BTC USD 85,300.0 Gold USD 4,127.38
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dunia Islam

Wanita Australia Diculik Militan Dibebaskan

OUAGADOUGOU: Seorang wanita warga Australia yang diculik oleh kumpulan militan di Burkina Faso dibebaskan selepas perbincangan diadakan bersama wakil Niger.

Pihak berkuasa kini dilapor sedang meneruskan perbincangan bagi membebaskan suami wanita berkenaan yang diculik bersamanya.

Jocelyn Elliott, 84, dan suaminya Dr Ken Elliott, 82, dari Perth diculik etika berada di sempandan Burkina Faso - Niger pada 15 Januari lalu.

"Saya mengucapkan terima kasih kepada pihak berkuasa Burkina Faso dan Niger atas segala usaha yang telah dilakukan," katanya ketika muncul di stesen televisyen Niger dengan berpakaian jubah hitam.

Jocelyn%20Elliott_zpsntwv2bag.jpg
 
Di ambang Perang Dunia

Arab Saudi: Perkembangan terbaru yang membimbangkan kini berlaku di Syria dengan beberapa negara lagi mengumumkan akan menghantar tentera ke negara itu, untuk menyokong kumpulan yang bertentangan.

Penganalisis kini khuatir, pertumpahan darah yang berlaku di Syria sejak 2011, yang kini lebih lama berbanding Perang Dunia Pertama, akan merebak menjadi perang serantau besar-besaran.

Arab Saudi mengancam mengerahkan tentera daratnya ke Syria sementara laporan perisikan menunjukkan Turki juga bersedia untuk melancarkan serangan.

Dalam pada itu, laporan dari Kiev menyatakan, Ukraine turut menimbang menghantar tenteranya.

Sekiranya tentera negara berkenaan bertempur dengan askar Russia dan Iran yang sudah sedia berada di Syria, Pertubuahan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) mungkin terheret ke kancang bayangan Perang Dunia Ketiga.

Kebanyakan pakar tentera melihat konflik itu sebagai perang proksi antara Arab Saudi yang berfahaman Sunni dan disokong Amerika Syarikat di satu pihak dan Iran yang berfahaman Syiah, disokong oleh Russia di satu pihak lain.

Perang saudara yang berlaku di Yaman juga adalah pergelutan kuasa baru untuk menguasai Asia Barat.

Bagaimanapun, Perang Dingin baru ini akan menjadi teramat ‘panas’ jika tentera Saudi bertempur dengan askar Iran di medan perang.

Ada laporan mendakwa Arab Saudi sudah memperoleh atau cuba memperoleh senjata nuklear untuk ‘pertempuran terakhir’ dengan musuh ketatnya itu.

Felo penyelidik di Henry Jackson Society, Tom Wilson berkata: “Perang proksi antara Arab Saudi dan Iran meningkat secara mendadak. Kenyataan Saudi untuk mengerahkan tentera ke Syria mungkin satu ancaman sahaja bagi memaksa Barat mengambil tindakan lebih serius di Syria.

“Tetapi, jika Saudi benar-benar menghantar tenteranya ke Syria, ini akan menjadi pembukaan pertempuran baru yang boleh merebak menjadi konflik serantau besar-besaran.”

Russia mendakwa, berdasarkan gambar yang dirakam dari udara mendedahkan Turki sudahpun menghimpunkan tenteranya untuk melancarkan serangan ke atas Syria.

Sekumpulan rakyat Turki sudahpun menyertai pertempuran di Syria, memerangi tentera rejim Bashar al-Assad dan ada yang terbabit dalam keganasan bersama kumpulan Daish.

Kumpulan ultranasionalis negara itu, ‘Serigala Putih’ yang berjuang untuk melindungi bangsa Turki yang tinggal di utara Syria dan bercita-cita mengembalikan pemerintahan Empayar Uthmaniah juga terbabit dalam pertempuran menentang tentera Syria dan askar Russia.

Permusuhan antara Russia dan Turki memang sudah wujud sejak ratusan tahun lalu.

Turki kini ialah anggota NATO dan jika negara itu bertempur, seperti yang hampir berlaku selepas Ankara menembak jatuh sebuah pesawat pengebom Russia tahun lalu, Amerika Syarikat dan Britain bertanggungjawab membantu Turki.

Ukraine juga dikatakan sudah merangka rancangan menghantar askarnya memerangi Daish di Syria. Negara itu yang bertindak sebagai penampan antara Eropah dan Russia sudahpun terbabit dalam perang saudara dengan pemberontak yang disokong Russia di negara sendiri.

Jika askarnya bertempur dengan Russia di Syria, semuanya boleh berlaku. Lebih-lebih lagi NATO juga menyokong Ukraine.


