BTC USD 84,517.2 Gold USD 4,177.41
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dunia Islam

AS bina sistem pertahan peluru berpandu di Asia

WASHINGTON: Pelancaran roket terbaharu oleh Korea Utara mungkin menjurus kepada pembangunan sistem pertahanan peluru berpandu Amerika Syarikat (AS) di Asia. Pihak berkuasa AS dan pakar pertahanan peluru berpandu berkata, langkah itu bagaimanapun mencetuskan ketegangan sedia ada di antara AS-China, selain menjejaskan hubungan di antara Beijing dan Seoul. Korea Utara berkata, ia meletakkan satelit pencerap bumi ke orbit, semalam, namun AS dan sekutunya melihat pelancaran itu sebagai menutup teknologi pembangunan peluru berpandu balistik Pyongyang yang boleh digunakan untuk melancarkan senjata nuklear.

AS berusaha meredakan kebimbangan sekutunya, Korea Selatan dan Jepun dengan komitmennya terhadap pertahanan mereka selepas pelancaran itu susulan ujian nuklear Korea Utara, 6 Januari lalu. AS dan Korea Selatan berkata, mereka akan memulakan rundingan rasmi mengenai pengerahan Sistem Terminal Pertahanan Kawasan Altitud Tinggi canggih atau THAAD ke semenanjung Korea, secepat mungkin.

"Korea Selatan teragak-agak membincangkan secara terbuka kemungkinan itu berikutan bimbang mengecilkan hati China, rakan dagang terbesarnya. "Beijing yang tidak sebulu dengan AS berhubung reaksi Washington terhadap pembinaan pulau buatannya di Laut China Selatan, bimbang dengan pembangunan sistem itu, yang boleh menembusi jajahan negaranya. - REUTERS

08roket.transformed_zps2vuavy3r.jpg
 
Trump mahu guna kaedah kejam perangi militan IS

WASHINGTON DC: Calon pendahulu presiden Republikan, Donald Trump, semalam menyuarakan persetujuannya dengan kaedah kejam bagi menangani ancaman militan IS. Ini termasuk taktik soal siasat kontroversi yang dikenali sebagai 'waterboarding' atau melemaskan. Dalam temuramahnya dengan progam "This Week" saluran televisyen ABC, Trump membincangkan menghidupkan semula taktik itu dan melaksanakan teknik soal siasat lain yang lebih keras.

Beliau memetik isu pemenggalan penganut Kristian di Asia Barat sebagai bukti perlunya kaedah soal siasat lebih keras untuk kumpulan militan. "Jika saya perlu melakukannya, pastinya saya akan menghidupkan semula kaedah melemaskan itu...dan jika ada kaedah lain yang lebih keras berbanding teknik melemaskan itu, saya akan perkenalkannya juga," katanya.

Apabila ditanya wartawan George Stephanopoulos jika itu bermaksud Amerika Syarikat (AS) akan menggunakan kaedah sama iaitu memenggal penculik, Trump berkata, beliau akan menghidupkan semula kaedah kontroversi itu dan memperkenalkan teknik lain yang lebih kejam. 'Waterboarding' adalah teknik melemaskan dengan mencurah air ke wajah seseorang. Pengkritik berkata kaedah itu satu penderaan dan Presiden Barack Obama melarang kaedah itu beberapa hari selepas mengambil alih jawatan pada tahun 2009. - AGENSI

08trump.transformed_0_zpsuu0vfvt9.jpg
 
Berjaya hantar bantuan

DAMSYIK - SYRIA. Agensi bantuan berjaya menghantar bantuan kepada 700 keluarga di Mu'adamiyat al-Sham yang dikuasai kumpulan militan berhampiran ibu negara Syria.

Kelmarin, Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC) dan Persatuan Bulan Sabit Merah Arab dilaporkan mendapat akses untuk menghantar bekalan makanan dan kit kebersihan kepada kira-kira 3,500 penduduk.

Jurucakapnya memaklumkan lebih banyak bantuan akan dihantar ke kawasan terjejas di Mu'adamiyat al-Sham dalam tempoh beberapa hari lagi.

Dalam perkembangan lain, Turki memaklumkan mereka tidak akan membiarkan ribuan pelarian Syria yang terkandas di sempadan dan agensi bantuan turut memberi amaran 'situasi terdesak' susulan kebanjiran golongan terbabit.

Puluhan ribu pelarian termasuk wanita dan kanak-kanak kehilangan tempat tinggal selepas tentera kerajaan disokong Rusia mara ke bandar Aleppo.

