BTC USD 86,619.0 Gold USD 4,191.23
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dunia Islam

hadis 37 tentang jihad

Dari Abu Zur'ah dari Abu Hurairah ra berkata: "Rasulullah saw bersabda: "Allah akan menanggung seorang yang pergi berjihad di jalan-Nya, tiada yang mendorongnya pergi kecuali hanya niatnya untuk berjihad di jalanNya, dan Iman kepadaNya dan percaya kepada RasulNya. Selama dia berjihad, maka dia berada didalam tanggungan Allah sehingga dia dimasukkan kedalam syurga, baik dia gugur dalam peperangan mahupun dia mati biasa; atau Allah akan mengembalikan dia ke rumahnya dengan membawa pahala atau ditambah harta rampasan."

Hadis Nasai
 
hadis 38 tentang jihad

Dari Ubaid Ibnu Umair dari Abdullah Khubsy Al Khas'amiy r.a. berkata: "Ketika Rasulullah saw ditanya tentang amalan apa yang paling utama?" Jawab beliau: "Iman dengan tiada keraguan didalamnya, jihad dengan tiada pengkhianatan dan haji yang mabrur." Dan ketika ditanya tetang solat apa yang paling utama? Jawab beliau: "Solat yang lama berdirinya." Ketika ditanya tentang sedekah apa yang paling utama? Jawab beliau: "Sedekah yang sesuai dengan kemampuan". Hijrah apa yang paling utama? Jawab beliau: "Meninggalkan semua yang diharamkan oleh Allah". Ketika ditanya: "Jihad apa yang paling utama?" Jawab beliau: "Berjihad melawan kaum musyrikin dengan jiwa dan harta." Ketika ditanya: "Perang apa yang paling mulia?" Jawab beliau: "Mengorbankan harta dan darah fisabilillah."

Hadis Nasai
 
hadis 39 tentang jihad

Dari Suhail ibnu Abu Shalih dari ayahnya dari Abu Hurairah ra. bahawa Rasulullah saw. bersabda: "Tidak akan masuk ke dalam neraka seorang muslim berjihad melawan orang kafir, dan membunuhnya, kemudian ia tidak berlebih-lebihan. Seorang mukmin yang menghisib, debu dikala berjihad tidak akan pernah bersatu dengan wap neraka Jahannam. Iman dan dengki tak akan mungkin bersatu di dalam hati seorang mukmin."

Hadis Nasai
 
hadis 40 tentang jihad

Dari Abdullah ibnu Thawus dari ayahnya dari Shafwan ibnu Umayah berkata: "Aku bertanya: "Wahai Rasulullah, orang-orang yang mengatakan, bahawa tidak dapat masuk syurga kecuali orang yang berhijrah". Jawab beliau: "Setelah 'Fathu Makkah' tidak lagi ada hijrah, tetapi yang ada hanyalah jihad dan niat. Kerana itu bila kamu dipanggil untuk berjihad, maka bergegaslah kamu menyambutnya."

Hadis Nasai
 
hadis 41 tentang jihad

Dari Abu Shalih dari Abu Hurairah r.a berkata: "Rasulullah saw. bersabda: "Siapa yang mati sedang ia belum pernah berjihad, dan ia tidak pernah berkeinginan untuk berjihad, maka ia mati dengan salah satu sifat munafiq."

Hadis Nasai
 
hadis 42 tentang jihad

Dari Ishaq bin Abdullah bin Abu Tholhah dari Anas bin Malik ketika rasulullah saw seperti ke Quba, maka beliau singgah di rumah Ummu Milhan. Setelah menghidangkan makanan bagi Rasulullah saw, maka ia duduk untuk menyisir kepala suaminya iaitu Ubadah Ibnu Shamit, sedang Rasulullah saw tidur. Ketika beliau bangun ,beliau tertawa."

