilometer ke dalam Syria dan zon ini hendaklah bebas daripada sebarang pertempuran," kata Akdogan dalam satu temuramah di saluran televisyen Turki, AHaber. - AFP

tembok_zps0ujlldsr.jpg
 
Gencatan senjata mustahil: Bashar

Damsyik: Presiden Syria, Bashar al-Assad kelmarin menganggap pelan gencatan senjata yang disokong antarabangsa sebagai mustahil kerana ia sukar untuk dilaksanakan.

Pelan itu dikemukakan beberapa pemimpin dunia di Munich, Jerman Jumaat lalu yang mahu serangan dihentikan dalam tempoh seminggu.

“Mereka mahu gencatan senjata dalam masa seminggu. Siapa yang mampu mengumpul semua syarat dan keperluan dalam satu minggu? Tiada siapa,” kata Bashar dalam satu kenyataan yang disiarkan di televisyen negara itu.

“Siapa yang akan berbincang dengan pengganas? Sekiranya mereka enggan menerima gencatan senjata, siapa yang mampu memaksa mereka?

“Secara praktikal, berbincang (mengenai gencatan senjata) adalah sukar,” katanya.

Bashar menggunakan perkataan pengganas untuk merujuk kepada semua kumpulan yang menentangnya.

Negara kuasa besar dunia mahu kemasukan bantuan kemanusiaan segera di seluruh Syria dan gencatan senjata bermula dalam tempoh satu minggu.

Namun, gencatan senjata itu tidak termasuk, kumpulan penentang Barisan Al-Nusra yang mempunyai hubungan dengan al-Qaeda dan kumpulan militan Negara Islam.

Perincian bagaimana pelan itu dilaksanakan masih diusahakan oleh satu panel Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang dipengerusikan bersama oleh Amerika Syarikat dan Russia.

Tambah Bashar, gencatan senjata tidak bermakna semua pihak berhenti menggunakan senjata mereka. - AFP


17hmfikult.transformed_zps6eklcyab.jpg
 
Kembar siam Syria berjaya dipisahkan

RIYADH 16 Feb. – Pasangan kembar berusia empat tahun dari Syria yang bercantum di bahagian kepala sejak dilahirkan, berjaya dipisahkan selepas menjalani pembedahan selama 10 jam di Hospital Pakar Kanak-Kanak Raja Abdullah di sini, baru-baru ini.

Menurut portal Mail Online, pembedahan keempat dan terakhir pasangan kembar perempuan, Tuqa dan Yakeen Al-Khadar itu melibatkan 22 orang doktor dan jururawat.

Jurucakap hospital memaklumkan, pihak hospital telah membuat persediaan untuk pembedahan tersebut sejak April 2014 lagi.

Dr. Ahmad Furrayan yang mengetuai pembedahan tersebut berkata, pasukannya mengambil masa selama 10 jam dan bukannya 12 jam seperti yang dirancang sebelum ini.

“Pasangan kembar ini berkongsi kepala yang sama, sekali gus menjadi antara kes pembedahan yang paling sukar melibatkan pasangan kembar siam,” ujarnya.

Katanya, Tuqa dan Yakeen berkongsi tengkorak tetapi bukan bahagian otak, keadaan digelar kembar craniopagus, kes unik yang hanya berlaku melibatkan satu dalam 2.5 juta kelahiran.

Kesengsaraan pasangan kembar itu terbongkar pada 2013 selepas bapanya, Hussein Al-Khadr merayu kepada pemerintah Arab Saudi, Raja Abdullah untuk membantu kos rawatan.

Walaupun ketika itu pembedahan segera terpaksa dilakukan, bapa pasangan kembar siam tersebut memberitahu, dia tidak berkemampuan berikutan konflik perang saudara di Syria.

Ketika itu pasangan tersebut berusia 16 bulan.

Pada asalnya, kembar berkenaan hanya mempunyai peluang hidup antara 60 peratus, tetapi kejayaan pasukan perubatan dari Arab Saudi itu sangat menakjubkan selepas tahap kesihatan kembar terbabit semakin baik.