07hmoperangs_cropped.transformed_zpsfvcj9l2x.jpg
 
Rancang pasang payung keliling Kaabah

Makkah: Jemaah yang melakukan tawaf di Masjidilharam atau yang menunaikan solat di sekeliling Kaabah boleh melakukan ibadah itu dengan lebih selesa apabila cadangan memasang payung gergasi di sekitar kawasan tawaf menjadi kenyataan.

Cadangan untuk memasang payung berkenaan seperti yang terdapat di perkarangan Masjid Nabawi di Madinah dilapor masih dalam peringkat kajian.

Menurut laporan media tempatan, perkara itu dibincangkan selepas Ketua Majlis Dua Masjid Suci, Sheikh Abdul Rahman Al-Sudais berbincang dengan wakil Kementerian Kewangan dengan dihadiri jawatankuasa projek Masjidilharam di pejabatnya beberapa hari lalu.

Payung berbentuk bunga di Masjid Nabawi bukan sahaja amat berguna untuk melindungi jemaah daripada sinaran terik matahari, khususnya pada musim panas, malah ia juga menjadi tarikan.

Projek yang dibincangkan pada mesyuarat itu, termasuk membina perpustakaan di Masjidilharam. - Agensi


08hmmakkah_cropped.transformed_zps6pmh77zh.jpg
 
Khaled sudah boleh berjalan

Riyadh: Seorang remaja Saudi yang pernah dinobatkan remaja paling berat di dunia mula berjalan buat kali pertama.

Portal berita Ajel semalam menyiarkan video menunjukkan Khaled Mohsen Al Shaeri, 17, berjalan dengan bantuan tongkat di rumahnya di Jazan, wilayah di selatan Arab Saudi.

Doktor yang merawatnya di hospital di Riyadh berkata, Khaled sudah susut dua pertiga daripada berat badannya dan dia masih menjalani rawatan untuk turun lebih banyak lagi.

Berat badan remaja itu hampir mencecah 810 kilogram apabila dia dibawa dengan helikopter ke King Fahd Medical City di Riyadh untuk rawatan, selaras dengan arahan Almarhum Raja Abdullah pada 2013. - Agensi

08hmkhaled_cropped.transformed_2_zpsqamgzdoj.jpg
 
Makanan bergoreng dicampur plastik

Jambi: Sebuah persatuan pengguna berkata, ia menemui campuran plastik dalam makanan bergoreng yang dijual di sekitar bandar raya ini.

Yayasan Lembaga Konsumen Indonesia (YLKI) cawangan Jambi berkata, makanan yang dicampur dengan bahan berbahaya itu termasuk tahu goreng, pisang goreng serta beberapa makanan bergoreng yang lain.

Ketua YLIKI Jambi, Ibnu Kholdun memberitahu wartawan, plastik itu dicampurkan kerana mahu dilihat lebih menarik.

Menurutnya, jika dimakan, makanan bergoreng yang dicampurkan dengan plastik tidak jauh berbeza dari segi rasa berbanding digoreng seperti biasa.

“Ia hanya boleh dilihat ketika makanan itu digoreng,” katanya.

Ketua Jabatan Perindustrian dan Perdagangan Jambi, Komari berkata, pihaknya akan menyiasat dakwaan itu, termasuk mengadakan pemeriksaan mengejut serta ujian makmal. - Agensi


08hmgoreng_cropped.transformed_zpsmvwfnemr.jpg
 
PEGIDA semarak api anti-Islam di Eropah

BERLIN 7 Feb. - Kumpulan radikal Jerman terus mengapi-apikan sentimen anti-Islam apabila mengadakan siri tunjuk perasaan di beberapa buah bandar di seluruh Eropah, semalam bagi membantah kehadiran beribu-ribu pelarian dari Asia Barat dan Afrika.

Bantahan anjuran Kumpulan Patriotik Eropah Menentang Pengislaman Barat (PEGIDA), mendapat sambutan di beberapa negara Eropah termasuk Poland, Perancis, Belanda, Republik Czech dan Britain dengan kehadiran beribu-ribu penyokong.

Pergerakan itu yang diasaskan pada 2014 di bandar Dresden, timur Jerman, membangkitkan isu tentang ancaman peningkatan jumlah pencari suaka politik yang dikhuatiri boleh menguasai negara tersebut.

Namun, selepas mendapat sambutan hambar pada awal tahun lalu, PEGIDA meraih semula sokongan kuat ekoran krisis kebanjiran pelarian yang membelenggu Eropah termasuk kira-kira 1.1 juta pelarian yang berlindung di Jerman.

Kes serangan terhadap golongan wanita yang didakwa didalangi kumpulan pelarian juga memberi kelebihan kepada PEGIDA untuk membantah rancangan Canselor Jerman, Angela Merkel memberi perlindungan kepada kumpulan pelarian itu.

Anggota PEGIDA, Siegfried Daebritz berkata, rakyat Jerman perlu menjaga dan mengawal kawasan luar serta dalam sempadan Eropah bagi mengekang kemasukan pelarian.

