BTC USD 85,300.0 Gold USD 4,159.17
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dunia Islam

hadis 47 tentang jihad

Dari Ikrimah dari Ibnu Abbas berkata: "Firman Allah: 'Man kafara billaahi ba'da iimaanihii illaa man ukriha wa qalbuhuu muthmainnum bil iimaana wa laakin man syaraha bil kufri shadran fa'alaihim ghadlabum minallaahi wa lahum 'adzaabun aliim. (Barang siapa kafir kepada Allah setelah ia beriman (dia mendapatkan kemurkaan Allah) kecuali orang yang dipaksa kafir padahal hatinya tetap tenang dalam keimanan, ' maka ia tidak berdosa, tetapi orang yang melapangkan dadanya untuk kekafiran, maka kemurkaan Allah menimpanya baginya iaitu azab yang besar)",

ayat ini kemudian dinasakh (dihapus) oleh firman Allah: Tsumma inna rabbaka lilladziina haajaruu mim ba'di maa futinuu tsumma jaahaduu wa shabaruu inna rabbaka min ba'dihaa laghafuurur rahiim. (Dan sesungguhnya Tuhan (pelindung) bagi orang-orang yang berhijrah sesudah menderita percubaan, kemudian mereka berjihad dan sabar, sesungguhnya Tuhanmu sesudah itu benar-benar Maha Pengampun lagi Maha Penyayang)."

Ayat ini berkenaan dengan Abdullah ibnu Sa'ad ibnu Abu Sarh seorang penduduk Mesir yang telah masuk Islam dan berkirim surat pada Rasulullah, tetapi kemudian syaitan menyesatkannya hingga ia bergabung dengan kaum kafir, maka pada hari Fathul Mekah Rasulullah saw menyuruh orang-orang supaya membunuhnya, maka ia meminta perlindungan kepada Usman ibnu Affan, kemudian Usman ibnu Affan memintakan perlindungan dari Rasulullah saw."

Hadis Nasai
 
hadis 48 tentang jihad

Dari 'Ala bin Abdirahman dari ayahnya dari Abi Hurairah bahawasanya pernah Rasulullah saw bersabda:

"Mahukah kalian aku beritahukan dengan sesuatu amalan yang dapat menghapuskan dosa-dosa kalian dan mengangkat darjat kalian?, iaitu menyempurnakan wuduk di saat-saat yang sulit, memperbanyak langkah ke masjid dan menunggu solat fardhu setelah mengerjakan solat fardhu. Yang sedemikian itu sama dengan pahalanya seorang yang siap-siap menghadapi di medan jihad."

Hadis Nasai
 
hadis 49 tentang jihad

Dari Atha' ibnu Yazid dari Abu Sa'id Al Khudry ra. berkata: "Seseorang datang pada Rasulullah saw. dan bertanya: "Wahai Rasulullah siapakah orang yang paling mulia?" Jawab beliau: "Orang yang berjihad di jalan Allah dengan jiwa dan hartanya." Tanya orang itu; "Kemudian siapa?" Jawab beliau: "Kemudian orang mukmin yang menyendiri di suatu tempat yang sepi untuk bertakwa kepada Allah dan menjauhkan diri dari gangguan orang-orang."

Hadis Nasai
 
hadis 50 tentang jihad

Dari 'Atha' ibnu Yasar dari Ibnu Abbas r.a, bahawa Rasulullah saw bersabda; "Sukakah kamu aku beritahukan tentang seutama-utamanya manusia?" Jawab kami: "Baiklah, wahai Rasulullah". Sabda beliau; "Seorang yang menunggang kudanya dalam berjihad di jalan Allah hingga ia gugur." Selanjutnya sabda beliau: "Sukakah kamu aku beritahukan tentang kedudukan yang dibawahnya?" Jawab kami: "Baiklah, wahai Rasulullah". Kata beliau: "Seorang yang menyendiri di suatu tempat, ia mendirikan solat dan mengeluarkan zakat, dan menjauhi kejahatan orang-orang". Selanjutnya Sabda beliau: "Dan sukakah kamu aku beritahukan tentang sejahat-jahat manusia?" Jawab kami: "Baiklah, wahai Rasulullah". Kata beliau: "Iaitu seorang yang tidak mahu memberi bila diminta dengan nama Allah,"