Kes pemisahan pasangan kembar itu merupakan kes ke-37 dilaksanakan di Arab Saudi sejak 1990 melibatkan bayi daripada lebih 18 negara termasuk Sudan, Yemen, Mesir, Malaysia, Filipina, Poland, Maghribi, dan Iraq.


imagedd_zpsxesepp50.jpg
 
Yakjuj Makjuj

وَيَسْأَلُونَكَ عَنْ ذِي الْقَرْنَيْنِ ۖ قُلْ سَأَتْلُو عَلَيْكُمْ مِنْهُ ذِكْرًا
83

إِنَّا مَكَّنَّا لَهُ فِي الْأَرْضِ وَآتَيْنَاهُ مِنْ كُلِّ شَيْءٍ سَبَبًا
84

فَأَتْبَعَ سَبَبًا
85

حَتَّىٰ إِذَا بَلَغَ مَغْرِبَ الشَّمْسِ وَجَدَهَا تَغْرُبُ فِي عَيْنٍ حَمِئَةٍ وَوَجَدَ عِنْدَهَا قَوْمًا ۗ قُلْنَا يَا ذَا الْقَرْنَيْنِ إِمَّا أَنْ تُعَذِّبَ وَإِمَّا أَنْ تَتَّخِذَ فِيهِمْ حُسْنًا
86

قَالَ أَمَّا مَنْ ظَلَمَ فَسَوْفَ نُعَذِّبُهُ ثُمَّ يُرَدُّ إِلَىٰ رَبِّهِ فَيُعَذِّبُهُ عَذَابًا نُكْرًا
87

وَأَمَّا مَنْ آمَنَ وَعَمِلَ صَالِحًا فَلَهُ جَزَاءً الْحُسْنَىٰ ۖ وَسَنَقُولُ لَهُ مِنْ أَمْرِنَا يُسْرًا
88

ثُمَّ أَتْبَعَ سَبَبًا
89

حَتَّىٰ إِذَا بَلَغَ مَطْلِعَ الشَّمْسِ وَجَدَهَا تَطْلُعُ عَلَىٰ قَوْمٍ لَمْ نَجْعَلْ لَهُمْ مِنْ دُونِهَا سِتْرًا
90

كَذَٰلِكَ وَقَدْ أَحَطْنَا بِمَا لَدَيْهِ خُبْرًا
91

ثُمَّ أَتْبَعَ سَبَبًا
92

حَتَّىٰ إِذَا بَلَغَ بَيْنَ السَّدَّيْنِ وَجَدَ مِنْ دُونِهِمَا قَوْمًا لَا يَكَادُونَ يَفْقَهُونَ قَوْلًا
93

قَالُوا يَا ذَا الْقَرْنَيْنِ إِنَّ يَأْجُوجَ وَمَأْجُوجَ مُفْسِدُونَ فِي الْأَرْضِ فَهَلْ نَجْعَلُ لَكَ خَرْجًا عَلَىٰ أَنْ تَجْعَلَ بَيْنَنَا وَبَيْنَهُمْ سَدًّا
94

قَالَ مَا مَكَّنِّي فِيهِ رَبِّي خَيْرٌ فَأَعِينُونِي بِقُوَّةٍ أَجْعَلْ بَيْنَكُمْ وَبَيْنَهُمْ رَدْمًا
95

آتُونِي زُبَرَ الْحَدِيدِ ۖ حَتَّىٰ إِذَا سَاوَىٰ بَيْنَ الصَّدَفَيْنِ قَالَ انْفُخُوا ۖ حَتَّىٰ إِذَا جَعَلَهُ نَارًا قَالَ آتُونِي أُفْرِغْ عَلَيْهِ قِطْرًا
96

فَمَا اسْطَاعُوا أَنْ يَظْهَرُوهُ وَمَا اسْتَطَاعُوا لَهُ نَقْبًا
97

قَالَ هَٰذَا رَحْمَةٌ مِنْ رَبِّي ۖ فَإِذَا جَاءَ وَعْدُ رَبِّي جَعَلَهُ دَكَّاءَ ۖ وَكَانَ وَعْدُ رَبِّي حَقًّا
98