Media tempatan melaporkan Ankara kini berdepan krisis baharu kerana telah mencapai had kapasiti untuk menerima kemasukan lebih ramai pelarian. - AFP


image1111_zps4cmxmdsq.jpg
 
Israel tambah 30,000 permit kerja rakyat Palestin, langkah kurangkan serangan

BAITULMAQDIS: Israel bercadang untuk menambah jumlah permit masuk kepada pekerja Palestin sebagai usaha mengurangkan beban ekonomi yang menyumbang kepada peningkatan gelombang serangan rakyat di wilayah terkepung itu. Secara terbuka, kerajaan Israel menuduh pemimpin Palestin, termasuk Presiden Mahmoud Abbas dan pemimpin puak Islam bertanggungjawab mencetuskan keganasan. Namun, pihak berkuasa keselamatan Israel juga mengaitkan situasi itu dengan keadaan terdesak dalam kalangan belia Palestin yang melihat masa depan kelam dari sudut ekonomi di jajahan terkepung di Tebing Barat.

Seorang pegawai Kementerian Pertahanan mengesahkan laporan dalam akhbar Haaretz hari ini, yang menyebut Israel akan menambah 30,000 jumlah permit kerja untuk rakyat Palestin. "Beberapa perancangan sedang diteliti," kata seorang pegawai Israel lain. Bank Israel melaporkan, ketika ini, 55,000 rakyat Palestin mempunyai permit untuk bekerja di Israel, kebanyakannya dalam sektor binaan dan pertanian.

Mereka perlu melepasi pemeriksaan keselamatan Israel sebelum dokumen dikeluarkan. Tambahan 30,000 buruh Palestin tanpa permit turut memasuki Israel setiap hari. Perancangan baharu itu akan meningkatkan jumlah pekerja Israel yang disekat pihak berkuasa keselamatan negara Zionis itu. - REUTERS

08pusat.transformed_zpswhg5s68f.jpg
 
Militan IS bunuh 
300 warga Iraq

BAGHDAD 8 Feb. - Skuad penembak kumpulan militan Negara Islam (IS) didakwa telah membunuh 300 orang terdiri daripada anggota polis, tentera dan aktivisi awam Iraq di wilayah Nineveh di utara.

Semalam, kumpulan pengganas berkenaan telah memotong tangan kanan tiga remaja di khalayak ramai di bandar Mosul setelah mereka dituduh mencuri, kata jurucakap pasukan pergerakan popular Iraq, Mahmoud al-Sourji dipetik portal presstv.

Kejadian berkenaan dilaporkan telah mencetuskan kemarahan penduduk di bandar itu yang dikuasai kumpulan pengganas itu, berikutan tiga remaja tersebut di bawah umur dan hukuman dilaksanakan oleh apa yang mereka panggil ‘Mahkamah Syariah’ tanpa menjalankan siasatan.

Beliau berkata, kumpulan pengganas itu kini dilanda kebimbangan berikutan kemarahan orang awam terhadap pembunuhan beramai-ramai itu.

Sementara itu, tentera Iraq berjaya membunuh komander kumpulan militan IS dikenali sebagai Abu Leil dan empat rakannya di daerah Garma, timur bandar Fallujah di wilayah Anbar.

Sehari sebelum itu, seorang lagi komander kumpulan militan itu dikenali sebagai Shobaib Abu Majd al-Kanani turut terbunuh bersama-sama lapan komander lain kumpulan militan itu dalam serangan udara di Nineveh.

Sejak akhir-akhir ini, kumpulan pengganas tersebut mengalami kekalahan dalam pertempuran dengan pasukan tentera Iraq sejak kumpulan itu menguasai sebahagian besar wilayah Iraq pada Jun 2014.

imagedd_zpsgtnkkj0z.jpg
 
Serangan udara Rusia berjaya usir pemberontak Syria

BEIRUT – Pemberontak Syria telah berundur dari tiga buah perkampungan yang berdepan serangan udara Rusia di wilayah Aleppo berhampiran sempadan Turki, menyebabkan kampung-kampung terbabit ditawan pejuang Kurdish, dakwa sebuah badan pemantau semalam.

Badan Pemantau Hak Asasi Manusia Syria mendedahkan pemberontak meninggalkan kampung Aqlamiyah, Deir Jamal dan Mareanar kelmarin atas permintaan penduduk di sana yang khuatir rumah mereka akan dibedil.

Tindakan itu membolehkan Unit Perlindungan Rakyat Kurdish (YPG) masuk dan mengambil alih kuasa di ketiga-tiga kampung tersebut, hanya beberapa hari selepas pemberontak Syria kehilangan beberapa pekan berhampiran kepada puak Kurdish.

Aqlamiyah dan Mareanar terletak berhampiran pangkalan udara strategik tentera, Minnigh yang ditawan pemberontak sejak bulan Ogos 2013.

