BTC USD 85,175.8 Gold USD 4,138.98
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dunia Islam

hadis 27 tentang jihad

Dari Ibnu 'Abbas r.a., katanya: "Pada hari penaklukan Mekah, Rasulullah saw. bersabda: "Mekah telah ditaklukkan. Mulai sekarang tidak ada lagi hijrah. Yang ada hanyalah jihad dan niat menegakkan agama Allah. Bila kamu diperintahkan berangkat, maka berangkatlah! Mekah telah ditaklukkan. Sesungguhnya tanah ini diharamkan Allah sejak terciptanya langit dan bumi. Maka negeri ini negeri haram, kerana diharamkan Allah hingga hari kiamat. Siapa pun tidak boleh berperang di negeri ini, baik orang yang sebelumku maupun aku sendiri, kecuali hanya satu saat di siang hari bagi ku. Negeri ini negeri haram kerana diharamkan Allah sampai hari kiamat.

Di negeri ini tidak boleh memotong pohon berduri, tidak boleh memburu binatang-binatangnya, tidak boleh memungut barang hilang kerana tercicir, kecuali untuk diumumkan, dan tidak boleh memotong rumputnya. Maka berkata 'Abbas, "Ya, Rasulullah! Selain izkhir, kerana izkhir diperlukan tukang besi dan pembangunan rumah." Maka sabda Nabi saw., "Melainkan izkhir."

Hadis Muslim
 
hadis 28 tentang jihad

Ibnu Abi Umar menceritakan kepada kami, Abdullah bin Mu'adz Ash-Shan'ani memberitahukan kepada kami, dari Ma' mar dari Ashim dari Abin Nujud dari Abi Wail dari Mu'adz bin Jabal berkata :"Aku bersama Nabi SAW dalam suatu perjalanan, lalu pada suatu hari aku berada di dekat beliau, sedangkan kami berjalan, kemudian aku berkata : Wahai Rasulullah beritahukanlah kepada ku tentang perbuatan yang dapat memasukkan aku ke syurga dan menjauhkan aku dari api neraka".

Beliau bersabda :"Sungguh kamu telah bertanya kepada ku tentang sesuatu yang besar dan sesungguhnya hal itu mudah bagi orang yang diberi kemudahan oleh Allah iaitu : kamu menyembah Allah dan tidak menyekutukanNya dengan sesuatu, mendirikan solat, mengeluarkan zakat, berpuasa Ramadhan, dan menunaikan ibadah haji",

kemudian beliau bersabda :

"Maukah aku menunjukkan kepada mu terhadap pintu-pintu kebaikan ? iaitu : puasa adalah perisai, sedekah dapat memadamkan kesalahan sebagaimana air dapat memadamkan api, dan solat seseorang pada larut malam". Rawi berkata : kemudian beliau membaca: (Maksudnya : Lambung-lambung mereka jauh dari tempat tidurnya sedang mereka berdoa kepada Tuhannya - sampai dengan - mereka kerjakan). Kemudian beliau bersabda :"Maukah aku memberitahukan kepada mu tentang kepala segala urusan, tiang dan puncaknya.".

Aku menjawab :"Ya, wahai Rasulullah". Beliau bersabda :"Kepala segala urusan adalah Islam (dua syahadat), tiangnya itu solat, dan puncaknya itu jihad". Kemudian beliau bersabda :"Maukah aku memberitahukan kepada mu dengan kekuatan semua itu ?". Aku menjawab :"Ya, wahai Rasulullah". Rawi berkata :"Lalu beliau memegang mulut beliau dan bersabda : "Tahanlah mulutmu ini !", kemudian aku bertanya :"Wahai Nabiyullah, apakah kita sungguh dituntut dengan apa yang kita ucapkan ? Beliau bersabda :"Celaka kamu hai Mu'adz. Tidaklah orang-orang dibenamkan muka mereka atau hidung mereka di neraka melainkan hasil panen mulut mereka".