۞ وَتَرَكْنَا بَعْضَهُمْ يَوْمَئِذٍ يَمُوجُ فِي بَعْضٍ ۖ وَنُفِخَ فِي الصُّورِ فَجَمَعْنَاهُمْ جَمْعًا
99

[83]
Dan mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad), mengenai Zulkarnain. Katakanlah: “Aku akan bacakan kepada kamu (wahyu dari Allah yang menerangkan) sedikit tentang perihalnya”:
[84]
Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadanya kekuasaan memerintah di bumi, dan Kami beri kepadanya jalan bagi menjayakan tiap-tiap sesuatu yang diperlukannya.
[85]
Lalu ia menurut jalan (yang menyampaikan maksudnya).
[86]
Sehingga apabila ia sampai ke daerah matahari terbenam, ia mendapatinya terbenam di sebuah matair yang hitam berlumpur, dan ia dapati di sisinya satu kaum (yang kufur ingkar). Kami berfirman (dengan mengilhamkan kepadanya): “Wahai Zulkarnain! Pilihlah sama ada engkau hendak menyeksa mereka atau engkau bertindak secara baik terhadap mereka”.
[87]
Ia berkata: “Adapun orang yang melakukan kezaliman (kufur derhaka), maka kami akan menyeksanya; kemudian ia akan dikembalikan kepada Tuhannya, lalu diazabkannya dengan azab seksa yang seburuk-buruknya.
[88]
Adapun orang yang beriman serta beramal soleh, maka baginya balasan yang sebaik-baiknya; dan kami akan perintahkan kepadanya perintah-perintah kami yang tidak memberati”.
[89]
Kemudian ia berpatah balik menurut jalan yang lain.
[90]
Sehingga apabila ia sampai di daerah matahari terbit, ia mendapatinya terbit kepada suatu kaum yang kami tidak menjadikan bagi mereka sebarang perlindungan daripadanya.
[91]
Demikianlah halnya; dan sesungguhnya Kami mengetahui secara meliputi akan segala yang ada padanya.
[92]
kemudian ia berpatah balik menurut jalan yang lain.
[93]
Sehingga apabila ia sampai di antara dua gunung, ia dapati di sisinya satu kaum yang hampir-hampir mereka tidak dapat memahami perkataan.
[94]
Mereka berkata: “wahai Zulkarnain, sesungguhnya kaum Yakjuj dan Makjuj sentiasa melakukan kerosakan di bumi; oleh itu, setujukah kiranya kami menentukan sejumlah bayaran kepadamu (dari hasil pendapatan kami) dengan syarat engkau membina sebuah tembok di antara kami dengan mereka?”
[95]
Dia menjawab: “(kekuasaan dan kekayaan) yang Tuhanku jadikan daku menguasainya, lebih baik (dari bayaran kamu); oleh itu bantulah daku dengan tenaga (kamu beramai-ramai) aku akan bina antara kamu dengan mereka sebuah tembok penutup yang kukuh.
[96]
Bawalah kepadaku ketul-ketul besi”; sehingga apabila ia terkumpul separas tingginya menutup lapangan antara dua gunung itu, ddia pun perintahkan mereka membakarnya dengan berkata: “Tiuplah dengan alat-alat kamu” sehingga apabila ia menjadikannya merah menyala seperti api, berkatalah dia: “Bawalah tembaga cair supaya aku tuangkan atasnya”.
[97]
Maka mereka tidak dapat memanjat tembok itu, dan mereka juga tidak dapat menebuknya.
[98]
(Setelah itu) berkatalah Zulkarnain: “Ini ialah suatu rahmat dari Tuhanku; dalam pada itu, apabila sampai janji Tuhanku, Dia akan menjadikan tembok itu hancur lebur, dan adalah janji Tuhanku itu benar”.
[99]
Dan Kami biarkan mereka pada hari itu (keluar beramai-ramai) bercampur-baur antara satu dengan yang lain; dan (kemudiannya) akan ditiup sangkakala, lalu Kami himpunkan makhluk-makhluk seluruhnya di Padang Mahsyar.