Sehingga Ummu Milhan tertanya: "Apa yang menyebabkan kau tertawa?" Sabda beliau: "Telah diperlihatkan dalam mimpiku, ada beberapa orang dari Ummatku yang berjihad di jalan Allah dengan naik perahu, mereka bagaikan raja-raja yang duduk diatas singgahsananya. Kata Ummu Milhan: "Wahai Rasulullah doakan aku termasuk salah seorang di antara meraka." Setelah beliau mendoakan bagi Ummu Milahan, maka beliau lidur lagi. Ketika beliau bangun, maka beliau tertawa sehingga Ummu Milhan bertanya: "Wahai Rasulullah mengapa engkau tertawa?" Sabda beliau: "Telah diperlihatkan dalam mimpiku ada berapa orang dari umatku yang berjihad di jalan Allah dengan naik perahu mereka bagaikan raja-raja yang duduk di atas singgahsananya." Kata Ummu Milhan: "Wahai Rasulullah doakan aku termasuk salah seorang diantara mereka." Sabda beliau: "Kamu termasuk golongan pertama dari mereka."

Pada zaman Muawiyah ketika ia ikut di dalam rombongan pasukan yang berjuang dengan menyeberangi lautan, maka ia terjatuh dari kenderaannya setelah ia turun dari perahu hingga ia tewas ditempat itu.

Hadis Nasai
 
hadis 43 tentang jihad

Abu Shalih dari Usman ibnu Affan ra. berkata: "Saya telah mendengar Rasulullah saw. bersabda: "Berjihad sehari di jalan Allah itu lebih baik dari pada beribadah seribu hari, di hari lain."

Hadis Nasai
 
hadis 44 tentang jihad

Dari Said dari Abu Hurairah ra. bahawa Rasulullah saw. bersabda: "Ada tiga orang yang Allah berhak memberi pertolongan pada mereka iaitu: 1. Budak Mukatab yang ingin membayar untuk menebus dirinya 2. Orang yang ingin menikah kerana ia ingin menjauhkan diri dari perbuatan keji, 3. Orang yang berjihad dijalan Allah."

Hadis Nasai
 
hadis 45 tentang jihad

Dari Syaifi (Maula Abu Ayub) dari Abu Yasar berkata: "Rasulullah saw biasa membaca doa "Allaahumma innii a'uudzu bika minat taraddii wal hadami wal gharaqi wal hariiqi wa a'uudzu bika ay yatakhabbathaniyasy syaithaanu 'indal mauti, wa a'uudzu bika an amuuta fii sabiilika mudbiran wa a'uudzu bika an amuuta ladiighan

(Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari kejatuhan dan kebinasaan, dari mati tenggelam atau mati terbakar; dan aku berlindung kepada-Mu dari penguasaan syaitan atas diriku ketika sakaratui maut; dan aku berlindung kepadaMu dari mati terbunuh di saat melarikan diri dari berjihad di jalan-Mu serta aku berlindung kepada-Mu dari mati kerana tersengat (bintang)."

Hadis Nasai
 
hadis 46 tentang jihad

Sa'id ibnu Jubair dari Ibnu Abbas ra. berkata: "Tatkala Nabi diusir dari Mekah, Abu Bakar berkata: "Inna lillaahi wa innaa iraaji'un, mengapa mereka kaum musyrikin sampai mengusir Nabi mereka, Demi Allah, nescaya mereka akan hancur." Setelah kejadian itu, turun ayat: Udzina lilladziina yuqaatiluuna bi-annahum dhulimuu wa innallaha 'alaa nashrihim laqadiir. (Telah diizinkan (berperang) bagi orang-orang yang diperangi, kerana sesungguhnya mereka telah dianiaya Dan sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuasa untuk menolong mereka). Kerana ayat itu, aku tahu bahawa sebentar lagi akan terjadi peperangan. Dan itulah ayat pertama yang memerintahkan jihad."

Hadis Nasai
 
Back
Top
Log in Register