Hadis Tarmizi
 
hadis 29 tentang jihad

"Abdu bin Humaid menceritakan kepada kami, Adh Dhahhak bin Mahlad iaitu Abu Ashim An Nabiel memberitahukan kepada kami dari Haiwah bin Syuraih dari Yazid bin Abi Hubieb dari Aslam Abi Imran At Tajiibi ia berkata :"Tatkala kita di negeri Romawi, bangsa Romawi mengerahkan untuk kita barisan (tentera) yang banyak, maka tentera Islampun keluar (menghadapinya) dengan menyamainya atau lebih banyak. tentera Mesir (dibawah) pimpinan Uqbah bin Amir, panglima perangnya Fadhalah bin Ubaid, seorang lelaki dari seorang Islam memaksa (menerobos) barisan tentera Romawi, maka banyak yang menjerit dan mengucapkan "Subhanallah" (Maha Suci Allah) ia menjatuhkan dirinya pada kebinasaan,

maka Abu Ayub Al Anshari berdiri dan mengatakan :"Hai manusia kamu menakwilkan ayat ini seperti takwil itu ?", sesungguhnya ayat itu turun untuk kami golongkan kaum Ansar, tatkala Allah mengagungkan agama Islam, dan agama Islam banyak penolongnya (pengikutnya), sesama kami berbisik-bisik tanpa ada Rasulullah SAW. Sesungguhnya harta-harta kita telah hilang, padahal agama Islam telah jaya (menang) dan banyak pengikutnya seandainya harta-harta kita, kita gunakan dengan sebaik-baiknya tentu harta-harta itu tidak akan hilang, maka Allah Tabaraka Wa Taala menurunkan (wahyu) atas Nabi-Nya yang menolak perkataan kami : (Dan belanjakanlah (harta bendamu) di jalan Allah dan janganlah kamu menjatuhkan diri mu sendiri ke dalam kebinasaan).

Kebinasaan iaitu mendiamkan harta dan (mengembangkan) demi kebaikannya, tetapi kita meninggalkan (biaya untuk) perang. Dan Abu Ayyub tetap sendiri di dalam (jihad) di jalan Allah sampai ia dimakamkan di tanah Romawi". Hadis ini hasan gharib sahih.

Hadis Tarmizi
 
hadis 30 tentang jihad

Al-Qasim bin Dinar Al-Kufi menceritakan kepada kami Abdur Rahman bin Mushab Abu Yazid memberitahukan kepada kami, Israil memberitahukan kepada kami, dari Muhammad bin Juhadah dari Athiyyah dari Abi Said Al-Khudri bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya seagung-agung jihad adalah perkataan adil yang diucapkan di hadapan pemerintahan yang aniaya". Dalam bab ini terdapat hadis dari Umamah. Hadis ini adalah hasan gharib dari sanad ini.

Hadis Tarmizi
 
hadis 31 tentang jihad

Muhammad bin Basysyar menceritakan kepada kami, 'Abdur Rahman bin Mahdi menerangkan kepada kami dari Sufyan dari 'Alqamah bin Martsad dari Sulaiman bin Buraidah dari ayahnya di mana ia berkata:

"Apabila Rasulullah saw. mengutus suatu pemimpin atas pasukan tentara, beliau berwasiat kepadanya khususnya pada dirinya sendiri untuk taqwa kepada Ahah dan berwasiat untuk berbuat baik pada segenap kaum muslimin yang ikut bersamanya, di mana beliau bersabda: "Berperanglah dengan nama Allah dan pada jalan Allah. Perangilah orang yang kufur terhadap Allah. Janganlah kamu curang, khianat, dan jangan pula membunuh untuk contoh. Janganlah kamu membunuh anak-anak. Apabila kamu bertemu dengan musuhmu dari orang-orang musyrik maka ajaklah mereka kepada tiga hal atau (tiga) perkara yang mana dari antara tiga itu mereka menjawabnya kepada mu maka terimalah dan tahanlah mereka,