quran 18:83-99



حَتَّىٰ إِذَا فُتِحَتْ يَأْجُوجُ وَمَأْجُوجُ وَهُمْ مِنْ كُلِّ حَدَبٍ يَنْسِلُونَ
96

وَاقْتَرَبَ الْوَعْدُ الْحَقُّ فَإِذَا هِيَ شَاخِصَةٌ أَبْصَارُ الَّذِينَ كَفَرُوا يَا وَيْلَنَا قَدْ كُنَّا فِي غَفْلَةٍ مِنْ هَٰذَا بَلْ كُنَّا ظَالِمِينَ
97



[96]
(Demikianlah keadaan mereka) hingga apabila terbuka tembok yang menyekat Yakjuj dan Makjuj, serta mereka meluru turun dari tiap-tiap tempat yang tinggi.
[97]
Dan hampirlah datangnya janji hari kiamat yang benar, maka dengan serta-merta pandangan mata orang-orang yang kufur ingkar terbeliak (sambil berkata dengan cemas): “Aduhai celakanya Kami. Sesungguhnya kami telah tinggal dalam keadaan yang melalaikan kami daripada memikirkan perkara ini, bahkan kami telah menjadi orang-orang yang menganiaya diri sendiri”.

quran 21:96-97
 
hadis bukhari tentang yakjuj makjuj

1
Hadis Sahih Bukhari

Dari Zainab binti Jahsyi r.a. bahawa dia berkata: Pada suatu kali Nabi saw. bangun dari tidurnya dengan muka merah. Beliau mengucapkan: "Tiada Tuhan selain dari Allah. Malang bangsa Arab, disebabkan bahaya yang hampir terjadi. Di hari ini telah terbuka tembok Yakjuj dan Makjuj, serupa ini." Sufyan yang meriwayatkan hadis mengisyaratkan dengan jarinya sembilan puluh atau seratus. Ada orang bertanya: "Binasakah kami, sedang di antara kami masih ada orang-orang yang baik?" Jawab Nabi: "Ya, binasa! Apabila banyak yang buruk."

2
Hadis Sahih Bukhari

Dari Abu Said Al Khudri r.a., dari Nabi s.a.w., beliau bersabda: "Tuhan yang Maha Tinggi berfirman: "Hai Adam!" Ia lalu menjawab: "Saya, ya Tuhan! Kebaikan di tangan Engkau!" Tuhan berfirman: "Keluarkanlah utusan ke neraka!" Kata Adam: "Siapakah utusan ke neraka itu?" Tuhan berfirman: "Seorang dari setiap seribu sembilan ratus sembilan puluh sembilan. Maka ketika itu anak kecil beruban dan yang mempunyai kandungan melahirkan kandungannya, dan engkau lihat manusia dalam keadaan mabuk, tetapi sebenarnya mereka bukan mabuk, melainkan seksaan Tuhan amat kerasnya". Mereka berkata: "Hai Rasulullah! Siapakah di antara kita yang seorang itu?"

Beliau bersabda: "Gembiralah kamu, kerana sesungguhnya daripada kamu seorang, dan daripada Yakjuj Makjuj seribu". Kemudian beliau bersabda: "Demi Tuhan yang diri ku di tanganNya! Sesungguhnya saya mengharapkan bahawa kamu seperempat ahli syurga". Kami lalu takbir." Beliau bersabda: "Saya mengharapkan kamu sepertiga ahli syurga". Kami lalu takbir. Beliau pun terus bersabda: "Saya mengharapkan kamu seperdua ahli syurga". Kami pun takbir. Kemudian beliau bersabda: "Kamu dalam kumpulan manusia, hanyalah sebagai sehelai rambut hitam pada kulit lembu yang putih atau sebagai rambut putih pada kulit lembu hitam ".