“Serpihan kumpulan pemberontak di utara bandar Aleppo semakin ‘tersepit’ antara pasukan YPG dan pejuang prokerajaan,” kata satu sumber tentera kepada agensi be*rita AFP.

“Selepas beberapa pertempuran antara pemberontak dan YPG, penduduk kampung terbabit mendesak pemberontak menyerahkan kuasa kepada puak Kurdish bagi mengelak rumah mereka menjadi sasaran jet pejuang Rusia,” jelas ketua badan pemantau itu, Rami Abdel Rahman.

Sejak September lalu, tentera udara Rusia telah melancarkan banyak serangan udara ke atas kumpulan yang menentang Presiden Syria, Bashar Al-Assad.

Kempen pengeboman udara itu terus diperhebatkan sejak beberapa minggu lalu di wilayah Aleppo, membolehkan tentera bersekutu dan kerajaan mara lebih jauh serta memaksa berpuluh ribu rakyat Syria melarikan diri ke arah sempadan Turki. – AFP

du_03.1_zpsso584thi.jpg
 
Rabbani – Pergi Tak Kembali

https://www.youtube.com/watch?v=0XgJ7mEtACs&list=PLA7188420A9BBB1DD&index=28

Setiap insan pasti merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang dibawa

Terdengar sayup surah dibaca
Sayunya alunan suara
Cemas di dada...lemah tak bermaya
Terbuka hijab di depan mata

Selamat tinggal pada semua
Berpisahlah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baikkah atau sebaliknya

Amalan dan takwa jadi bekalan
Sejahtera bahagia pulang...ke sana

Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim

Terbaring sempit seluas pusara
Soal-bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi

Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kenangan
Diiring doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi
 
Last edited:
Nasyid Rasulullah – Hijjaz

https://www.youtube.com/watch?v=Fz30xX1Fj2s&list=PLA7188420A9BBB1DD&index=53

( 1 )
Rasulullah dalam mengenangmu
Kami susuli lembaran sirahmu
Pahit getir pengorbananmu
Membawa cahaya kebenaran

Engkau taburkan pengorbananmu
Untuk umatmu yang tercinta
Biar terpaksa tempuh derita
Cekalnya hatimu menempuh ranjaunya

( korus )
Tak terjangkau tinggi pekertimu
Tidak tergambar indahnya akhlakmu
Tidak terbalas segala jasamu
Sesungguhnya engkau rasul mulia
Tabahnya hatimu menempuh dugaan
Mengajar erti kesabaran
Menjulang panji kemenangan
Terukir namamu di dalam Al-Quran

Rasulullah kami umatmu
Walau tak pernah melihat wajahmu
Kami cuba mengingatimu
Dan kami cuba mengamal sunnahmu

Kami sambung perjuanganmu
Walau kita tak pernah bersua
Tapi kami tak pernah kecewa
Allah dan rasul sebagai pembela
 
teman sejati -Brothers

https://www.youtube.com/watch?v=sQxIU6JZEgA

Selama ini
Kumencri-cari
Teman yang sejati
Buat menemani
Perjuangan suci

Bersyukur kini
PadaMu Illahi
Teman yang dicari
Selama ini
Telah kutemui

Dengannya di sisi
Perjuangan ini
Senang diharungi
Bertambah murni
Kasih Illahi
KepadaMu Allah
Kupanjatkan doa
Agar berkekalan
Kasih sayang kita

Kepadamu teman
Ku pohon sokongan
Pengorbanan dan pengertian
Telah kuungkapkan
Segala-galanya...

KepadaMu Allah
Kupohon restu
Agar kita kekal bersatu
Kepadamu teman
Teruskan perjuangan
Pengorbanan dan kesetiaan
Telah kuungkapkan
Segala-galanya
Itulah tandanya
Kejujuran kita
 
iman mutiara- Raihan

https://www.youtube.com/watch?v=Zxz6CE0gn3k&list=PLA7188420A9BBB1DD&index=9

Iman adalah mutiara
Di dalam hari manusia
Yang menyakini Allah
Maha Esa Maha Kuasa

Tanpamu iman bagaimanalah
Merasa diri hamba padaNya
Tanpamu iman bagimanalah
Menjadi hamba Allah yang bertaqwa

Iman tak dapat diwarisi
Dari seorang ayah yang bertaqwa
Ia tak dapat dijual beli
Ia tiada di tepian pantai

Walau apapun caranya jua
Engkau mendaki gunung yang tinggi
Engkau merentas lautan api
Namun tak dapat jua dimiliki
Jika tidak kembali pada Allah
 
Back
Top
Log in Register