Hadis Nasai
 
hadis 51 tentang jihad

Dari Syrahbil ihnu As Smitti bertanya pada 'Amr ibnu 'Abasah: "Wahai'Amr ibnu 'Abasah, sampaikan kepada kami suatu hadis yang telah kamu dengar dari Rasulullah saw. Jawab 'Amr: "Saya masih ingat benar-benar, bahawa beliau bersabda: "Siapa yang melemparkan satu panah dijalan Allah, baik mengenai musuh ataupun tidak, maka pahalanya bagaikan memerdekakan satu budak sahaya yang muslimah. Dan siapa yang memerdekakan budak yang muslimah, maka itu akan menjadi tebusan baginya dari neraka Jahanam. Dan siapa yang berjihad di jalan Allah, sampai tua dan beruban, maka ia akan mendapat cahaya pada hari kiamat."

Hadis Nasai
 
hadis 52 tentang jihad

Dari Az Zuhry dari Abdullah ibnu Tsa'labah berkata: "Ketika ada beberapa sahabat yang mati syahid, maka Rasulullah bersabda: "Tanamlah mereka bersama darahnya, sesungguhnya tidak seorangpun yang terluka di dalam jihad di jalan Allah melainkan pada hari kiamat, ia akan datang dengan lukanya yang masih mengalirkan darah yang segar,dan baunya seperti bau minyak kasturi."

Hadis Nasai
 
hadis 53 tentang jihad

Dari Yahya ibnu Al Walid dari Ubadah ibnu Shamit ra. berkata: Rasulullah saw. bersabda: "Siapa yang berjihad, sedang ia hanya ingin dapatkan sejumlah harta, maka baginya apa yang diniatkan itu."

Hadis Nasai
 
hadis 54 tentang jihad

Dari Abu Katsir (Maula Muhammad ibnu Jahesy dari Muhammad ibnu Jahesy berkisah: "Ketika kami sedang duduk di sisi Rasulullah, tiba-tiba beliau menengadahkan wajahnya ke langit, kemudian beliau meletakkan tapak tangannya ke dahinya sambil berkata: "Subhanallah, (Maha Suci Allah), ancaman apakah yang telah diturunkan?" Sehingga kami diam dan takut; keesokan harinya, aku bertanya pada beliau: "Wahai Rasulullah, ancaman apakah yang telah diturunkan kelmarin.".

Jawab beliau: "Demi Allah yang jiwaku berada di tangan-Nya andaikan seseorang gugur dalam berjuang di jalan Allah, kemudian ia dihidupkan lagi, lalu gugur lagi dalam berjuang di jalan Allah, kemudian dihidupkan lagi, lalu ia gugur lagi dalam berjihad di jalan Allah, tetapi ia mempunyai tanggungan hutang, maka ia tidak akan dapat masuk syurga sehingga hutang itu terlunasi."

Hadis Nasai
 
hadis 55 tentang jihad

Dari Abul Ghaits dari Abu Hurairah r.a bahawa; Rasulullah saw bersabda: "Orang yang menolong orang janda dan orang miskin, itu bagaikan orang yang berjihad fisabilillah."

Hadis Nasai
 
hadis 56 tentang jihad

Dari Salim ibnu Abul Ja'd berkata: "Surahbil ibnu As Simth bertanya pada Ka'ab ibnu Murrah: "Wahai Ka'ab beritahukan pada kami apa yang pernah kamu dengar dari Rasulullah saw. dan hati-hatilah". Jawab Ka'ab: "Aku telah mendengar beliau bersabda: "Siapa yang berjihad dalam Islam sampai tua dan beruban, maka pada hari kiamat, ia akan mendapat cahaya." Surahbil bertanya:

"Beritahukan pada kami hadis lain yang pernah kamu dengar dari Rasulullah saw. dan hati-hatilah". Jawab Ka'ab: "Aku pernah mendengar beliau bersabda: "Memanahlah, siapa yang memanah musuh dengan satu panah, maka Allah akan meningkatkan darjatnya di syurga." Tanya Ibnu Nahham: "Wahai Rasulullah: "Seperti apakah darjat itu?" Jawab beliau: "Jarak antara dua darjat bukanlah setinggi pasah rumah ibumu, tetapi jarak antara dua darjat itu bagaikan jauhnya perjalanan selama seratus tahun."

Hadis Nasai
 
Back
Top
Log in Register