3
Hadis Sahih Bukhari

Dari Zainab binti Jahsy r.a., Nabi s.a.w. masuk ke tempatnya dalam keadaan cemas sambil bersabda: La ilaha illallah. Celaka orang Arab kerana bahaya yang sungguh telah dekat. Hari ini telah dibukakan tutup (dinding) Ya'Juj Makjuj seperti ini. Beliau melingkarkan dua ibu jari dengan jari yang lain. Saya lalu bertanya: "Hai Rasulullah! Akan binasakah kita, padahal orang-orang yang baik-baik masih ada di antara kita?" Beliau menjawab: "Ya, apabila telah banyak yang buruk!"

4
Hadis Sahih Bukhari

Dari Abu Sa'id Al Khudri r.a., dari Nabi saw., sabda beliau: "Haji dan Umrah ke Kaabatullah akan tetap dilaksanakan orang walaupun setelah keluar Yakjuj dan Makjuj."
 
hadis tarmizi tentang yakjuj makjuj

1
Hadis Sunan At-Termizi

Ali bin Hujr menceritakan kepada kami, Al Walid bin Muslim, Abdullah bin Abdur Rahman bin Yazid bin Jabir memberitahukan kepada kami, hadis salah satunya masuk dalam hadis lainnya, dari Abdur Rahman bin Jabir dari Yahya bin Jabir dari Abdur Rahman bin Jubair dari ayahnya iaitu Jubair bin Nufair dari An Nawas bin Samaan Al-Kilabi berkata:

"Rasulullah saw. menuturkan Dajjal pada suatu pagi, lalu beliau menurunkan dan mengangkat (pandangannya) sehingga kami menyangka dia di sekitar pohon kurma", Nawwas berkata: "Lalu kami pergi dari sisi Rasulullah kemudian kami kembali kepada Beliau kemudian beliau mengetahui tanda ketakutan kami kepada Dajjal kemudian Beliau bersabda: "Apa yang terjadi padamu?" Dia berkata: "

Kami berkata: "Wahai Rasulullah engkau telah menyebutkan Dajjal pada suatu pagi lalu engkau merendahkan (pandangan) dan mengangkatnya sehingga kami menyangka dia berada di sekitar pohon kurma". Beliau bersabda: "Selain Dajjal lebih aku takuti atas kamu. Kalau dia keluar sedangkan aku ada di tengah-tengah kamu maka aku menang atasnya dengan hujjah di hadapanmu dan kalau dia keluar dan kalau aku tidak berada di tengah-tengah kamu, maka setiap orang menghadapinya sendiri dengan hujjah dan Allah adalah penggantiku atas setiap muslim.

Sesungguhnya Dajjal adalah pemuda yang sangat keriting rambutnya, matanya menonjol menyerupai Abdul Azza bin Qathan. Barang siapa di antara kamu melihatnya maka hendaklah ia membaca ayat-ayat permulaan surat Kahfi." Beliau bersabda: "ia keluar di daerah antara Syam dan Iraq lalu merusak ke kiri dan ke kanan. Hai hamba Allah, tinggallah dengan tenang." Kami berkata: "Wahai Rasulullah berapa lama ia tinggal di bumi?" Beliau bersabda: "Empat puluh hari yang sehari seperti sebulan dan sehari seperti satu minggu dan seluruh hari hari lainnya seperti hari-harimu". Dia berkata: "Wahai Rasulullah beritahulah kami sehari seperti setahun apakah cukup bagi kami melakukan solat sehari?" Beliau bersabda: "Tidak, tetapi perkirakanlah".

Kami berkata: "Wahai Rasulullah, bagaimana kecepatan Dajjal di bumi?" Beliau bersabda: "Seperti kecepatan hujan, yang diikuti dari belakang oleh angin lalu mendatangi kaum lalu mengajak mereka tapi mereka mendustakannya dan mengembalikan perkataannya kepadanya. Ia pergi dari mereka kemudian mendatangi suatu kaum lalu mengajak mereka lalu mereka mengabulkan ajakannya dan membenarkannya. Kemudian ia memerintahkan langit agar menurunkan hujan lalu ia menurunkan hujan dan memerintahkan bumi agar tumbuh tumbuh-tumbuhan lalu ia menumbuhkan tumbuh-tumbuhan lalu binatang ternak mereka kembali pada petang hari kepada mereka dalam keadaan sangat tinggi setinggi puncak (kerana sangat gemuk) sangat lebar punggungnya (kerana kenyang) serta sangat deras air susunya.