(yaitu): ajaklah mereka untuk (masuk) Islam dan pindah dari perkampungan mereka ke perkampungan Muhajirin, dan beritahukanlah kepada mereka jika mereka mengerjakan yang demikian itu maka mereka mendapatkan hak seperti hak yang didapatkan oleh orang-orang Muhajirin dan mempunyai kewajiban seperti kewajipan atas orang-orang Muhajirin. Apabila mereka enggan untuk pindah maka beritahukanlah kepada mereka bahawa mereka itu seperti orang-orang Badui yang muslim, apa yang berlaku bagi orang-orang Badui yang muslim itu akan berlaku bagi mereka. Mereka sama sekali tidak akan memperoleh barang rampasan sedikit pun kecuali mereka ikut berjihad.

Apabila mereka enggan maka mohonlah pertolongan kepada Allah atas mereka dan perangilah mereka. Apabila kamu mengepung suatu benteng kemudian mereka menghendaki kamu untuk menjadikan mereka itu jaminan Allah dan jaminan NabiNya maka janganlah kamu menjadikan mereka itu jaminan Allah dan jaminan NabiNya akan tetapi jadikanlah mereka itu jaminanmu dan jaminan teman-temanmu. kerana jika kamu mengkhianati jaminanmu dan jaminan teman-temanmu itu lebih baik bagi mu daripada kamu menjaga jaminan Allah dan jaminan RasulNya.

Apabila kamu mengepung penduduk yang berada di benteng kemudian, mereka menghendaki kamu untuk mengadili mereka dengan hukum Allah maka janganlah kamu mengadili mereka dengan hukum Allah akan tetapi adili mereka dengan hukummu kerana kamu tidak tahu apakah tepat dengan hukum Allah dalam (mengadili) mereka aku tidak atau yang serupa dengan itu."

Masalah yang sama diriwayatkan pula dari An-Nu'man bin Muqarrin, dan hadis Buraidah itu adalah hadis hasan sahih.

Hadis Tarmizi
 
hadis 32 tentang jihad

Nasr bin Ali menceritakan kepada kami, Khalid bin Yazid Al-'Atalli memberitahukan kepada kami, dari Abu Ja'far Ar Razi, dari Ar Rabi' bin Anas, dari Anas bin Malik berkata :

"Rasulullah SAW bersabda :"Barang siapa keluar (dari rumahnya) untuk mencari ilmu, maka dia dalam jihad di jalan Allah sehingga ia kembali".

Hadis ini adalah hadis hasan gharib, dan sebahagian ahli hadis meriwayatkan hadis ini tapi tidak meriwayatkannya secara marfu'.

Hadis Tarmizi
 
hadis 33 tentang jihad

Suwaid bin Nashr menceritakan kepada kami, Abdullah bih Mubarak menceritakan kepada kami, Haiwah bin Syuraih menceritakan kepada kami, Al-Walid bin Abul-Walid Abu Utsman Al-Madaini, bahawa Uqbah bin Muslim menceritakan kepadanya bahawa

Syufayya Al-Ashbahi menceritakan kepadanya bahawa ia masuk kota Madinah tiba-tiba seorang laki-laki yang benar-benar dikerumuni orang-orang, lalu ia berkata : "Siapa ini ?" "Mereka menjawab :"Abu Hurairah". Lalu aku mendekatinya sehingga duduk dihadapannya sedang dia tengah mengajar orang banyak. Ketika diam dan sepi maka aku berkata kepadanya :

"Aku bertanya kepada mu dengan kebenaran dan dengan kebenaran ketika kamu menceritakan kepada ku sebuah hadis yang aku dengar dari Rasulullah SAW, maka kamu memahaminya dan mengetahuinya", lalu Abu Hurairah berkata :"Aku laksanakan, sungguh aku ceritakan kepada mu hadis yang diceritakan oleh Rasulullah kepada ku di rumah ini tidak ada bersama kami seseorang pun selain aku dan selain beliau", lalu Abu Hurairah menangis dengan tangisan yang kuat, lalu kami diam sebentar, lalu ia sedar dan berkata :"Sungguh aku menceritakan kepada mu sebuah hadis yang diceritakan oleh Rasulullah kepada ku di rumah ini tidak ada beserta kami seorangpun selain aku dan selain beliau".