Polis Dresden enggan mendedahkan jumlah penunjuk perasaan anti-Islam yang terlibat tetapi media Jerman menganggarkan kehadiran seramai 8,000 orang, jauh lebih rendah daripada 15,000 orang yang disasarkan.

Di Poland, beratus-ratus penyokong PEGIDA melaungkan slogan menentang kehadiran penduduk Islam di Eropah selain membantah kebanjiran pelarian yang disamakan sebagai satu pencerobohan.

Poland menyertai Republik Czech, Slovakia dan Hungary mengambil pendirian tegas berhubung isu pelarian dan enggan mengambil jumlah pencari suaka politik yang ramai.

Sementara itu di Prague, kira-kira 20 orang dipercayai penunjuk perasaan PEGIDA bertindak ganas dengan membakar pusat perlindungan pelarian menyebabkan seorang mangsa cedera dan pihak polis masih menyiasat insiden tersebut.

Dalam perkembangan sama, beratus-ratus penunjuk perasaan propelarian, berarak di bandar Dresden bagi membantah agenda PEGIDA yang disamakan seperti fahaman Nazi Jerman. – REUTERS/AGENSI

image8_zpssfdiqzsg.jpg
 
24 maut selepas minum minuman keras

JOGJAKARTA - INDONESIA. Sekurang-kurangnya 24 orang disahkan meninggal dunia selepas meminum minuman keras buatan sendiri sejak beberapa hari lalu, lapor Reuters.

Manakala 20 lagi mangsa sedang dirawat di hospital.

Keadaan mangsa yang masih kritikal menyebabkan pihak berkuasa masih belum mendapat maklumat penuh untuk menjejaki keseluruhan insiden tersebut.

Dilaporkan, antara yang terkorban termasuk golongan mahasiswa.

Ekoran daripada kejadian terbabit, sepasang suami isteri yang merupakan pengusaha warung di sebuah kampung dalam wilayah Sayegan, Sleman dilaporkan ditahan pihak berkuasa.

Difahamkan, pasangan tersebut menjual arak buatan sendiri yang dipercayai mengandungi campuran etanol pada kadar 96 peratus.

Ketua Polis Sleman, Yulianto, seperti yang dilapor MetroTV. pihak polis mengesyaki ada kaitan antara semua mangsa walaupun mereka yang sakit dan maut didapati memperoleh minuman di tempat dan waktu yang berbeza.

“Polis telah menghantar sampel minuman keras yang dicampur bahan berbahaya itu ke makmal di Semarang untuk diuji,” katanya.

Kematian akibat mencuba minuman keras buatan sendiri bukan suatu yang asing di Indonesia, khususnya di kawasan luar bandar kerana orang kampung tidak mampu membeli arak berlesen.

11111_zpsh2i5tt75.jpg
 
7 militan IS rancang serang 2 bandar Russia ditahan

MOSCOW: Tujuh anggota militan IS yang bersiap sedia melakukan serangan ganas di ibu kota ini dan St Petersburg, ditahan di bandar Ekaterinburg di Rantau Urals. Perkhidmatan Keselamatan Persekutuan Russia (FSB) berkata, pemimpin kumpulan itu datang ke Russia dari Turki.

FSB berkata, selepas melakukan serangan di dua bandar terbesar di Russia itu, selain Ekaterinburg yang terletak di Rantau Sverdlovsk, anggota kumpulan terbabit merancang melarikan diri ke Syria. "Lelaki bersenjata terbabit merancang melakukan serangan berprofil tinggi menggunakan bahan letupan buatan," kata FSB seperti dilapor media Russia. - AGENSI

fsb8feb.transformed_zpscmgjq2v0.jpg
 
3 askar Afghanistan maut, 18 cedera dalam serangan Taliban

KABUL: Sekurang-kurangnya tiga askar Afghanistan maut, manakala 18 lagi cedera selepas seorang pengebom meletupkan diri berhampiran sebuah bas mini dinaiki anggota tentera di wilayah utara Balkh. Serangan berlaku di daerah Dehdadi berhampiran kor Tentera Afghanistan 209, yang berkhidmat di kawasan utara.

Jurucakap Gabenor Wilayah, Munir Farhad, mengesahkan angka kematian itu. "Tiga tentera Afghanistan terkorban dan 18 lagi cedera dalam serangan," katanya. Munir berkata, pengebom terbabit berjalan kaki. Menurut jurucakap polis Balkh, Mohammad Durani, tiada orang awam cedera dalam serangan itu. Dalam satu e-mel yang dihantar kepada media, jurucakap Taliban, Zabihullah Mujahid, mengaku serangan dilakukan militan terbabit. - REUTERS

08bus.transformed_zpsm5spcnfj.jpg
 
Back
Top
Log in Register