Kemudian ia mendatangi tanah yang hancur lalu berkata kepadanya: "Keluarkanlah simpanan-simpananmu" lalu ia pergi dari tanah tersebut maka tanah itu mengeluarkan simpanan-simpanannya serta mengikuti pemimpin lebah. Kemudian ia memanggil seorang pemuda beliau lalu membunuhnya dengan pedang lalu memotongnya menjadi dua potongan kemudian memanggilnya maka pemuda itu datang menghadap kepadanya dengan muka berseri-seri serta tertawa. Pada saat seperti itu tiba-tiba Isa bin Maryam turun di arah timur kota Damasqus di dekat menara putih berpakaian dua kain mahrudah (berwarna kuning) serta meletakkan tangannya pada sayap dua malaikat.

Apabila ia menundukkan mukanya meneteslah (butiran mutiara) dan apabila ia mengangkat kepalanya jatuhlah butiran seperti mutiara daripadanya." Beliau bersabda: "Tidaklah seseorang (orang kafir) mendekatkan bau nafasnya melainkan dia mati dan bau nafasnya adalah sepanjang penglihatannya." Beliau bersabda: "Lalu dia mencari Dajjal sehingga menjumpainya di pintu Ludd (daerah Baitul Maqdis) kemudian beliau membunuhnya". Beliau bersabda: "Lalu beliau (Isa) tinggal dalam keadaan seperti itu menurut kehendak Allah". Beliau bersabda: "Kemudian Allah memerintahkan kepadanya "Singkirkan hamba-hambaKu ke gunung kerana sesungguhnya Aku tempatkan hamba-hambaKu yang tidak ada seorangpun mampu memerangi mereka."

Beliau bersabda: "Allah membangkitkan Yakjuj dan Makjuj dan mereka seperti apa yang difirmankan Allah: yang beerti (mereka dari setiap tanah yang tinggi berjalan dengan cepat).(Surah Anbiya: 96). Beliau bersabda: Permulaan rombongan mereka melalui laut kecil Athabariyyah lalu meminum air yang ada di dalamnya, kemudian akhir rombongan melewatinya lalu berkata: "Sungguh di tempat ini pernah ada air", Lalu mereka berjalan sehingga sampai di gunung Baitul Maqdis lalu berkata: "Sungguh kami telah membunuh orang yang berada di bumi, marilah kita membunuh orang yang ada di langit", lalu mereka melemparkan panah mereka ke langit".

Kemudian Allah mengembalikan panah mereka kepada mereka dalam keadaan berwarna merah darah. Isa bin Maryam dan teman-temannya dikepung sehingga kepala sapi pada hari itu lebih baik bagi mereka daripada seratus dinar bagi seseorang di antara kamu pada hari ini." Beliau bersabda: "Lalu Isa bin Maryam dan sahabatnya memohon kepada Allah agar membinasakan mereka." Beliau bersabda: "Lalu Allah mengirimkan atas mereka (Yakjuj dan Makjuj) ulat pada leher mereka, lalu pagi-pagi mereka menjadi mangsa binatang buas serta mati seperti matinya satu orang.

Beliau bersabda: "Isa dan sahabat-sahabatnya turun tapi tidak menjumpai sejengkal tempat melainkan dipenuhi lemak, bau busuk dan darah mereka." Beliau bersabda: "Lalu Isa dan sahabat-sahabatnya memohon kepada Allah. Beliau bersabda: "Lalu Allah mengirimkan atas mereka burung-burung yang lehernya seperti leher unta, lalu membawa mereka (mayat-mayat tersebut) dan melemparkan mereka ke tebing. Dan orang-orang muslim menyalakan api dengan anak panah, panah dan tempat panah mereka selama tujuh tahun dan Allah menurunkan atas mereka hujan yang kerananya rumah yang terbuat dari bulu (rumah kota) maupun rumah yang terbuat dari tanah keras (rumah badui) tidak tertutup apapun".