Kemudian Abu Hurairah menangis dengan kuat, lalu sedar dan mengusap mukanya, dan berkata :"Aku laksanakan sungguh aku ceritakan kepada mu sebuah hadis yang diceritakan oleh Rasulullah kepada ku. Aku dan beliau di rumah ini tidak ada seorangpun di rumah ini selain aku dan beliau. Kemudian Abu Hurairah menangis dengan tangisan yang kuat, kemudian condong jatuh pada mukanya lalu aku sandarkan dia dalam waktu lama kemudian sedar lalu ia berkata :

"Rasulullah SAW menceritakan kepada ku bahawa Allah Taala apabila tiba hari Qiamat, Dia turun menghadapi hamba-hambahNya untuk memutuskan antara mereka, dan setiap umat membungkuk. Orang pertama yang dipanggil adalah orang yang menghafalkan Al Quran, orang yang terbunuh di jalan Allah dan orang yang banyak wangnya. Lalu Allah berfirman kepada orang yang hafal Al-Quran: "Bukankah aku mengajarkan kepada mu apa yang Aku turunkan atas utusan ku ?" Dia menjawab :"Ya, wahai Allah". Allah bertanya :"Apa yang telah kamu lakukan dari apa yang kamu ketahui ?" Ia menjawab :"Aku bangun waktu-waktu malam dan waktu-waktu siang untuk mengamal kannya". Allah berfirman kepadanya :"Kamu bohong" dan Malaikat berkata: "Kamu bohong" dan Allah berfirman kepadanya : "Tetapi kamu menghendaki agar disebut orang yang ahli baca Al-Quran dan telah disebut demikian itu".

Dan dihadapan orang yang memiliki wang banyak, Allah bertanya : "Bukankah Aku melapangkanmu sehingga Aku tidak membiarkan kamu membutuhkan seseorang". Dia menjawab :"Ya, wahai Allah". Allah bertanya :"Apa yang telah kamu lakukan terhadap apa yang telah Aku berikan kepada mu ?" Dia berkata : "Aku menyambung hubungan keluarga dan bersedekah", Allah berfirman kepadanya :"Kamu bohong", dan Malaikat berkata kepadanya :"Kamu bohong", dan Allah berfirman : "Tetapi kamu menghendaki agar kamu disebut orang yang dermawan dan telah disebut demikian".

Dan dihadapkan orang yang terbunuh di jalan Allah lalu Allah bertanya kepadanya :"Untuk apa kamu terbunuh ?". Dia menjawab :"Engkau perintah berjihad di jalanMu lalu aku berperang sehingga terbunuh. Allah menjawab kepadanya :"Kamu bohong". Dan malaikat berkata :"Kamu bohong". Allah berfirman :"Tetapi kamu menghendaki disebut seorang yang pemberani lalu telah disebut demikian".

Kemudian Rasulullah memukul lutut ku lalu bersabda :"Wahai Abu Hurairah mereka bertiga adalah makhluk Allah yang pertama yang dinyalakan api neraka kerana mereka di hari qiamat".

Al-Walid Abu Utsman Al-Madaini berkata :"Uqbah menceritakan kepada ku bahawa Syufayya orang yang masuk menghadap Muawiyah lalu ia memberitahukan kepadanya akan hadis ini". Abu Usman berkata : dan Al-Ala' bin Abu Hakim menceritakan kepada ku bahawa ia (Syufayya) adalah tukang penggal Muawiyah. Dia berkata lalu seseorang masuk menghadapnya dan menceritakan kepadanya hadis ini dari Abu Hurairah, Muawiyah berkata :"Sungguh mereka telah disiksa, lalu bagaimana nasib orang yang tertinggal ?" lalu Muawiyah menangis dengan kuat sehingga aku sangka dia wafat. Aku berkata :"Orang itu datang kepada kami dengan malapetaka", kemudian Muawiyah sedar dan mengusap mukanya dan berkata : Maha Benar Allah dan RasulNya.