Beliau bersabda: "Lalu hujan itu mencuci bumi kemudian membiarkannya seperti cermin." Beliau bersabda: "Kemudian dikatakan kepada bumi keluarkanlah buah-buahan dan kembalikanlah berkahmu". Pada hari itu satu rombongan makan buah delima dan mereka bernaung dengan kulitnya, dan Allah memberi berkah pada susu sehingga rombongan banyak cukup dengan seekor unta yang baru melahirkan. Sesungguhnya satu kabilah cukup dengan sapi yang baru melahirkan dan satu keluarga cukup dengan satu kambing yang baru melahirkan. Pada saat mereka dalam keadaan demikian itu tiba-tiba Allah mengirimkan angin lalu mencabut nyawa setiap mukmin dan tinggal manusia yang tidak beriman, di mana mereka bersetubuh dengan terang-terangan sebagaimana keldai bersetubuh dengan terang-terangan. Maka atas merekalah datangnya hari kiamat."

Hadis ini adalah gharib hasan sahih. Kami tidak mengetahui selain dari hadis Abdur Rahman bin Yazid bin Jabir.

2
Hadis Sunan At-Termizi .

Bundar menceritakan kepada kami, Abdurrahman bin Mahdi memberitahukan kepada kami, Sufyan memberitahukan kepada kami dari Furat Al-Qazzaz dari Abi Thufail dari Hudzaifah bin Usaid berkata: "Rasulullah SAW tampak di hadapan kami dari kamar atas sedangkan kami tengah saling mengingatkan tentang hari kiamat lalu Rasulullah SAW bersabda:

"Hari kiamat tidak datang sehingga kamu melihat sepuluh tanda iaitu terbitnya matahari dari barat, keluarnya Jakjuj dan Makjuj, keluarnya dabbah (binatang), terjadinya tiga gerhana bulan iaitu gerhana di timur, gerhana di barat dan gerhana di Jazirah Arab, api yang keluar dari pedalaman kota Adn yang menggiring manusia atau menghimpun manusia (ke tempat berkumpul) lalu api itu bermalam beserta mereka di tempat mereka bermalam dan ia tidur siang beserta mereka ditempat mereka tidur siang."

3
Hadis Sunan At-Termizi

Said bin Abdurrahman Al-Makhzumi dan lain-lainnya menceritakan kepada kami, mereka berkata: "Sufyan memberitahukan kepada kami, dari Az Zuhri dari Urwah dari Zainab binti Abi Salamah dari Habibah dari Ummi Habibah dari Zainab binti Jahsy berkata:

"Rasullullah SAW bangun dari tidur dengan merah mukanya seraya bersabda: "Tiada Tuhan selain Allah - beliau mengulanginya tiga kali -celaka bagi orang-orang Arab kerana datangnya kejahatan yang telah dekat. Dibuka hari ini benteng Yakjuj dan Makjuj seperti ini". Beliau sambil membentuk angka sepuluh (meletakkan ujung telunjuk kearah kelipatan ibu jari sehingga membentuk lobang yang sangat kecil).

Zainab berkata: "Aku berkata: "Wahai Rasulullah, apakah kami binasa sedang di tengah kami ada orang-orang soleh?" Beliau bersabda: "Ya, apabila kejahatan bermaharaja lela."

Hadis ini adalah hasan sahih. Sufyan menganggap hasan kepada hadis ini. AI-Humaidi berkata dari Sufyan bin Uyainah: aku hafal dari Azzuhri dalam isnad empat orang wanita iaitu Zainab binti Abi Salamah dari Habibah mereka adalah anak perempuan tiri Rasulullah SAW dari Ummi Habibah dari Zainab binti Jahsy kedua isteri Rasulullah SAW. Ma'mar meriwayatkan hadis ini dari Azzuhri dan tidak menyebutkan di dalamnya dari Habibah.
 
Back
Top
Log in Register