(Maksudnya : Barang siapa menghendaki kehidupan dunia dan keindahannya, maka Kami balas amal perbuatan mereka di dunia dengan sempuma dan mereka di dunia itu tidak dirugikan. Mereka adalah orang-orang tidak ada bagi mereka di akhirat kecuali neraka dan hapuslah apa yang mereka usahakan di dunia dan sia-sialah apa yang mereka kerjakan). (Hud : 15).

Hadis Tarmizi
 
hadis 34 tentang jihad

Menceritakan kepada kami Abu Musa Al Asy'ary ra. berkata: "Seorang Badwi datang pada Rasulullah saw. dan berkata; "Ada orang yang berjihad kerana ingin disebut orang, ada yang berjihad untuk dapatkan rampasan perang ada yang berjihad supaya disegani. Siapakah di antara mereka yang berjihad di jalan Allah?" Jawab beliau;" berjihad untuk meninggikan agama Allah, itulah yang berada di jalan Allah."

Hadis Nasai
 
hadis 35 tentang jihad

Dari Salim ibnu Abu Ja'd dari Sabrah ibnu Fakih berkata: "Saya telah mendengar Rasulullah saw. bersabda: "Sesungguhnya syaitan itu selalu berusaha merintangi jalan Adam.

Pertama ia merintangi jalan Adam yang menuju kepada Islam; ia berkata: "Untuk apa kamu masuk Islam dan meninggalkan agamamu yang dulu serta agama nenek moyangmu. Tetapi Anak Adam itu tidak menghiraukannya dan ia tetap masuk Islam.

Kemudian ia berusaha merintangi jalan anak Adam yang menuju kepada hijrah; ia berkata: "Untuk apa kamu berhijrah dan meninggalkan tanah airmu? Sesungguhnya perumpamaan orang yang berhijrah itu bagaikan kuda yang terikat." Tetapi anak Adam tidak menghiraukannya dan tetap berhijrah.

Kemudian syaitan berusaha merintanginya di jalan yang menuju kepada jihad; kata syaitan; "Jihad itu hanyalah melelahkan jiwa dan menyia-nyiakan harta; jika kamu berjihad lalu kamu terbunuh, maka isterimu akan dinikahi orang lain dan hartamu akan dibagi." Tetapi anak Adam itu tidak menghiraukannya dan terus berjihad.

Barang siapa yang berbuat demikian, maka Allah berhak memasukkannya di syurga. Dan barang siapa yang gugur di jalan Allah meskipun ia tenggelam atau terjatuh dari kenderaannya, maka Allah berhak memasukkannya di syurga."

Hadis Nasai
 
hadis 36 tentang jihad

Menceritakan kepada kami Mah'k ibnu Yukhamir dari Mu'adzib ibnu Jabal ra. berkata; "Rasulullah saw. bersabda: "Seorang muslim yang berjihad di jalan Allah waiau hanya semasa seorang memerah susu unta, maka wajib baginya syurga. Siapa yang menginginkan gugur di jalan Allah dengan tulus dari hatinya, kemudian ia mati dengan cara yang biasa ataupun terbunuh, maka baginya pahala orang yang mati syahid. Siapa yang lerluka pada saat jihad di jalan Allah, maka pada hari kiamat, luka itu akan tetap mengalirkan darah bau minyak kasturi. Barangsiapa yang terluka ketika ia berjihad, maka luka itu merupakan cap baginya, bahawa ia termasuk dari golongan para syahid."

Hadis Nasai
 
Back
Top
Log in Register